QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Mengejar Mimpi

>> Tuesday, December 15, 2009


Pernah satu petang aku berkongsi cerita tentang impian yang aku dengan sorang ikhwah...


dulu aku sering bermimpi untuk bercuti di negara yang ada 4 musim...

mesti seronok pegi berkelah di kala bunga sedang kembang mekar dihiasi dengan bau harum bersama-sama tarian rama-rama dan juga lebah.



mesti seronok bermain salji macam orang kat dalam dalam TV. Pegi kat kawasan pergunungan dan main kasut yang boleh meluncur tu..huhu

lepas tu baring kat atas salji buat snow angle wakaka...



boleh bawak kereta besar...sambil tak de masalah untuk isi minyak (sebab dah terlampau kaya, tak kesah la kalo harga minyak naik pun).

dah tu, ada koleksi jam tangan yang penuh satu laci...tiap-tiap pagi kena luangkan masa beberapa minit untuk pilih yang mana satu nak pakai untuk hari tu.




tapi sejak aku mandaftar untuk study ni, sikit demi sikit impian aku bertukar.

skang aku lebih senang dengan phone Nokia 6230 yang aku dapat masa masuk matrik 4 tahun lepas.selesa dengan koleksi t-shirt yang dibeli masa zaman muda-muda dulu. (hmm...mungkin faktor lain adalah sebab badan aku yang lambat membesar kot).tak jadi masalah guna wallet yang sama sejak tahun 2004.



Nak tau kenapa???

sebab selama aku study kat Sabah, aku mula bukak mata bahawa tu sume tak membawa kepada kebahagiaan yang sebenar. Kebahagiaan yang hakiki yang di impikan sekarang dah berubah kepada perkara lain. Skang ni, aku masih membeli jam tangan. tapi cukup sekadar dapat melihat skang ni pukul bape!satu peristiwa yang menambahkan lagi kekuatan azam aku untuk tidak membeli jam yang berjenama...

Sewaktu menghadiri satu bengkel pengurusan kewangan pribadi di Dewan Benkuet, Bangunan Censelori UMS. Penceramah tu tanya secara umum "untuk apa beli jam tangan mahal-mahal, you boleh dapat 25 jam sehari ke? I rasa kalo beli jam murah pun masih dapat 24 jama untuk sehari". adeh ayat tu bagaikan satu tamparan hebat buat aku...rasa terjatuh dan tak mampu nak bangun lagi. Terasa malu sengsorang pulak dalam dewan tu. Course mate aku dok sakan tergelak! Cis...tak guna punya kawan. Tapi bila balik, aku terpikir ada betulnya apa yang dicakapkan.



Nak tau skang ni apa impian aku...haha aku yakin dan percaya, sesiapa jugak akan tergelak lepas tau impian aku ni...

  1. Dapat jadi hafiz (walaupun nama aku dah hafiz, tapi masih belum cukup sifat).
  2. Mampu membaca Quran dengan tajwid yang betul.
  3. Jadi orang yang faham dengan kehendak Islam dan mampu mengamalkannya.
  4. Manusia yang pandai bersembang dengan orang lain.
  5. Ada daya pemikiran yang kreatif dan kritis.
  6. Memiliki seorang isteri yang menyejuk mata.
  7. Jadi cikgu sekolah yang bukan setakat mengajar.

haha silakan tertawa...aku tak pernah kecik hati. Malah gelak tawa tersebut akan jadi bahan bakar untuk aku pandu kereta kehidupan ini untuk mendapatkan segala yang aku impikan.

Apa jadi dengan impian aku yang dulu...lepaskan saja semua tu pergi bersama Si Luncai. "Si Luncai terjun bersama labu-labunya...BIARKAN!"

2 comments:

A.K.U dan K.A.M.I Saturday, 26 December, 2009  

tak penah citer pun...hurm..~
takpe2..
dengan saye taknak citer..~

Abu Dzar Al-Ghifari Saturday, 26 December, 2009  

bukan tak nak cerita...tak pandai nak mula kan cerita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP