QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Membazir

>> Tuesday, August 04, 2009

Mesti ramai yang pernah dengar orang cakap kalo membazir tu kawan setan…sebanarnya ayat tu dari ayat Quran dalam surah al-Isra’ ayat ke-27

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara setan dan setan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya”
Tapi kalo tak bagi tau pun semua dah sedia maklum tentang dalil ni. Ayat ni melarang kita membazir.

Membazir…!

Ye la, kalo makan biar la habis...lagi pun kita tak tau kat mana keberkatan tu ada.Jangan membazir! Kalo membeli apa apa kat kedai, biar la ikut keperluan…jangan ikut kehendak. Contoh lebih jelas, gi kedai buku…beli buku teks fizik tu keperluan, beli komik “Dragon Ball” tu kehendak. Jangan membazir!. Contoh lain, memiliki kenderaan tu keperluan, menghias kenderaan dengan segala jenis aksesori tu kehendak. Jangan membazir!

Pernah dengar orang membazir kain??

Hmm…mungkin kalo orang tak cukup kain tu dah biasa dengar. Tapi yang ni lain pulak. Membazir kain. Macam mana tu? Haha…Istilah ni aku pun baru dengar dari sorang lelaki yang bercerita tentang ciri wanita yang ingin dijadikan isteri. Ayat yang aku dengar tu lebih kurang macam ni. “Aku kalo nak kawin nanti tak nak la group-group yang jenis membazir kain”. Tercengang aku dengar istilah tu. Bila dia tengok muka aku blur je…dia menjelaskan tanpa aku minta.”Alah yang jenis tudung labuh tu la, membazir kain la tu”. Dia menambah lagi “Aku bukannya apa, samada aku yang jadi bagus atau dia yang jahanam”. Wah wah wah, macam bagus pulak niat kawan aku ni. Tapi tak kena tempat la. Tatkala hati ini mengimpikan seorang wanita bertudung labuh menjadi pendamping hidup, dia pulak tidak berminat mengambil wanita yang memelihara aurat sebagai seorang isteri.

Bertudung labuh bukan membazir…!



Pernah dengar ayat quran yang ni
“Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang” (al-Isra’:59)

Allah memerintahkan supaya perempuan muslim untuk memakai tudung yang dapat menutup seluruh tabuh. Hmm…kalo ayat perintah maksudnya kena buat la kan?? Jadi tak timbul la masalah membazir kat sini. Kalo ye pun tak nak bernikah dengan orang yang bertudung labuh, jangan la cakap orang yang bertudung labuh tu membazir. Semoga Allah member hidayah kepada kawan aku tu dan kepada semua pembaca. Paling penting buat satu-satunya adik perempuan ku yang kini sedang melangkah kealam remaja, semoga Allah sentiasa bersama-mu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP