QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

al akh dan ukhuwah

>> Friday, June 05, 2009



Hampir setiap minggu tentu ada saja orang baru yang kita kenal, maklum la “rajin” mengetuk pintu bilik-bilik di kampus. Ada yang menjual t-shirt, ada yang jual kerepek ada yang jual instant mash potato, apa pun barang yang dijual, ana yakin itu bukanlah tujuan utama pintu pintu bilik orang lain diketuk. Tujuan asal adalah untuk mencari objek dakwah yang boleh dibawa kepada Islam. Proses tersebut berlajutan hingga jumlah orang yang kita kenal agak banyak hingga mungkin sampai penuh memory talifon bimbit.

Talifon bimbit sudah tidak asing lagi bagi masyarakat zaman ini. Sudah terlalu banyak syarikat yang mengeluarkan talifon bimbit. Sebut saja jenamanya; LG, i-mobile, Samsung dan jugaSony-Ericson.

Namun begitu, harus diingat jumlah yang ramai itu tidak membawa kepada apa-apa makna seandainya tidak ada ikatan hati antara daei dan mad’u. Justeru itu, mari kita bertindak sebagai talifon bimbit kepada objek dakwah dan ikhwah yang berada di keliling kita. Apa yang dimaksudkan bertindak sebagai talifon bimbit???

Cuba lihat talifon bimbit anda sekarang, berpuas hati dengan apa yang anda miliki? Bersyukurla akh dengan harta tersebut, sedar tak sedar banyak jasa yang telah diberikan oleh talifon tersebut. Tentu semua masih ingat dengan kata-kata Allah dalam surah Ibrahim pada ayat ke tujuh

“Dan tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".”


Kembali kepada topik talifon bimbit tadi, talifon yang baik mestilah mempunyai pelbagai fungsi dan memudahkan pengguna. Contohnya, boleh menghantar MMS, punya kamera, Bluetooth, memory card, FM radio, perakam suara, pemain mp3 dan banyak lagi fungsi lain. Makah al yang sama perlu ada pada diri seorang al-akh. Seseorang yang ditarbiyah sepatutnya mempunyai pelbagai fungsi kepada ikhwah lain, mad’u dan juga masyarakat. Contoh yang lebih jelas, seorang ikhwah yang baik boleh bertindak sebagai penyampai materi yang baik semasa pengisian, boleh memasak, jaguh dalam sukan, pandai mengambil hati orang tua, cemerlang akademiknya dan tersusun urusannya.

Dari sisi yang lain pula, talifon bimbit juga perlu dicas semula untuk memastikan urusan seharian tidak terganggu. Tak guna ada talifon mahal macam mana sekalipun kalau tak de bateri, tetap tak dapat berfungsi. Bayangkan tengah seronok bersembang dengan ikhwah tiba-tiba terputus disebabkan bateri talifon habis. Mesti kecewa. Begitu la juga bagi seorang yang ditarbiyah. Tak guna ada kebolehan interpersonal yang baik, seandainya jiwanya tidak terisi dengan rasa cinta kepada Allah, rasul dan dakwah. Hal inilah yang memastikan keberlangsungan sebuah dakwah. Sekiranya para daei dan daeyah tidak lagi mempunyai rasa cinta terhadap perkara tersebut. Masyarakat tidak lain hanya akan bertambah rosak.

Tentu pengguna plan pra-bayar (prepaid) biasa menggunakan fungsi pindah kredit atau “credit transfer”. Ini adalah salah satu kelebihan yang ada pada talifon bimbit (mana ada talifon rumah boleh transfer credit). Melalui cara ini kita dapat membantu orang lain agar dapat berhubung. Begitulah juga sepatutnya bagi seorang yang ditarbiyah. Seorang akhwat perlu boleh berbagi nasihat dengan akhwat lain agar nanti jiwa yang lemah akan kembali segar. Berkongsilah apa yang boleh dimanfaatkan untuk dakwah. Harta yang kita miliki tu ada hak orang lain jugak. Maka, jangan kedekut.

Sekiranya tidak mampu untuk bertindak seperti yang telah disebutkan dari awal, cukuplah sekadar kita kembali kepada fungsi talifon yang asal, memindahkan maklumat. Jika memang diri tidak mempunyai kelebihan yang dapat dimanfaatkan untuk dakwah, Cukuplah kita dapat melakukan amar makruf dan nahi mungkar hingga tahap yang kita mampu. Tapi jangan lupa untuk “up-grad” dari masa ke masa agar tidak ketinggalan dalam dakwah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP