QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

English??

>> Saturday, December 26, 2009

Post kali ni aku nak bawak satu tajuk yang agak ketinggalan zaman...

tentang bahasa Inggeris !

hurmm...

Sesi latihan mengajar yang aku lalui pada sem lepas menguatkan lagi persepsi aku kepada bahasa yang dianggap paling bertamadun ini. Secara jujur aku mengaku bahawa aku bukan lah sorang yang pandai sangat dalam bahasa Inggeris ni. Tapi tu bukan faktor utama aku jadi tak suka kepada bahasa Inggeris. Untuk pengetahuan walaupun keputusan UPSR aku bukan lah 5A tapi bahasa Inggeris aku dapat A, keputusan PMR aku bukan lah 8 A tapi bahasa Inggeris aku dapat A, keputusan SPM aku bukan lah 10 A tapi bahasa Inggeris aku dapat A. kenapa jadi macam tu, sebab teacher kat sekolah dulu sangat pandai mengajar dan menarik minat aku untuk terus belajar bahasa ini. "Thank you teacher, love you all so much!"


Kembali kepada topik asal, pengalaman menjalani latihan mengajar selama 12 minggu membuatkan aku bertambah bengang dengan dasar PPSMI yang (kononnya) dimansuhkan secara bertahap. Aku diminta umtuk mengajar palajar tingkatan 4, subjek fizik dan juga matematik. hahaha fizik dan matematik kena la ajar dalam bahasa Inggeris, tu yang kerajaan suruh. Hari pertama berada di sekolah tu, aku dapat masuk ketiga-tiga kelas yang aku ajar. Respon pelajar memang menarik...diorang tak faham bahasa Inggeris. hmm...mula-mula aku ingatkan bahasa Inggeris aku sangat teruk sampai pelajar tak faham, owh ternyata tidak, cikgu lain pun dapat respon yang sama. Maka, aku mengambil langkah untuk mengajar dalam dua bahasa...bahasa Inggeris + bahasa Melayu. Dan sekarang aku adalah orang yang paling hebat dalam bahasa rojak ini setelah berlatih selama 12 minggu.

Bayangkan macam mana nak mengajar kalau pelajar tak faham dengan istilah "add", "equal", "parallel", "perpendicular" malah ada yang tak tahu "seven hundred thirty six" tu nak tulis macam mana. Pelajar-pelajar tu sendiri pernah bagi tau aku bahawa diorang lemah dalam bahasa Inggeris sebab cikgu yang mengajar dari sekolah rendah lagi mengajar diorang bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu. haha kedapatan! Tapi tak boleh nak salahkan cikgu-cikgu tu jugak, macam mana nak mengajar dengan baik. Masa dakat U ambik kursus pendidikan elektrik dan elektronik, bila posting kat sekolah, tak de subjek tu, kebetulan pulak subjek bahasa Inggeris mengalami kekurangan yang sangat dahsyat. Maka terpaksa la cikgu-cikgu ni bertukar jadi "teacher".



English...English...

Aku pernah dengar dari mulut kawan-kawan yang mengatakan bahawa aku merupakan seorang yang tidak konsisten dalam dasar PPSMI, kadang-kadang menyokong, kadang- kadang menolak. Wahai kawan-kawan yang prihatin, meh sini dengar kenapa aku jadi "inda ketentuan". Kalo dengan korang-korany yang dah diketahui tahap kepandaian nya dalam bahasa Inggeris ni, maka aku akan katakan bahawa aku tak suka bahasa tu. sebab korang kan memang bijak bestari, dan aku anggap korang boleh bukak mata dan tengok masalah ni dari pelbagai perspektif. Akan tetapi aku akan katakan bahawa bahasa Inggeris tu penting untuk dipelajari apabila aku berhadapan dengan pelajar-pelajar yang agak lemah tahap pencapaiannya tu. aku harap diorang ni nanti akan berusaha lebih gigih untuk belajar bahasa Inggeris ni. Maka sedikit sebanyak aku sebenarnya cuba untuk merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar yang kini bertambah lebar.

(Khas buat adik perempuan aku yang memang tak bersependapat dengan aku tentang bahasa Inggeris...baca balik perenggan kat atas ni ye!)

hmm...


bercakap tentang jurang pendidikan, teringat pulak satu lagi program yang dirasmikan oleh Rosmah Mansor...Program Permata Pintar. Sebuah program yang mencari kelompok pelajar yang pintar untuk dikembangkan lagi potensi mereka. huh...berbulu telinga aku dengar! Tak salah nak bagi rakyat pandai. Tapi cuba pikir yang mana lagi untung...jadikan 20 000 orang yang pandai tu lebih pandai atau jadikan pelajar-pelajar kat seluruh Malaysia ni pandai. Program ni aku rasa hanya akan menambahlebarkan lagi jurang pendidikan yang sedia ada sekarang. Lagi satu...jadikan syarat lulus bahasa Inggeris untuk lulus SPM. Berita ni pun sangat tak menyenangkan aku. Pertama kali aku dengar berita ni, perkara yang terlintas adalah..."makin ramai la pelajar sekolah pedalaman tak dapat masuk U lepas ni". hah dah la tu..nanti aku dilabel sebagai anti kerajaan pulak. (tapi yang salah tetap aku bangkang)


Aku akhiri post kali ni dengan satu video yang agak menarik...Lee Kuan Yew pun dah mula galakkan semai rasa minat kat bahasa manderin!
video


"Don't worry about the English, because the English is so much easier" Lee Kuan Yew

kalo tak pun boleh tengok terus kat YouTube

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP