QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Cemburu

>> Thursday, August 27, 2009

Cemburu adalah salah satu perasaan yang hadir dalam diri manusia tanpa diundang...biasanya akibat dari dorongan persekitaran. Namun begitu tidak semua sifah cemburu tu bernilai negatif..(ha, pelik la tu). Aku cuma nak bagi tau bahawa, sifat cemburu juga ada sisi positif. Sebelum kita sembang panjang tentang cemburu...aku nak tanya sikit korang tau ke apa tu cemburu??Menurut tafsiran kepala otak aku yang dianugerahkan Allah ni, cemburu adalah satu perasaan yang timbul apabila seseorang tu tidak mendapat perhatian yang diinginkan sewajarnya dari orang yang disayangi. Atau merasa ada orang lain berada dalam hati orang yang kita sayang.

Faham ke tafsir kepala otak aku tu??
(kalo belum faham...korang baca la sampai faham. 24 kali ulang baca pun tak pe!)

sekarang ni aku nak cerita cemburu yang biasa orang nampak...cemburu yang negatif.

cemburu macam ni tak lain adalah bisikan dari makhluk Allah yang terkutuk a.k.a setan yang tak mau ikut perintah Allah untuk sujud kepada nabi Adam. Contoh cemburu yang macam ni adalah tak puas hati dengan pencapaian orang lain. kalo buat tugasan dari pensyarah kita dapat C+, ada mamat lain dapat A- dah tu kebetulan dia ni romeo kat kampus pulak...ramai la wanita wanita yang mengambil bahagian dalam program "Mencari Cinta" untuk merebut cinta romeo tu. Lantas hati kecil mendengus, "Ceh, budget bagus la tu...entah-entah meniru!". Jelas dan nyata anda cemburu kepada Romeo tersebut



Contoh lain, kalo adik kat rumah sentiasa mendapat apa yang dia nak dari parent. Dan kita protes kat mak "mak tu kalo dengan adik, semua boleh. kalau dengan along...tu tak boleh, ni tak boleh, ada je alasan mak ni!" haha nampaknya anda telah tewas dengan hasutan setan. Setan telah berjaya menghasut anda untuk jadi cemburu kepada perkara yang tak wajar.

Nak contoh lain???korang duduk kat depan komputer tu pikir la berapa banyak pun yang korang nak...aku nak cerita bab lain pulak. Tips untuk pikir cemburu buta ni ko tengok je orang yang bercinta tanpa ada ikatan pernikahan. Mesti jumpa banyak ahaks!

Pernah dengar kisah dua orang sahabat Nabi s.a.w. yang bernama Abu Bakr dan Umar berinfaq untuk satu peperangan? Aku tau korang jauh labih tau dari aku (sebab aku bukan budak sekolah agama!). Tapi tak kira, nak cerita gak...

Satu hari Umar membawa separuh dari harta yang dia miliki untuk diinfaqkan kepada Islam. Rasulullah menerima dan kemudian datang Abu Bakr dengan membawa seluruh harta yang dia miliki dan diinfaqkan untuk Islam. Soalan yang ditanya Nabi s.a.w. lebih kurang macam ni "Apa yang kau tinggalkan untuk keluarga kau?". Dengan yakin sahabat dan bapa mertua nabi itu menjawab, "Aku tinggalkan Allah dan Rasul-Nya untuk keluarga ku". Ha kawan kawan, yang ni la contoh cemburu yang bagus...cemburu dalam melakukan amal kabaikan.

Allah ada berfirman:
Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Yang tu terjemahan dari surah al-Baqarah ayat ke 148. Nak tanya sikit lagi.. korang pernah ikut pertandingan lumba lari atau lumba berenang...atau apa apa jenis perlumbaan tak? Kalo tak pernah ikut, pernah tengok pun jadi la! Biasanya dan semestinya orang yang nak berlumba memerlukan pesaing. Kita amik kes lumba lari dalam acar kejohanan olahraga kolej kediaman la hehe. Trek lari tu paling sikit mesti ada dua orang. Tak boleh dia berlari sorang sorang...kalo dia je peserta lumba lari tu maka dia akan diisytihar menang tanpa bertanding. hmm macam pilihan raya la pulak!



Maksudnya nak cakap lat sini adalah untuk aku dan korang semua sedar bahawa pesaing tu memang perlu untuk kita lebih banyak berbuat kebaikan. Cuma diri sendiri yang boleh memandu ke mana destinasi cemburu tersebut. Samada kita tewas dengan bahan bakar petrol jenama "Syetium" (haha Syntium + setan), atau berjaya tiba ke destinasi redha Allah.

Read more...

Perancangan Yahudi

>> Sunday, August 23, 2009


-meruntuhkan khilafah Islamiyah

-melalaikan pemuda Islam drp Al-Quran & Sunnah

-memecahbelahkan kesatuan umat Islam

-melemahkan bangsa arab

-memulaukan tokoh tokoh Islam

-menerapkan pemerintahan diktator

-melemahkan umat Islam dari sudut ekonomi

-menghancurkan wanita wanita Islam

-menanamkan sifat ragu ragu dlm diri umat Islam terhadap Islam

-menyebarkan cara hidup bebas RINDU KPD ALLAH sabda rasulullah saw, "sesiapa yg memberi krn Allah, menghalang kerana Allah, cinta kerana Allah, serta benci krn Allah, sesungguhnya telah sempurna imannya" rindu kpd Allah : sentiasa mengingati Allah dalam pelbagai cara samada dgn perbuatan, ucapan, secara zahir mahupun dalam hati.



antara perkara yg boleh menyebabkan perasaan rindu kpd Allah (ibn Qayyum):

-dgn membaca dan menghayati maksud serta pengertian ayat Al-Quran cthnya, bg pasangan yg bercinta, jika kita ingat kpd pasangan kita, semua pemberiannya spt surat, kad yg pernah dikirim kita buka dan baca semula, semakin kerap dibaca, semakin kuat rindu kpd orang itu. Allah sendiri menyebut, kitab Allah ini semakin kerap dibaca, semakin kita suka kpdnya.

-melakukan perkara perkara sunat hadis Qudsi: seseorang hamba itu sentiasa mendekatkan diri kepadaku dgn melakukan amalan amalan sunat hingga Aku menyintainya.

-utamakan kecintaan kpd Allah drpd keinginan hati kita

-melihat kebaikan dan kasih sayang Allah serta nikmatNya yg zahir & batin

-nantikan peluang di 1/3 mlm terakhir (bertahajjud kpd Allah dll)

-jauhkan perbuatan yg boleh menjauhkan diri dgn Allah

-mempunyai kekutan utk patuh kpd Islam, prihatin sesama mukmin, berjihad dan melakukan kebajikan serta amalan amalan sunat. tanda Allah cinta / rindukan hambaNya: sabda Rasulullah saw, "apabila Allah menyintai seseorang hamba itu , Dia akan memanggil Jibrail as dan memberitahu, wahai Jibrail, sesungguhnya Aku menyintai seseorang dan hendaklah kamu menyintainya.Dan Jibrail mencintai org itu.Kemudian Jibrail akan menyeru kpd penduduk langit terutamanya malaikat, sesungguhnya Allah menyintai seseorang itu, maka hendaklah kamu menyintainya.Dan seluruh penghuni langit menyintainya.Dan begitulah dia diterima serta disayangi oleh penduduk bumi"

Read more...

Fitrah Manusia

>> Tuesday, August 18, 2009


Tengahari tadi bila aku habis menerangkan hukum Bolye kepada pelajar-pelajar, datang seorang pelajar dan berkata... "sir (panggilan untuk cikgu lelaki-aku tak pernahdapat gelaran ni dari Queen Elezabeth), aku nanti kalo mau kahwin, mesti mau yang solehah. Kalau keluar pi kedai, pakai tudung. Tak kisah la dia tak kerja pun tak pa. Nanti dia boleh mengubah perangai saya yang bukan-bukan ni"

Aku hanya tersenyum dan teringat satu firman Allah

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga).

(an-nur:26)

aku hairan kenapa dia tiba tiba datang dan cakap tentang hal nikah tiba-tiba ni #$%^&*. Sudah agak lama aku tidak diprovok dengan hal ini...N.I.K.A.H

bila aku terpandang wallpaper laptop aku tersedar...gambar ni rupa-rupanya.


mungkin itu la yang dinamakan fitrah manusia...kalo pernah tengok "Syurga Cinta" dalam awal awal cerita tu ada diselitkan sedikit bab ini...

tak kira macam mana buruk atau play-boy pun perangai sorang lelaki tu...dalam hati kecil mesti ada keinginan untuk memiliki seorang wanita yang alim disisi.
fitrah manusia.

aku cuma nak ingatkan supaya jangan hanya berkeinginan...persiapkan diri..caranya
jadi la lelaki yang baik...Allah telah janjikan seorang wanita yang baik.

yakin la dengan janji Allah.

Read more...

Marah

>> Sunday, August 16, 2009



Sabda Rasulullah SAW tentang marah
1. "Marah itu membinasakan iman"
2. "Tidak ada marah seseorang itu melainkan hampir ia kepada api neraka"
3. "Marah itu daripada syaitan, syaitan itu daripada api, tidak ada yang boleh membinasakan api kecuali air."

Ada 3 peringkat marah:-
1. Tidak marah..

maksudnya orang itu tiada langsung sensitiviti terhadap sesuatu perkara.
Walau apa jua orang buat kepadanya atau agamanya , tiada langsung persaan marah dlm dirinya.

Sifat seperti ini dicela oleh agama.


2. Marah bertempat...

seseorang itu akan marah bila ia berkaitan dgn agamanya,
contohnya kalau ada orang melakukan perbuatan yang merendah2kan agama Islam, sbg seorang Islam, mestilah kita rasa marah.

Sifat seperti ini dituntut oleh syarak.


3. Marah ikut nafsu....

seseorang itu marah secara keterlaluan kerana mengikut nafsu amarahnya sahaja. Perkara yg tak penting pun boleh timbulkan kemarahan yang mendalam baginya.

Sifat seperti ini juga dicela oleh syarak.



Cara Mencegah:

1. Amalkan segala ilmu yang ada. Seperti yang kita tahu, kalau kita sedang marah ketika berdiri, maka duduklah, jika kita sedang duduk, berbaringlah, kerana dgn demikian boleh mengurangkan rasa marah dlm diri kita.

Selain itu, ambillah wudhuk sepertimana hadis di atas, syaitan itu dari api, dan tida yg dpt memdamkan api kecuali air.

2. Ingat akan ayat al-Quran yg menerangkan kelebihan org yg menahan marah.

3. Ingat akan siksaan Allah akibat perasaan marah yg tidak bertempat.

4. Jika kita selalu marah, kita akan mudah dapat musuh dan hilang kawan... jadi beringatlah..!!

5. Tahu tak, kalau kita marah muka kita jadi sangatlah buruk

6. Jangan bersangka buruk dgn orang lain, ingatlah setiap orang ada kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri...

Read more...

Dahi Cecah Ke Sejadah

>> Saturday, August 15, 2009


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu di mandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu di wudhu’kan

Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan...

Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih...

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih...

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai...
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah...

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus,
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian...
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat...

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara...

Tangisilah dosa‐dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’...

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan...

Berimanlah kamu sebelum kamu di talkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi...
Beristighfarlah kamu sebelum kamu di istighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan...
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan...

Justeru bila DIA menyeru, sambutlah seruan‐NYA
Sebelum DIA memanggilmu buat kali yang terakhirnya...

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti

Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti...

Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu..
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu...
Tapi ALLAH mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat...
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat...

Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia...
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia...
Ingatlah yang kekal ialah amal

Menjadi bekal sepanjang jalan...
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan...

Pada hari itu tiada berguna Harta, takhta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga...
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia...


Read more...

Membazir

>> Tuesday, August 04, 2009

Mesti ramai yang pernah dengar orang cakap kalo membazir tu kawan setan…sebanarnya ayat tu dari ayat Quran dalam surah al-Isra’ ayat ke-27

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara setan dan setan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”
Tapi kalo tak bagi tau pun semua dah sedia maklum tentang dalil ni. Ayat ni melarang kita membazir.

Membazir…!

Ye la, kalo makan biar la habis...lagi pun kita tak tau kat mana keberkatan tu ada.Jangan membazir! Kalo membeli apa apa kat kedai, biar la ikut keperluan…jangan ikut kehendak. Contoh lebih jelas, gi kedai buku…beli buku teks fizik tu keperluan, beli komik “Dragon Ball” tu kehendak. Jangan membazir!. Contoh lain, memiliki kenderaan tu keperluan, menghias kenderaan dengan segala jenis aksesori tu kehendak. Jangan membazir!

Pernah dengar orang membazir kain??

Hmm…mungkin kalo orang tak cukup kain tu dah biasa dengar. Tapi yang ni lain pulak. Membazir kain. Macam mana tu? Haha…Istilah ni aku pun baru dengar dari sorang lelaki yang bercerita tentang ciri wanita yang ingin dijadikan isteri. Ayat yang aku dengar tu lebih kurang macam ni. “Aku kalo nak kawin nanti tak nak la group-group yang jenis membazir kain”. Tercengang aku dengar istilah tu. Bila dia tengok muka aku blur je…dia menjelaskan tanpa aku minta.”Alah yang jenis tudung labuh tu la, membazir kain la tu”. Dia menambah lagi “Aku bukannya apa, samada aku yang jadi bagus atau dia yang jahanam”. Wah wah wah, macam bagus pulak niat kawan aku ni. Tapi tak kena tempat la. Tatkala hati ini mengimpikan seorang wanita bertudung labuh menjadi pendamping hidup, dia pulak tidak berminat mengambil wanita yang memelihara aurat sebagai seorang isteri.

Bertudung labuh bukan membazir…!



Pernah dengar ayat quran yang ni
“Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang” (al-Isra’:59)

Allah memerintahkan supaya perempuan muslim untuk memakai tudung yang dapat menutup seluruh tabuh. Hmm…kalo ayat perintah maksudnya kena buat la kan?? Jadi tak timbul la masalah membazir kat sini. Kalo ye pun tak nak bernikah dengan orang yang bertudung labuh, jangan la cakap orang yang bertudung labuh tu membazir. Semoga Allah member hidayah kepada kawan aku tu dan kepada semua pembaca. Paling penting buat satu-satunya adik perempuan ku yang kini sedang melangkah kealam remaja, semoga Allah sentiasa bersama-mu.

Read more...

Wahai Lelaki

>> Saturday, August 01, 2009

Janganlah hipokrit…

semua lelaki perlukan perempuan. Tanpa perempuan di hati, perasaan dan fikiran lelaki akan rosak. Mereka masih mencari walaupun ada segalanya. Apa yang tidak ada di syurga sehinggakan Adam tetap rindukan Hawa?

Pada perempuanlah lelaki memanggil ibu, isteri ataupun puteri. Dijadikan perempuan dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Wahai lelaki, luruskanlah perempuan dengan jalan yang ditunjukkan Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan kerana nantinya mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal kerana di situlah punca bagi kekuatan dunia.



Akal perempuan setipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman. Hiasilah ia dengan akhlak. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah satu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah sebaliknya di situlah kasih sayang Allah.

Perempuan yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan akan membengkok.
Itulah akibat andai perempuan tidak kenal akan Tuhannya. Bila perempuan derhaka, dunia lelaki akan huru-hara.

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan, tetapi binalah kepimpinannya. Pastikan sebelum memimpin perempuan menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri kepada-Nya. Jinakkanlah diri pada Allah nescaya jinaklah segalanya di bawah pimpinanmu.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP