QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Pengalaman PLKN seorang muslimah

>> Tuesday, March 31, 2009




untuk posting kalo ni saya nak berkongsi satu cerita...
kisah PLKN seorang muslimah
hmm..untuk pengetahuan cerita ini saya dapat dari sahabat saya akh faza4peace


berikut kisah pengalaman seorang muslimah yg masuk PLKN...

Kisah ini saya titipkan buat muslimin dan muslimat yang sudi mendengar luahan dari kisah saya ini.. Saya bukanlah hendak menuding jari kepada sesiapa, dan tidak terlintas walau sedetik dihati saya ingin menyakitkan hati sesiapa. Saya Cuma ingin berkongsi pendapat dan pengalaman tentang cerita yang bakal saya persembahkan di dalam artikel ini.

Saya merupakan kelahiran bumi maahad yang sentiasa ditarbiahkan dengan cara-cara hidup islam yang syumul. Di sini saya bukan hendak menyanjungi diri, cuma hendak memudahkan kalian memahami kisah ini. Saya merupakan seorang yang agak pendiam tetapi tegas dan bijak dalam berhujah tentang agama. Sahabat mahupun adik-adik, sering bertanyakan pendapat daripada saya mengenai agama.

Di madrasah, saya juga dikenali sebagai muslimah yang anti terhadap sosial. Saya tidak suka akan pergaulan bebas yang tiada tujuan bahkan hanya sekadar mengikuti perkembangan zaman. Saya telah dikejutkan dengan berita yang sememangnya tidak dapat diterima oleh akal saya sendiri. “saya terpilih untuk mengikuti program latihan khidmat negara?” berderau darah saya apabila mengetahui akan berita tersebut.

Saya malu untuk memberitahu kepada sahabat dan ustaz ustazah tentang pemilihan ini. Tanpa saya sedar, ustaz telah mengetahui juga. Ustaz hanya mampu memberikan nasihat dan kata-kata semangat buat bekalan saya di sana.

Selepas saya menduduki SPM, saya cuba untuk mencari alasan supaya mendapat pengecualian daripada menjalani PLKN. Sahabat saya telah menasihatkan saya supaya meneruskan pengajian dalam mengambil STAM sahaja. Niat di hati, saya tidak mahu mengambil STAM, kerana saya mahu menyambung pengajian dalam aliran sains. Saya hanya mampu berserah ke hadrat ilahi dan hanya mampu berdoa.

Tiba hari yang tidak pernah saya nantikan, iaitu hari pendaftaran ke PLKN. Saya membuat persediaan ala kadar dan mengisi borang yang disediakan. Saya diiringi oleh keluarga menuju ke pusat berkumpulnya peserta PLKN. Saya melihat air mata umi dan kakak menitis. Saya pasti mereka risau dengan diri saya.

Berkali-kali saya mengingatkan kepada mereka bahawa saya mampu menjaga diri sendiri, dan berjanji dengan mereka, saya tidak akan sekali mengubah penampilan dan cara hidup saya. Saya yakin dengan janji Allah, bahawa Dia sering melindungi hambaNya yang bertaqwa.

Pertama kalinya Saya menjejakkan kaki ke PLKN, saya berasa diri amat asing di situ. Saya melihat pakaian dan cara pergaulan mereka amat berbeza di madrasah. Saya sedar diri ini diperhatikan, bukan kerana paras rupa, tetapi pemakaian saya. Berbaju kurung dan bertudung labuh. Kebetulan pada masa itu saya tidak menyarung jubah, kalau tidak, pasti bertambah pelik mereka memandang saya.

Selepas pendaftaran, saya dibawa ke bilik dan diberikan pakaian yang telah diisukan oleh PLKN. Penghuni di bilik saya datangnya dari beberapa buah negeri. Mulanya mereka kelihatan seperti pendiam, dan tidak berani berbicara antara satu sama lain. Tetapi apabil mengenali anatara satu sama lain, kami lebih aqrab rupanya.

Saya mengalami kejutan budaya, apabila menyedari saya bakal bercampur dengan masyarakat yang terdiri daripada cina, India, dan melayu. Tambahan pula, saya melihat pergaulan antara perempuan dan lelaki tiada pula batasan.

Buat pertama kalinya, semua peserta PLKN perlu memakai pakaiain t-shirt yg telah diberikan. Bagi muslimah pula, diwajibkan untuk memakai tudung, tetapi perlu dimasukkan ke dalam baju. Sejenak saya terfikir, bagaimanalah rupa saya memakai pakaian seperti itu, sedangkan memakai tudung segi tiga pun saya tidak pernah. Saya bergegas pulang ke bilik dan menangis sepuas-puasnya. Adakah ini ujian bagi saya? Allah mesti mahu menduga iman saya.

Apabila sahabat ana sedang enak dibuai mimpi, saya pula bangun bermunajat kepadaNya. Malam itu juga saya meminta petunjuk dariNya supaya memberikan ketabahan kepada diri ini untuk menjalani hidup di bawah pemeliharaanNya. Saya menjalani aktiviti seperti biasa. Sememangnya di PLKN, lelaki dan perempuan diasingkan. Tetapi hanya pembelajaran di dalam kelas CB sahaja tidak diasingkan.

CB ialah character building yang bermatlamat untuk mengajar peserta membina keyakinan dalam bergaul sesama masyarakat. Saya berasa agak gugup dan kaku berada di dalam kelas tersebut buat pertama kalinya. Saya akan bersuara jika aktiviti yang dilakukan benar-benar menyalahi hukum agama dan saya akan melibatkan diri jika aktiviti itu benar-banar meyakinkan saya bahawa ia membawa kepada kebaikan.

Saya bernasib baik mendapat fesi yang amat memahami. Terima kasih kepada fesi yang membenarkan saya untuk menjaga batasan ini. Jika berada di dewan, saya tetap mengekalkan identiti sebagai remaja islam. Saya menyedari, di dalam dewan itu tiada yang memakai baju kurung mahu pun bertudung labuh. Saya tetap dengan pendirian saya mengekalkan identiti ini.
Saya pernah mendengar sahabat-sahabat mempertikaikan tentang tudung saya. mereka mencadangkan saya memakai tudung lain. Saya pernah menyatakan kepada sahabat bahawa pendirian saya, “walaupun di madrasah semuanya terdiri daripada kaum hawa, saya tetap memakai tudung labuh, inikan pula di PLKN yang terdiri daripada jantina yang berbeza, rasanya pasti susah.”

Apabila saya masuk ke dalam bilik, saya mendengar sahabat saya menyatakan pendapatnya. Dia mengatakan bahawa tudung yang saya pakai besarnya sama dengan selimut. Daripada ungkapan itu, saya berasa seolah-olah sudah berputus asa dalam memperjuangkan hak islam. Tetapi Allah lebih mendahului perasaan saya, Allah cuba untuk menyedarkan saya supaya mengenangkan kembali apa yang telah dipelajari di madrasah dahulu.

Saya terkenang kepada ustaz yang setiap hari mengajar saya erti islam. Saya terkenang akan pengorbanan ustazah yang berusaha untuk menjadikan saya sebagai muslimah yang sejati. Saya juga terkenangkan di mana sebenarnya saya dilahirkan. Jadi, saya tidak mahu menyerah kalah dengan hanya mendengar omongan dan umpatan sahabat-sahabat.

Sahabatku yang disayangi, kalian merupakan pembawa agama, jangan kalian semua mudah menyerah kalah dengan perkara yang kecil seperti ini. Sedangkan perjuangan Sumaiyah untuk mempertahankan agamanya lebih berat daripada kita yang hanya perlu mempertahankan identiti agama.

Bukannya islam melarang kita bersosial, tetapi sosial mengikut tempat dan tujuan. Sememangnya Islam tidak mewajibkan kita memakai tudung labuh, tetapi apabila memakai tudung labuh saya berasa lebih terjaga dan selamat jika berpakaian seperti itu. Mengapa saya mengatakan sedemikian? Hal ini kerana, sepanjang kehidupan saya di sana, saya tidak pernah ditegur mahupun dipanggil oleh sesiapa yang bergelar lelaki. Mereka tidak berani menegur bahkan mereka menghormati prinsip yang cuba saya bawakan.

Allah swt berfirman (dengan maksudnya) :
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al-Ahzab : 59)

Percayalah pemakaian sopan, beradab dan menutup aurat akan membawa kepada kebaikan diri, keselamatan dan juga penampilan imej yang baik dan akan mengundang bukan sahaja keredhaan tuhan tetapi juga keredhaan seluruh makhluk termasuk manusia yang melihat. Islam itu perlu dipelajari dan perlu diamalkan.

PLKN juga menitikberatkan tentang keagamaan. Antaranya ialah akhlak, solat, ibadah khusus, ibadah sunnah dan lain-lain. Kebanyakan peserta-pesrerta terdiri daripada golongan yang kurang menerima didikan agama. Saya cuba untuk membantu mereka dengan mengajar serba sedikit apa yang telah saya pelajari di madrasah dan memberikan sedikit nasihat. Ada yang hendak menerimanya, dan ada yang sekadar mengambil ringan sahaja.

Hakikatnya, manusia memang sukar untuk menerima perubahan diri ke arah kebaikan. Mereka akan menyedarinya apabila ditimpa kesusahan dan kemalangan sahaja. Benarlah apa yang berlaku pada zaman sekarang, bahawa manusia mudah leka dengan dunia dan lupa pada akhirat. Kebudayaan kaum di Malaysia juga diterapkan kepada peserta di dalam PLKN ini.

Saya tidak berani untuk melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kebudayaan. Pergaulan terlalu bebas. Saya takut, saya takut dengan Allah. Saya takut ada yang memandang selainNya. Saya bukan hendak mengasingkan diri daripada dunia sebenar, tetapi inilah hakikat yang perlu saya hindarkan.

Memang benar Malaysia mementingkan perpaduan, tetapi perlukah sampai mengorbankan agama? Menari, menyanyi, dan juga bergurau senda bukan pada tempatnya. Bukankah ada cara lain yang lebih berhikmah selain itu? seperti tayangan kebudayaan atau permainan kuiz. Adakah itu namanya maruah umat islam? Kerajaan juga perlu pandai memilih peserta yang mengikuti program ini.

Bukankah lelaki lebih harus diutamakan untuk berbakti pada Negara? Ramai lagi remaja lelaki yang ingin berbakti kepada Negara dan mereka yang lebih layak dan sesuai berbanding saya yang lemah ini. Sememangnya di sini kita boleh menghindari daripada terjebak daripada gejala sosial. Caranya ialah kita perlu menyibukkan diri kita dengan pencipta. Banyakkan berzikir, solat sunat, dan membaca buku.

Pada waktu malam, saya melihat sahabat-sahabat ana sibuk ber ‘sms’. Di tempat baru, mesti ada yang hendak dikenali, dan hendak pula dikenalkan. Begitulah perumpamaannya. Memang Islam mengajar taaruf tetapi, yang ada sempadannya. Taaruf yang terpelihara dan terjaga daripada kemaksiatan dan bukan taaruf mealui bercinta.

Tetapi saya cuba menangkis segala godaan itu dengan membaca buku-buku yang di bawa daripada rumah. Setiap waktu solat, saya tidak pernah meninggalkan al-quran, walaupun masa tidak mencukupi saya tetap melakukannya. Begitulah caranya kalau kita tidak mahu diduga oleh permainan dunia yang amat mencabar ini.

Saya pulang tetap dengan diri saya yang dahulu. Tetapi, saya berubah dari segi penambahan rohaniah dan pemantapan sahsiah. ilmu yang memberi manfaat saya cuba gunakan dalam kehidupan seharian.Sewajarnya kita ambil apa yang baik dan tinggalkan apa yang buruk. Kita hanya mampu berserah dan apa yang boleh kita lakukan adalah bertindak setakat mana yang mampu.

Wahai remaja islam, antumlah pencorak generasi gemilang. Jadikan islam panji kebenaranmu. Jangan biar imanmu dipengaruhi dunia semata-mata. Tetaplah dengan pendirianmu jika kau berada dilandasan yang benar. Yakinlah dengan janji Allah, bahawa Dia akan sentiasa memeliharamu dan melindungimu jika kamu benar-benar bertaqwa kepadaNya.

Read more...

Earth Hour 2009

>> Wednesday, March 25, 2009

With less than 5days to go before our planet switches off, its time to tell your friends,family and everyone you know about Earth Hour.
  • To date we have more than 23,000 individuals,companies,schools and organizations that have signed up in Malaysia.
  • More than 350 companies have pledged their support
  • More than 9 events have been planned for you to celebrate Earth Hour with. (Log on to earthhour.org/malaysia -> events for details)
  • 2140 cities have pledged their support to go dark in support of Earth Hour, this is more than the target of 1,000 cities that was set for Earth Hour 2009
  • Earth Hour Facebook Group has more than 35,000 friends and growing by the day
  • Earth Hour Malaysia Youtube channel now has all video's and tv commercials
  • KLCC,Dataran Merdeka,KL Tower,Putrajaya are amongst the famous Malaysian icons that have confirmed their participation and more will be updated on earthhour.org/malaysia -> news

10 Things To Do During Earth Hour

1. Gather family & friends for a night picnic
2. Dine in one of the many Earth Hour participating restaurants by candlelight
3. Organise a family night playing board games
4. Throw an Earth Hour street party with your neighbours
5. Arrange a house party lit by torches
6. Take the dog for a night walk
7. Hand write a letter to loved one by lantern
8. Sit in the dark and share stories
9. Read a book using a book light
10. Share a romantic night in with your loved one

60 Earth Hour

8.30pm Saturday March 28, 2009
Lights-off to see your world in a new light.



Join us and spread the word by

  • Adding earthhour@live.com.sg for updates on the Earth Hour initiative and be connected with other supporters.
  • Viewing the Earth Hour 2009 video here to find out more about the importance of global action on climate change and how your participation can make a difference.
  • Adding “I support Earth Hour 2009” or “I Vote Earth!” to your Windows Live Messenger name field.
  • Registering at www.earthhour.org.my and switching off your lights for an hour on Saturday, March 28, 2009 at 8:30 pm.
  • Inviting your family, friends and colleagues to do the same by letting them know that you are participating in Earth Hour and that they should as well.

WWF Show us your support and see the difference you can make.

Read more...

SURAT UNTUKMU

>> Wednesday, March 18, 2009

Hai Manusia yang Tersayang,

Tadi malam waktu tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan Kulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca ayat Al-Quran. Sesungguhnya engkau tidak membuang-buang masa.

Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat Subuh. Bagus sekali!! Engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah shabat yang budiman. Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan waktu tidurmu. Tidurlah dgn nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam yg berkokok yg mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila Subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.

Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil Wudhu'. Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan bil air rumahmu.
Aku lihat engkau tidak pernah membaca Bismillah sewaktu makan. Ini bagus sekali kerana engkau tidak memenatkan mulutmu. Dan bila sudah kenyang, engkau tidak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga. cukuplah engkau sendawa kuat-kuat seperti lembu.

Semalam ada seorang peminta sedekah datang ke rumahmu. Engkau menghalau suruh dia pergi tanpa memberi duit sesen atau seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji kerana engkau tidak membuang duit dan tak membazir rezekimu yang melimpah ruah yang diberi Allah kepadamu.
Engkau seorang yang berjimat cermat. Biarlah rezeki engkau utk kegunaan seorang, utk menonton wayang, berholiday di Genting dan membeli kemewahan dunia.

Aku lihat engkau bertemu dgn sahabat andaimu, engkau tdk mengucapkan Assalamualaikum. Engkau mengucapkan "Hye Everybody!". Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahawa engkau mengerti adat resam orang kafir dan engkau mengerti Bahasa Inggeris. Tak perlu engkau belajar membaca Bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa.

Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu engkau adalah seorang yg budiman kepada kaumku. Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama.............kita berpegang tangan..........menuju NERAKA JAHANAM.

Sahabatmu yang tercinta,
IBLIS

Read more...

Nasihat Luqman

Nasihat Luqman kepada anaknya, tersebut didalam Al-Quran, surah Luqman ayat 13-19 yang ertinya sebagai berikut:.

  1. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, dikala sedang memberinya nasihat, (katanya) : Hai anakku! Janganlah engaku mempersekutukan allah, kerana sesungguhnya syirik itu adalah suatu penganiayaan yang besar..
  2. Dan kami wajibkan manusia (taat) kepada ibubapa, ibunya yang telah mengandongnya (dengan menderita) lemah bertambah lemah dan berhenti menyusukannya dalam masa dua tahun (kami perintahkan) : "Hendaklah engkau bersyukur kepada ku dan kepada ibubapa mu, kepada kulah tempat kembali.
  3. Dan jika keduanya memaksamu supaya engkau mempersekutukan aku (dengan sesuatu) tanpa ada pengetahuanmu padanya, tapi gantilah keduanya dengan baik dalam (urusan) dunia, turutlah jalan orang yang kembalimu, maka aku akan mengabarkan kepadamu segala apa yang telah kamu kerjakan..
  4. Hai anakku! "Sesungguhnya jika ada (amal-amal) itu sebesar biji sawi (sekalipun), biar adanya didalam batu, atau dilangit, ataupun dimubi, nescaya allah akan tunjukkan (memperlihatkannya). Sesungguhnya Allah maha halus lagi maha mengetahui".
  5. Hai anakku! "Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebajikan dan laranglah dari perbuatan yang mungkar dan sabarlah atas sesuatu (musibah) yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari urusan-urusan yang dipastikan (Allah).
  6. Dan janganlah engkau memalingkan pipimu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan dimuka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.
  7. Dan berlakulah sederhana dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu (dalam berbicara) sesungguhnya seburuk-buruknya suara ialah suara keldai.
Saya tidak berhajat untuk mentafsirkan ayat tersebut, tapi mengajak pembaca mentadabur (menyelami) apa yang Allah nukilkan dalam Surah Luqman tersebut. Semoga ini dapat membantu membentuk akhlak seorang Muslim yang sejati.

Tapi kalo berminat untuk mendengar Dr. Asri (bekas mufti Perlis) mentafsirkan surah Luqman ayat 12-19, boleh tengok kat youtube...sila klik sini

Read more...

Majlis Perasmian

Dengan lafaz bismillahirahmannirrahim saya merasmikan posting pertama untuk blog ini...
semoga ada manfaatnya untuk pembaca

Saya juga ingin mendedikasikan hasil penulisan ini buat dua orang adik saya yang sering menjadikan hidup saya lebih bahagia dengan telatah dan tawa mereka

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP