QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Lelaki dan Wanita

>> Sunday, November 15, 2009

Sedutan beberapa point dari Forum Rahsia Mencari Pasangan antara Dr.Fadhilah dengan Kak Tah

Point yang Dr. Fadhilah bagi...

Pandangan mata

Lelaki :60 °
Perempuan :120 °
Maka bila orang perempuan jeling sikit boleh nampak belakang

Cara berfikir

Perempuan : boleh baca hati budi org dengan sekali tengok sebab berfikir dengan perasaan
Lelaki : berfikir guna rasional dan logik

Buat penilaian

Lelaki : tak leh dikritik secara direct, simple minded
Perempuan :lebih detail dan kompleks

Bercakap

Lelaki : banyak berfikir, kurang bercakap (cakap rumusan dari yang dia dah fikirkan)
Perempuan : kalo jumpa mesti bercerita
Perempuan cakap banyak sebab nak pamirkan sayang dan caring tapi lelaki tak cakap banyak sebab tak nak bantuan. Lelaki anggap mintak bantuan orang tu mencabar kewibawaan. Tapi kalo orang lelaki dah bercerita tentang masalah, tu tanda dia nak mintak bantuan


Yang ni pulak point yang Kak Tah bagi

Wanita suka berhias, sangat halus

orang perempuan akan ingat benda yang kecik-kecik macam hadiah atau kenangan
Sbb perlu ingat keperluan kat rumah...contoh gula, bawang kat dapur masih ada ke atau dah habis. Orang perempuan jugak perlu tau benda yang kacik sebab tugas dia menjaga anak, nanti orang perempuan akan senang detect kalo anak tu ada kurap ke ada duit belanja lebih ke

Lelaki...rasional

Contoh masa suami siap-siap nak gi kerja...isteri tanya “nak pegi kerja ke bang?”. Suami jawab “tak, I nak pegi pecah rumah orang”. Tak kan la isteri tu tak nampak dia tengah buat apa...sebab tu la dia jawab macam tu. Tapi isteri tanya bukan tak nampak, dia tanya sebab nak tunjuk caring kat suami

Prihatin kepada orang lain

Kalo student perempuan nak gi makan kat luar kampus, lepas dia balik tu mesti dia kira berapa hutang...contoh tambang teksi RM10 jadi sorang bayar RM2.5, dah tu makan Kentucky RM20 maka seorang bayar RM5.
Cuba tengok kalo orang lelaki yang kuar gi makan, bila sorang dah bayar tambang teksi, yang lain buat tak tau je macam tak ingat pulak teksi tu kena bayar..bila sorang dah bayar makan Kentucky yang lain buat sardin je.

Tak boleh dikritik

Bila suami jalan dengan isteri, suami tegur “hiush, cantiknya perempuan tu”. Isteri mesti terasa dan cakap “habis tu I ni tak cantik la?”
Perempuan akan cenderung untuk ambil personally teguran. Bukan nak krituk pun sebebarnya.

Boleh cakap banyak

Cuba tengok, kalo ada 4 orang perempuan jumpa, jumpa sume becakap. Kadang tu kita tak tau siapa yang dengar. Kalo 2 orang cakap talifon, dua-dua bercakap. Rupa-rupanya dia mendengar sambil bercakap. Tak macam orang lelaki. Kalo orang lelaki nak mendengar, dia mesti diam tak bercakap. Sorag bercakap, sorang lagi dengar.
Masalah timbul bila lelaki bercakap dengan perempuan...
Bila lelaki becakap, orang perempuan pun bercakap. Lalu dimarah la orang tu “You boleh diam kejap tak ni I nak bercakap”. “I nak denga la ni sebab tu I kena bercakap”
Tapi bila perempuan pulak bercakap...”Abang, you dengar ke I cakap ni?”. Si suami menjawab “Ye la I dengar ni sebab tu I diam”.


bagi yang berminat nak dengar froum tu boleh check kat sini atau nak dengar kat Youtube

kat sini boleh dengar gak




Read more...

"Baju Adik"

>> Sunday, November 08, 2009

Mungkin ramai yang dah biasa dengar istilah "baju adik" ni. Aku mula mendengar istilah ni sejak sekolah menengah lagi. Masa tu ada program dekat Kem Kaizen, Pekan Nenas, Pontian, Johor. Hmm..nak bagi tau segan tapi tulis jugak la, tu sebenarnya perkemahan untuk pelajar bermasalah. Secara lebih specific lagi, masalah disiplin. hehe tu cerita dulu, masa masih budak budak lagi. Kurang pasti pulak tingkatan berapa...?? Mungkin dalam tingkatan 2 atau 3 kot (sebab masa form 1 masih baik dan "noot" je). Lepas je sampai dekat kawasan perkemahan tu, kem kom bagi taklimat. Antara isinya adalah pengunguman khas untuk budak perempuan...


"jangan pakai baju adik masa buat aktiviti!"

hmm...jadi kami pun tercengang kejap...Baju adik?? kem kom tu dengan sempoi dan senyum sinis cakap "baju yang ketat sampai nampak bentuk badan"

Owh, baju adik! baru la aku faham...
masa tu awal tahun 2000, trend pakai baju adaik hanya dikalangan orang perempuan, tapi sekarang cuba perhatikan kat sekeliling kita. Lelaki pun dah ramai yang pakai baju macam ni.

kalau tak percaya cuba tengok course mate masing- masing masa keluar gi bandar. Mesti ada yang pakai baju yang agak sempit. Aku tengok macam tak leh nak bernafas pulak orang tu. Kengkadang tu terpikir gak, selesa ke kalo pakai baju macam tu?? lain je aku tengok...kalo aku mesti tak selesa tahap dewa. Tau macam mana aku tahu??aku pun ada satu baju yang agak sempit.

haha baju tu pakai dalam bilik je. kalo ikut malas nak pakai, tapi orang bagi hadiah dari jauh...pakai je la.

cuma masalah nya baju adik ni sakit mata bila pemakainya duduk. Tak kira la duduk atas kerusi, duduk atas lantai atau duduk bercangkung. Maka akan terzahir lah bahagian yang tak sepatutnya berada di sebelah dalam. Mungkin sengaja kot nak tunjuk seluar dalam yang berjenama tu. kalo tak macam rugi pulak beli kalo orang tak tau jenama apa hmm...mungkin macam tu la.

Seluar yang sepatutnya pakai sebelah dalam ni pun ada beberapa trend yang pelik pada pandangan aku. Seluar dalam, pakai la kat dalam, jangan bagi orang nampak. Malu beb! Teringat lagi masa aku asrama dulu, nak cuci baju mesti sorok sp*nd** kat dalam baldi. Pastu tunggu line clear baru boleh cuci. Jemur pun macam tu gak, mesti tunggu line clear. Bila dah kering, yang tu kena lipat dulu, terus simpan (baca: sorok) dalam laci.

Tapi sekarang ni aku hairan betul, pakai seluar dalam tapi tak jugak berada kat sebelah dalam, manpak jugak kat luar. Diorang tu tak malu ke??

Lebih parah lagi, trend pakai boxer. Pernah gak aku jumpa orang dengan selambe nya main bola pakai boxer...dah la tak pakai baju. Aku yang malu sendiri tengok dia macam tu. Pelik kan??mungkin kalo main macam tu boleh tambah skill kot...! Tapi tak jadi wakil kolej pun, wakil universiti apatah lagi!!.

Read more...

Memuji Orang???

>> Sunday, November 01, 2009

Lepas aku menulis untuk menganjurkan pembaca untuk memberikan pujian kepada orang lain (dengan ikhlas) dalam artikel yang lepas, ada yang bertanya untuk apa kita memuji orang
Hmm...mungkin orang yang bertanya tu kurang faham tentang apa yang aku tulis sebelum ini. Kepada yang masih kabur-kabur tentang aktikel yang lepas, anda dianjurkan untuk membaca sekali lagi artikel yang bertajuk “ 4 Cerdas”. Semoga Allah memberikan kefahaman lol.

Tapi kalo masih tak faham-faham, boleh la baca artikel yang ni pulak...

Aku suka memulakan artikel kali ini dengan satu analogi yang diberikan oleh sorang ikhwah.

“Ambil segenggam garam dan larutkan dalam secawan air...air dalam cawan tu rasa apa??. Sekarang ni ambil lagi segenggam garam dan larutkan dalam sebuah tasik...apa rasa air tasik tu??"

Sudah terang lagi bersuluh, kalo air dalam cawan tu mesti la berubah jadi sangat masin. Tapi air tasik pulak tak akan berubah rasa akibat segenggam garam tersebut. Secara jujurnya aku tak pernah buat eksperiment tu tapi tahap IQ aku yang tinggi ini memberikan jawapan tersebut.



Apa yang korang faham dengan analogi tersebut??

Sebenarnya aku nak bercerita tentang orang yang besar jiwanya tak akan tercemar perasaannya dengan kritikan orang. Sebab tu air tasik tak rasa masin walaupun dah diletakkan dengan segenggam garam. Ia akan terus tawar seperti sediakala.
Jadi apa kena mengena orang dengan tasik...?

Nabil (2008) kata ...Lu pikir la sendiri

Jadi aku nak bagi tau bahawa dengan memuji orang, jiwanya akan jadi besar. Jadi segala kritikan yang diterima selepas itu akan ditimbang dengan matang. Contohnya semasa aku menjalani latihan mengajar, encik pengetua pernah memarahi kami guru-guru atas beberapa alasan yang pada pendapat aku tak wajar kali yang dipersalah sebab bukan salah kami...tapi ye la, cuba kita berada kat tempat pengetua tu, aku rasa lagi teruk aku marah cikgu cikgu tu

berbalik kepada kisah pengetua marah tadi...aku sebagai orang yang ada jiwa yang besar (perasan dan berlagak serta sedikit ujub dalam diri pulak tiba tiba) tak terasa hati pun kena tegur macam tu



Kalo tak faham dengan situasi kat atas aku mintak maaf dan cari la contoh lain yang korang sendiri mudah faham...situasi nya adalah “try to put your-self into other shoes”.
Sekali lagi aku nak bagi tau...puji orang akan buatkan orang rasa senang dengan kita dan jiwa mereka akan besar


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP