QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

masjid oh masjid

>> Saturday, June 13, 2009

tengah hari tadi masa sebelum solat Jumaat, ada pengunguman dari pihak pengurusan masjid kat area rumah ni...bagi tau jumlah dana yang terkumpul untuk menggantikan karpet hingga ketika itu adalah bernilai RM 7 000. Pihak masjid juga menyatakan bahawa mereka masih memerlukan beberapa ribu lagi untuk tujuan tersebut (kalo tak silap melebihi RM20 000).

terkedu gak denga jumlah yang pihak masjid perlukan untuk membeli alas tempat sujud tu.

sampai macam tu punya banyak jumlah duit yang diperlukan untuk jadi alas tempat sujud. Tapi seandainya berjaya pihak masjid mengumpulkan dana tu pun tak la satu perkara yang pelik dan ajaib. Bukan ke orang Malaysia memang berhati mulia...kalo untuk masjid mana pernah "berkira" sebut sahaja berapa jumlah yang diperlukan kompom la tak lama lagi dapat la karpet baru tu.

tapi bukankah lebih baik kalo duit yang terkumpul tu dibelanjakan untuk membantu umat Islam kat Selatan Thai, Afganistan dan negara yang paling banyak dizalimi musuh Islam...Palestin. Cukup la nak solek masjid tu pak cik pengerusi masjid oi...!masjid cantik kalo tak de orang datang solat fardhu yang 5 waktu tu pun, tak guna gak.


Jadi saya nak menyeru kepada umat Islam sekalian bangkitlah dari lena anda yang sangat panjang tu...dah sampai masanya untuk kita berfikir dangan lebih rasional. Tak kan nak hias cantik cantik untuk kegunaan seminggu sekali. ceh rugi oo! kalo tak pun meh sini la duit tu, saya tau macam mana nak manfaatkan dengan lebih baik

Read more...

al akh dan ukhuwah

>> Friday, June 05, 2009



Hampir setiap minggu tentu ada saja orang baru yang kita kenal, maklum la “rajin” mengetuk pintu bilik-bilik di kampus. Ada yang menjual t-shirt, ada yang jual kerepek ada yang jual instant mash potato, apa pun barang yang dijual, ana yakin itu bukanlah tujuan utama pintu pintu bilik orang lain diketuk. Tujuan asal adalah untuk mencari objek dakwah yang boleh dibawa kepada Islam. Proses tersebut berlajutan hingga jumlah orang yang kita kenal agak banyak hingga mungkin sampai penuh memory talifon bimbit.

Talifon bimbit sudah tidak asing lagi bagi masyarakat zaman ini. Sudah terlalu banyak syarikat yang mengeluarkan talifon bimbit. Sebut saja jenamanya; LG, i-mobile, Samsung dan jugaSony-Ericson.

Namun begitu, harus diingat jumlah yang ramai itu tidak membawa kepada apa-apa makna seandainya tidak ada ikatan hati antara daei dan mad’u. Justeru itu, mari kita bertindak sebagai talifon bimbit kepada objek dakwah dan ikhwah yang berada di keliling kita. Apa yang dimaksudkan bertindak sebagai talifon bimbit???

Cuba lihat talifon bimbit anda sekarang, berpuas hati dengan apa yang anda miliki? Bersyukurla akh dengan harta tersebut, sedar tak sedar banyak jasa yang telah diberikan oleh talifon tersebut. Tentu semua masih ingat dengan kata-kata Allah dalam surah Ibrahim pada ayat ke tujuh

“Dan tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".”


Kembali kepada topik talifon bimbit tadi, talifon yang baik mestilah mempunyai pelbagai fungsi dan memudahkan pengguna. Contohnya, boleh menghantar MMS, punya kamera, Bluetooth, memory card, FM radio, perakam suara, pemain mp3 dan banyak lagi fungsi lain. Makah al yang sama perlu ada pada diri seorang al-akh. Seseorang yang ditarbiyah sepatutnya mempunyai pelbagai fungsi kepada ikhwah lain, mad’u dan juga masyarakat. Contoh yang lebih jelas, seorang ikhwah yang baik boleh bertindak sebagai penyampai materi yang baik semasa pengisian, boleh memasak, jaguh dalam sukan, pandai mengambil hati orang tua, cemerlang akademiknya dan tersusun urusannya.

Dari sisi yang lain pula, talifon bimbit juga perlu dicas semula untuk memastikan urusan seharian tidak terganggu. Tak guna ada talifon mahal macam mana sekalipun kalau tak de bateri, tetap tak dapat berfungsi. Bayangkan tengah seronok bersembang dengan ikhwah tiba-tiba terputus disebabkan bateri talifon habis. Mesti kecewa. Begitu la juga bagi seorang yang ditarbiyah. Tak guna ada kebolehan interpersonal yang baik, seandainya jiwanya tidak terisi dengan rasa cinta kepada Allah, rasul dan dakwah. Hal inilah yang memastikan keberlangsungan sebuah dakwah. Sekiranya para daei dan daeyah tidak lagi mempunyai rasa cinta terhadap perkara tersebut. Masyarakat tidak lain hanya akan bertambah rosak.

Tentu pengguna plan pra-bayar (prepaid) biasa menggunakan fungsi pindah kredit atau “credit transfer”. Ini adalah salah satu kelebihan yang ada pada talifon bimbit (mana ada talifon rumah boleh transfer credit). Melalui cara ini kita dapat membantu orang lain agar dapat berhubung. Begitulah juga sepatutnya bagi seorang yang ditarbiyah. Seorang akhwat perlu boleh berbagi nasihat dengan akhwat lain agar nanti jiwa yang lemah akan kembali segar. Berkongsilah apa yang boleh dimanfaatkan untuk dakwah. Harta yang kita miliki tu ada hak orang lain jugak. Maka, jangan kedekut.

Sekiranya tidak mampu untuk bertindak seperti yang telah disebutkan dari awal, cukuplah sekadar kita kembali kepada fungsi talifon yang asal, memindahkan maklumat. Jika memang diri tidak mempunyai kelebihan yang dapat dimanfaatkan untuk dakwah, Cukuplah kita dapat melakukan amar makruf dan nahi mungkar hingga tahap yang kita mampu. Tapi jangan lupa untuk “up-grad” dari masa ke masa agar tidak ketinggalan dalam dakwah.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP