QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Senarai “paling” 2009

>> Wednesday, December 30, 2009

Sebelum tahun 2009 melabuhkan tirai aku nak berkongsi tentang beberapa perkara yang mendapat tempat di hati aku sepanjang tahun ini. Namun begitu, aku Cuma nak bagi tau awal-awal bahawa perkara ini dinilai menurut kaca mata aku sahaja. Tidak ada apa-apa nilai kesarjanaan atau keintelektualan yang mungkin anda temui. Maka kepada yang telah memenangai hati aku ni, aku nak ucapkan terima kasih la awal-awal. Anda semua sangat bermakna!

Kategori Kawan :

Kawan yang paling aku nak jumpa – Najib upsi
Kawan yang paling menyenangkan hati – sufi suci
Kawan yang paling senang diajak berbincang – faza4peace
Kawan yang paling banyak meminjamkan barang – Q-amar
Kawan yang memiliki bahasa paling unik – mael geologi
Kawan yang paling tenang – cikgu yuzaidi
Kawan yang paling proaktif – hanif ex-smap Labu
Kawan yang paling segak dan bergaya – raja sham
Kawan yang paling aktif bersukan – cikgu zahrin
Kawan yang paling sempoi – farid anggur
Kawan yang mempunyai anak paling comel – ucop at-tawaui
Kawan yang paling seronok untuk untuk dilayan – yazid
Kawan yang paling “out-standing” – ibnu ishak
Kawan yang masak paling sedap – usop graduan spta
Kawan yang paling “easy-going” - syafiq
Kawan yang mempunyai idea paling luar biasa – sirpunk
Kawan yang paling “soft-spoken” – ehsan ssmp

Kategori Tempat :

Tempat paling mempersona – Kota Kinabalu International Airport
Tempat paling jauh aku pegi – Sipitang
Tempat paling aku teringin nak pegi – UUM
Tempat paling bosan aku pegi – Kuala Penyu
Tempat paling banyak kali aku sesat – Masjid Bukit Padang
Tempat paling kotor - Pasar malam Wakaf Che Yeh
Tempat paling seronok – SMK Pengiran Omar II

Kategori blog :

Topik blog paling menarik – aku dan kami
Layout blog paling cantik – mujahid sesat di Betlehem
Bahasa blog paling puitis – salji biru
Topik blog paling menyentuh hati – sabahan muslim
Blog yang paling kerap aku baca – satu ummah
Blog yang paling tak larat aku bukak – halaqahbyu
Gambar blog yang paling menarik – ebulz
Isi blog yang paling lama untuk dicerna – ridhuantee
Tulisan blog yang aku paling “respect” – ibnuzulkiflee

Kategori Peristiwa :

Peristiwa paling menyeronokkan – balik raya haji dapat tiket percuma naik MAS
Peristiwa paling men”cuak”kan – jatuh motor masa nak balik Sipitang
Perisitwa paling membengangkan – “last minute” punya notis suruh bawak itu-ini untuk ke program
Peristiwa paling membosankan – menunggu seseorang yang tak kunjung tiba
Peristiwa paling memeningkan kepala – kontrak jual sate
Peristiwa paling menggelikan hati – minggu terakhir di kelas 4C
Peristiwa paling menginsafkan – Program hafalan siri 1
Peristiwa paling memenatkan – mengosongkan RB dan pindah rumah
Peristiwa paling menyentuh hati – dengar pengisian dari Abu Muhammad di Masjid Telekom
Peristiwa paling membahagiakan – mendapat SMS dari sirpunk selepas tamat latihan mengajar
Peristiwa paling aku cemburu : tidak diberitahu tentang liqa’ atas alasan aku berada jauh

kepada mereka meraka yang telah memenangai hati aku ni...aku hadiahkan sebuah piala. Boleh save dalam komputer atau laptop masing masing dah tu print out sendiri ye!

Read more...

English??

>> Saturday, December 26, 2009

Post kali ni aku nak bawak satu tajuk yang agak ketinggalan zaman...

tentang bahasa Inggeris !

hurmm...

Sesi latihan mengajar yang aku lalui pada sem lepas menguatkan lagi persepsi aku kepada bahasa yang dianggap paling bertamadun ini. Secara jujur aku mengaku bahawa aku bukan lah sorang yang pandai sangat dalam bahasa Inggeris ni. Tapi tu bukan faktor utama aku jadi tak suka kepada bahasa Inggeris. Untuk pengetahuan walaupun keputusan UPSR aku bukan lah 5A tapi bahasa Inggeris aku dapat A, keputusan PMR aku bukan lah 8 A tapi bahasa Inggeris aku dapat A, keputusan SPM aku bukan lah 10 A tapi bahasa Inggeris aku dapat A. kenapa jadi macam tu, sebab teacher kat sekolah dulu sangat pandai mengajar dan menarik minat aku untuk terus belajar bahasa ini. "Thank you teacher, love you all so much!"


Kembali kepada topik asal, pengalaman menjalani latihan mengajar selama 12 minggu membuatkan aku bertambah bengang dengan dasar PPSMI yang (kononnya) dimansuhkan secara bertahap. Aku diminta umtuk mengajar palajar tingkatan 4, subjek fizik dan juga matematik. hahaha fizik dan matematik kena la ajar dalam bahasa Inggeris, tu yang kerajaan suruh. Hari pertama berada di sekolah tu, aku dapat masuk ketiga-tiga kelas yang aku ajar. Respon pelajar memang menarik...diorang tak faham bahasa Inggeris. hmm...mula-mula aku ingatkan bahasa Inggeris aku sangat teruk sampai pelajar tak faham, owh ternyata tidak, cikgu lain pun dapat respon yang sama. Maka, aku mengambil langkah untuk mengajar dalam dua bahasa...bahasa Inggeris + bahasa Melayu. Dan sekarang aku adalah orang yang paling hebat dalam bahasa rojak ini setelah berlatih selama 12 minggu.

Bayangkan macam mana nak mengajar kalau pelajar tak faham dengan istilah "add", "equal", "parallel", "perpendicular" malah ada yang tak tahu "seven hundred thirty six" tu nak tulis macam mana. Pelajar-pelajar tu sendiri pernah bagi tau aku bahawa diorang lemah dalam bahasa Inggeris sebab cikgu yang mengajar dari sekolah rendah lagi mengajar diorang bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu. haha kedapatan! Tapi tak boleh nak salahkan cikgu-cikgu tu jugak, macam mana nak mengajar dengan baik. Masa dakat U ambik kursus pendidikan elektrik dan elektronik, bila posting kat sekolah, tak de subjek tu, kebetulan pulak subjek bahasa Inggeris mengalami kekurangan yang sangat dahsyat. Maka terpaksa la cikgu-cikgu ni bertukar jadi "teacher".



English...English...

Aku pernah dengar dari mulut kawan-kawan yang mengatakan bahawa aku merupakan seorang yang tidak konsisten dalam dasar PPSMI, kadang-kadang menyokong, kadang- kadang menolak. Wahai kawan-kawan yang prihatin, meh sini dengar kenapa aku jadi "inda ketentuan". Kalo dengan korang-korany yang dah diketahui tahap kepandaian nya dalam bahasa Inggeris ni, maka aku akan katakan bahawa aku tak suka bahasa tu. sebab korang kan memang bijak bestari, dan aku anggap korang boleh bukak mata dan tengok masalah ni dari pelbagai perspektif. Akan tetapi aku akan katakan bahawa bahasa Inggeris tu penting untuk dipelajari apabila aku berhadapan dengan pelajar-pelajar yang agak lemah tahap pencapaiannya tu. aku harap diorang ni nanti akan berusaha lebih gigih untuk belajar bahasa Inggeris ni. Maka sedikit sebanyak aku sebenarnya cuba untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar yang kini bertambah lebar.

(Khas buat adik perempuan aku yang memang tak bersependapat dengan aku tentang bahasa Inggeris...baca balik perenggan kat atas ni ye!)

hmm...


bercakap tentang jurang pendidikan, teringat pulak satu lagi program yang dirasmikan oleh Rosmah Mansor...Program Permata Pintar. Sebuah program yang mencari kelompok pelajar yang pintar untuk dikembangkan lagi potensi mereka. huh...berbulu telinga aku dengar! Tak salah nak bagi rakyat pandai. Tapi cuba pikir yang mana lagi untung...jadikan 20 000 orang yang pandai tu lebih pandai atau jadikan pelajar-pelajar kat seluruh Malaysia ni pandai. Program ni aku rasa hanya akan menambahlebarkan lagi jurang pendidikan yang sedia ada sekarang. Lagi satu...jadikan syarat lulus bahasa Inggeris untuk lulus SPM. Berita ni pun sangat tak menyenangkan aku. Pertama kali aku dengar berita ni, perkara yang terlintas adalah..."makin ramai la pelajar sekolah pedalaman tak dapat masuk U lepas ni". hah dah la tu..nanti aku dilabel sebagai anti kerajaan pulak. (tapi yang salah tetap aku bangkang)


Aku akhiri post kali ni dengan satu video yang agak menarik...Lee Kuan Yew pun dah mula galakkan semai rasa minat kat bahasa manderin!
video


"Don't worry about the English, because the English is so much easier" Lee Kuan Yew

kalo tak pun boleh tengok terus kat YouTube

Read more...

Mengejar Mimpi

>> Tuesday, December 15, 2009


Pernah satu petang aku berkongsi cerita tentang impian yang aku dengan sorang ikhwah...


dulu aku sering bermimpi untuk bercuti di negara yang ada 4 musim...

mesti seronok pegi berkelah di kala bunga sedang kembang mekar dihiasi dengan bau harum bersama-sama tarian rama-rama dan juga lebah.



mesti seronok bermain salji macam orang kat dalam dalam TV. Pegi kat kawasan pergunungan dan main kasut yang boleh meluncur tu..huhu

lepas tu baring kat atas salji buat snow angle wakaka...



boleh bawak kereta besar...sambil tak de masalah untuk isi minyak (sebab dah terlampau kaya, tak kesah la kalo harga minyak naik pun).

dah tu, ada koleksi jam tangan yang penuh satu laci...tiap-tiap pagi kena luangkan masa beberapa minit untuk pilih yang mana satu nak pakai untuk hari tu.




tapi sejak aku mandaftar untuk study ni, sikit demi sikit impian aku bertukar.

skang aku lebih senang dengan phone Nokia 6230 yang aku dapat masa masuk matrik 4 tahun lepas.selesa dengan koleksi t-shirt yang dibeli masa zaman muda-muda dulu. (hmm...mungkin faktor lain adalah sebab badan aku yang lambat membesar kot).tak jadi masalah guna wallet yang sama sejak tahun 2004.



Nak tau kenapa???

sebab selama aku study kat Sabah, aku mula bukak mata bahawa tu sume tak membawa kepada kebahagiaan yang sebenar. Kebahagiaan yang hakiki yang di impikan sekarang dah berubah kepada perkara lain. Skang ni, aku masih membeli jam tangan. tapi cukup sekadar dapat melihat skang ni pukul bape!satu peristiwa yang menambahkan lagi kekuatan azam aku untuk tidak membeli jam yang berjenama...

Sewaktu menghadiri satu bengkel pengurusan kewangan pribadi di Dewan Benkuet, Bangunan Censelori UMS. Penceramah tu tanya secara umum "untuk apa beli jam tangan mahal-mahal, you boleh dapat 25 jam sehari ke? I rasa kalo beli jam murah pun masih dapat 24 jama untuk sehari". adeh ayat tu bagaikan satu tamparan hebat buat aku...rasa terjatuh dan tak mampu nak bangun lagi. Terasa malu sengsorang pulak dalam dewan tu. Course mate aku dok sakan tergelak! Cis...tak guna punya kawan. Tapi bila balik, aku terpikir ada betulnya apa yang dicakapkan.



Nak tau skang ni apa impian aku...haha aku yakin dan percaya, sesiapa jugak akan tergelak lepas tau impian aku ni...

  1. Dapat jadi hafiz (walaupun nama aku dah hafiz, tapi masih belum cukup sifat).
  2. Mampu membaca Quran dengan tajwid yang betul.
  3. Jadi orang yang faham dengan kehendak Islam dan mampu mengamalkannya.
  4. Manusia yang pandai bersembang dengan orang lain.
  5. Ada daya pemikiran yang kreatif dan kritis.
  6. Memiliki seorang isteri yang menyejuk mata.
  7. Jadi cikgu sekolah yang bukan setakat mengajar.

haha silakan tertawa...aku tak pernah kecik hati. Malah gelak tawa tersebut akan jadi bahan bakar untuk aku pandu kereta kehidupan ini untuk mendapatkan segala yang aku impikan.

Apa jadi dengan impian aku yang dulu...lepaskan saja semua tu pergi bersama Si Luncai. "Si Luncai terjun bersama labu-labunya...BIARKAN!"

Read more...

Quantum Taqwa

>> Sunday, December 06, 2009

ni mood malas nak menulis tapi masih mahu berkongsi...
mudah-mudahan bermanfaat untuk semua

Quantum Taqwa

Read more...

Gunting Rambut

>> Wednesday, December 02, 2009


Baru baru ni aku pegi gunting rambut. Bukan sebab rambut aku dah panjang sangat pun hmm..walaupun agak panjang jika dibandingkan dengan rambut DS Anwar Ibrahim tapi masih sangat pendek jika dibandingkan dengan rambut Maria dalam filem Ayat-ayat Cinta. Aku pegi gunting rambut tu sebanarnya sekadar mengingat kembali memori ketika datuk aku yang aku panggil tok ayah masih hidup. Dulu masa aku masih kecil, tok ayah selalu bawak along, alang dengan aku pegi gunting rambut kat kedai tu. Berjalan kaki dari rumah ke kedai gunting rambut tersebut tidak mengambil masa yang panjang. Namun begitu, aku memilih untuk berbasikal ke sana.

Sebaik sahaja tiba di hadapan kedai, aku tinggalkan basikal di luar dan aku masuk ke dalam kedai...haha ayat ni kalo tak tulis pun tak pe...takkan aku nak bawak basikal tu masuk dalam kedai gunting rambut tu pulak. Di dalam kedai tersebut cuma seorang pakcik sedang menunggu giliran, bagus tak lama aku menunggu. Aku duduk di satu sudut kedai sambil mencari cari surat khabar untuk mengisi masa. Surat khabar yang paling terkini bertarikh 21 November 2009. Belasah je la apa yang ada, daripada duduk termenung kat situ baik aku membaca.

Selepas beberapa ketika masuk seorang orang muda. Tukang gunting rambut di kedai tersebut jugak. Aku hanya mengetahui fakta tersebut selepas dia mempelawa aku untuk duduk di atas kerusi mewah yang hanya ditemui di kedai gunting rambut. “Nok potong lagu mano ni abe?” dia bertanya. Aku menjawab “potong pendek”. “Potong biaso jah la?” dia kembali menyoal. Aku menganggukkan kepala tanda setuju. Selepas itu mula lah dia menggunting rambut aku yang lebih panjang dari rambut DS Anwar Ibrahim dan lebih pendek dari rambut Maria dalam filem Ayat-ayat Cinta.



Satu perkara yang kembali menerjah fikiran ku setiap kali aku gunting rambut datang kembali...agak-agaknya la kan, siapa tukang gunting rambut sultan-sultan kat Malaysia ni ye? Kali ini aku tak nak lagi berfikir sorang diri, maka soalan tersebut aku lontarkan untuk semua...tolong ye kalau ada jawapannya! Kenapa aku terfikir soalan macam tu?? Sebab tukang gunting rambut adalah satu-satunya orang yang berani menolak kepala kita ke kiri, ke kanan atau ke depan. Adik aku pun aku tak bagi nak tonjol kepala sesuka hati. Tapi tukang gunting rambut tu bukan ahli keluarga, aku hairan macam mana kita boleh membiarkan dia tolak kepala kita. Mungkin jugak sebab aku orang Melayu. Orang Melayu ni tak leh main-main kepala. Sebab tu aku terfikir soalan tu.

Tapi hari tu aku terfikir lain sikit. Ada beberapa perkara yang kita perlu ambil berat dalam sesuatu hal tapi apabila tiba pada tempat dan situasi yang berbeza, kita perlu timbang menggunakan neraca yang berbeza. Rasulullah sendiri sentiasa bercakap mengikut tempat dan situasi. Contoh paling banyak digunakan adalah apabila tiga orang pemuda datang secara berasingan dan bertanya tentang amalan yang paling utama. Rasulullah menjawab, “solat di awal waktu kemudian berjihad di jalan Allah dan kemudian berbakti kepada orang tua”. Tatkala pemuda lain datang bertanya dengan soalan yang sama, Rasulullah menjawab “Berjihad di jalan Allah, berbakti kepada orang tua dan solat di awal waktu”. Jawapan lain pula telah diberikan kepada pemuda yang ketiga apabila diajukan dengan soalan yang sama, “Berbakti kepada orang tua, solat di awal waktu dan berjihad di jalan Allah”.

Huraian hadith ni aku tak nak bagi kat sini sebab kalo aku tulis pun bukan ada orang nak baca...tak tsiqah! Jadi boleh la dengar apa kata Dr. MAZA kat YouTube.
Aku yakin dan percaya semua dah tahu dengan hadith tersebut. Apa kata kali ni kita baca kisah Abu Nawas dengan anak muridnya...

Abu Nawas sebenarnya adalah seorang ulama yang alim. Tak begitu mengherankan jika Abu Nawas mempunyai murid yang tidak sedikit. Di antara sekian banyak muridnya, ada satu orang yang hampir selalu menanyakan mengapa Abu Nawas mengatakan begini dan begitu. Suatu ketika ada tiga orang tamu bertanya kepada Abu Nawas dengan pertanyaan yang sama. Orang pertama mulai bertanya, "Manakah yang lebih utama, orang yang mengerjakan dosa-dosa besar atau orang yang mengerjakan dosa-dosa kecil?" "Orang yang mengerjakan dosa-dosa kecil." jawab Abu Nawas. "Mengapa?" kata orang pertama. "Sebab lebih mudah diampuni oleh Tuhan." kata Abu Nawas. Orang pertama puas karena ia memang yakin begitu. Orang kedua bertanya dengan pertanyaan yang sama. "Manakah yang lebih utama, orang yang mengerjakan dosa-dosa besar atau orang yang mengerjakan dosa-dosa kecil?" "Orang yang tidak mengerjakan keduanya." jawab Abu Nawas. "Mengapa?" kata orang kedua. "Dengan tidak mengerjakan keduanya, tentu tidak memerlukan pengampunan dari Tuhan." kata Abu Nawas. Orang kedua langsung bisa mencerna jawaban Abu Nawas. Orang ketiga juga bertanya dengan pertanyaan yang sama. "Manakah yang lebih utama, orang yang mengerjakan dosa-dosa besar atau orang yang mengerjakan dosa-dosa kecil?" "Orang yang mengerjakan dosa-dosa besar." jawab Abu Nawas. "Mengapa?" kata orang ketiga. "Sebab pengampunan Allah kepada hambaNya sebanding dengan besarnya dosa hamba itu." jawab Abu Nawas. Orang ketiga menerima aiasan Abu Nawas. Kemudian ketiga orang itu pulang dengan perasaan puas. Karena belum mengerti seorang murid Abu Nawas bertanya. "Mengapa dengan pertanyaan yang sama bisa menghasilkan jawaban yang berbeda?" "Manusia dibagi tiga tingkatan. Tingkatan mata, tingkatan otak dan tingkatan hati." "Apakah tingkatan mata itu?" tanya murid Abu Nawas. "Anak kecil yang melihat bintang di langit. la mengatakan bintang itu kecil karena ia hanya menggunakan mata." jawab Abu Nawas mengandaikan. "Apakah tingkatan otak itu?" tanya murid Abu Nawas. "Orang pandai yang melihat bintang di langit. la mengatakan bintang itu besar karena ia berpengetahuan." jawab Abu Nawas. "Lalu apakah tingkatan hati itu?" tanya murid Abu Nawas. "Orang pandai dan mengerti yang melihat bintang di langit. la tetap mengatakan bintang itu kecil walaupun ia tahu bintang itu besar. Karena bagi orang yang mengerti tidak ada sesuatu apapun yang besar jika dibandingkan dengan KeMaha-Besaran Allah." Kini murid Abu Nawas mulai mengerti mengapa pertanyaan yang sama bisa menghasilkan jawaban yang berbeza.

Berbalik kepada perkara yang kita persoalkan pada awal tulisan ni tadi...Kadang-kadang, kita perlu berlapang dada dalam beberapa hal yang selama ni kita pandang serius. Mungkin orang yang dah biasa tak makan kepala ikan sebab takut cepat lupa hafalan dia, jangan pulak tekejut bila dia tak makan kari kepala ikan yang kita hidang tatkala dia datang bertandang ke rumah. Mungkin orang yang "baik-baik" dah lama tak tengok TV, jangan pulak dia rasa orang yang tengok TV tu adalah satu perkara boleh jadi kiamat dunia. Mungkin anda biasa khatam Quran sekali dalam sebulan, jangan pulak anda memandang rendah kepada orang yang tak pandai nak mengaji walaupun unurnya sebaya atau bahkan lebih tua dari anda. Cuba berada dalam kasut orang lain, melihat dari sudut pandang orang lain. Jangan cuma melihat menggunakan kaca mata sendiri. Itu tidak akan membumi.



Sesi latihan mengajar yang aku lalui banyak mengajar tentang perkara ni...tapi nanti aku kongsi lagi, bukan sekarang ye...mintak diri dulu.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP