QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Memuji Orang???

>> Sunday, November 01, 2009

Lepas aku menulis untuk menganjurkan pembaca untuk memberikan pujian kepada orang lain (dengan ikhlas) dalam artikel yang lepas, ada yang bertanya untuk apa kita memuji orang
Hmm...mungkin orang yang bertanya tu kurang faham tentang apa yang aku tulis sebelum ini. Kepada yang masih kabur-kabur tentang aktikel yang lepas, anda dianjurkan untuk membaca sekali lagi artikel yang bertajuk “ 4 Cerdas”. Semoga Allah memberikan kefahaman lol.

Tapi kalo masih tak faham-faham, boleh la baca artikel yang ni pulak...

Aku suka memulakan artikel kali ini dengan satu analogi yang diberikan oleh sorang ikhwah.

“Ambil segenggam garam dan larutkan dalam secawan air...air dalam cawan tu rasa apa??. Sekarang ni ambil lagi segenggam garam dan larutkan dalam sebuah tasik...apa rasa air tasik tu??"

Sudah terang lagi bersuluh, kalo air dalam cawan tu mesti la berubah jadi sangat masin. Tapi air tasik pulak tak akan berubah rasa akibat segenggam garam tersebut. Secara jujurnya aku tak pernah buat eksperiment tu tapi tahap IQ aku yang tinggi ini memberikan jawapan tersebut.



Apa yang korang faham dengan analogi tersebut??

Sebenarnya aku nak bercerita tentang orang yang besar jiwanya tak akan tercemar perasaannya dengan kritikan orang. Sebab tu air tasik tak rasa masin walaupun dah diletakkan dengan segenggam garam. Ia akan terus tawar seperti sediakala.
Jadi apa kena mengena orang dengan tasik...?

Nabil (2008) kata ...Lu pikir la sendiri

Jadi aku nak bagi tau bahawa dengan memuji orang, jiwanya akan jadi besar. Jadi segala kritikan yang diterima selepas itu akan ditimbang dengan matang. Contohnya semasa aku menjalani latihan mengajar, encik pengetua pernah memarahi kami guru-guru atas beberapa alasan yang pada pendapat aku tak wajar kali yang dipersalah sebab bukan salah kami...tapi ye la, cuba kita berada kat tempat pengetua tu, aku rasa lagi teruk aku marah cikgu cikgu tu

berbalik kepada kisah pengetua marah tadi...aku sebagai orang yang ada jiwa yang besar (perasan dan berlagak serta sedikit ujub dalam diri pulak tiba tiba) tak terasa hati pun kena tegur macam tu



Kalo tak faham dengan situasi kat atas aku mintak maaf dan cari la contoh lain yang korang sendiri mudah faham...situasi nya adalah “try to put your-self into other shoes”.
Sekali lagi aku nak bagi tau...puji orang akan buatkan orang rasa senang dengan kita dan jiwa mereka akan besar


2 comments:

enDicLeo_pZah Sunday, 08 November, 2009  

hanis..still remember me..? fizah.. ur clsmate time 5 Bestari dlu..SKTD..

Abu Dzar Al-Ghifari Monday, 09 November, 2009  

oh..yes I know you very well!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP