QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

4 Cerdas

>> Thursday, October 22, 2009

Sudah lebih sebulan aku tinggalkan sekolah tempat aku buat latihan mengajar...banyak kenangan yang kini semuanya jadi manis untuk aku ingat kembali satu per satu. Mula dengan berurusan dengan pihak pentadbiran sekolah hingga mengurus student yang "inda ketentuan"!!! semuanya adalah mutiara-mutiara kenangan yang mahal dan tidak ada dijual di pasar filipin.




Mungkin ramai yang merungut apabila diminta mengajar student yang agak nakal dan kelas yang hujung hujung...maklum la student macam tu "palui-palui" sikit. Tapi pada minggu minggu terakhir latihan mengajar, aku mula sedar...kelas yang paling seronok aku masuk mengajar adalah kelas 4 Cerdas. Cikgu cikgu kat sekolah tu cakap, budak budak 4 D tu bagus lagi dari 4 C haha bayangkan bertapa "palui" student aku tu.

Masa awal awal mengajar dulu, memang stress gak masuk kelas tu. Rasa nak tumbuk je student yang tak dengar kata. hehe tak tumbuk pun pukul dengan batang penyiut sampah jak! tapi lepas 3 minggu aku mintak student tulis komen tentang aku kat atas kertas...bila aku balik bilik guru, aku baca dan satu yang aku agak terkesan...

saya tidak suka dipukul dengan batang penyiut sampah

hehe aku tergelak kecil...aku rasa aku tau siapa yang tulis dan tulisan tu aku kenal. Maka lepas tu aku tak pernah guna batang penyiut sampah untuk pukul student. Melainkan hanya sekali masa jaga ujian bulanan.



Mungkin student 4 C tu jadi agak "palui" sebab banyak cikgu yang masuk dok marah kat student. Aku pun pernah marah gak...tapi masa awal awal LM je. Bila aku start puji dan ikut rentak student tu, tak de masalah...aku boleh kawal student untuk dengar kata (walaupun tak lama). Aku rasa student 4 C tu stress sebab hampir semua dan hampir setiap hari dia dengar cikgu kata "kelas ni la yang paling susah diatur". Student tu tersenyum lebar dan bertepuk tangan bila aku kata "this is the best class I've entered!". Salah sorang student cakap "pertama kali ni Sir, ada cikgu puji kelas kami" huh terharu jugak aku dengar. Hampir tujuh bulan sekolah baru pertama kali ada cikgu puji...cikgu praktikel pulak tu!



Siapa yang tak suka dipuji??maka dengan ini aku mengishytiharkan kepada cikgu-cikgu, murobbi-murobbi dan dae'i dae'i...amalkan ini untuk menambat hati mutarobbi masing masing. Tak susah, cakap je apa apa yang manis untuk didengar. Contoh...tak perlu kot !

5 comments:

A.K.U dan K.A.M.I Friday, 23 October, 2009  

hUHU..jangan sedih bah..^^

Abu Dzar Al-Ghifari Saturday, 24 October, 2009  

sedih??terharu la akh ana tulis..

A.K.U dan K.A.M.I Saturday, 24 October, 2009  

haha..Sowi tak jadi ke sabah bah..

CyberTaz Sunday, 25 October, 2009  

wow...rame nyer anak halaqah..

bila la aku nak mula praktikal nie..

takkan duk lab gak nnti T_T

Abu Dzar Al-Ghifari Sunday, 25 October, 2009  

hmm...dah agak jgk sebenarnya!bah biarlah, lain kali jak la datang sini

to CyberTaz, kalo dah amik biotech tu memang kerja kat lab kan???terimalah seadanya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP