QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Personality Plus

>> Wednesday, January 27, 2010

Alhamdulilah setelah sekarang ni saya sedang membaca satu buah buku yang agak menarik, berkenaan dengan personality manusia…tajuknya Personality Plus. Hasil tulisan Florence Littauer. Nak tau apa yang menarik sangat dalam buku ni?? Buku ini mengajak kita mengenali orang lain dengan cara mengenali diri sendiri. Cakap banyak tak guna, jom kita tengok apa yang Florence Littauer tulis.
Secara umumnya manusia terbahagi kepada 4 jenis personality

  1. Popular Sanguine
  2. Perfect Melancholy
  3. Powerful Choleric
  4. Peaceful Phlegmatic
Sebagai pengenalan, saya tak bercadang untuk menghuraikan secara detail setiap personality yang ada. Cukup sekadar kita tahu bahawa setiap personality yang ada dalam diri manusia adalah pelengkap kepada orang lain.

Cuba bayangkan kalau dekat dunia ni semua panas baran. Mesti la huru hara dunia. Ada doctor yang panas baran, budak menangis sakit demam dah kena pelempang. Pemandu teksi tak de duit pecah, dah kena maki. Anak murid tak bawak buku, cikgu terajang. Alamak tak dapat bayangkan situasi macam ni berlaku.
Tak boleh jugak kalau semua manusia kat dunia ni asyik nak buat lawak je kerja dia. Posmen yang hantar surat pun nak buat lawak, mak cik jual kuih pun buat lawak, hakim mahkamah pun asyik nak buat lawak…tak jadi kerja!

Contoh terakhir, bayangkan kalau semua manusia kat atas bumi ni semuanya jenis nak jadi ketua. Bila cikgu buat undi na pilih ketua tingkatan, semua nak jadi. Bila ada persatuan baru kat kolej, semua berebut nak jadi ketua. Bila siap satu masjid baru, semua bermati-matian mempertahankan diri untuk dipilih sebagai ketua. Tak de yang nak jadi pengikut. Semua suka mengarahkan orang. Semua nya jenis nak orang dengar cakap dia. Teruk la gini.
Sebab tu la Allah cipta manusia ni bermacam-macam. Ada yang sesuai untuk jadi pemimpin, ada yang jadi pengikut. Ada yang pemarah, ada yang penyabar. Ada yang kuat emosi, ada gak yang jenis selambe badak je, kau cakap la macam mana pun dia tak kisah. Baru la hidup ni harmoni, ada warna warni dunia.

Maka, kepada yang ada masa lapang, saya , mecadangkan anda membaca buku ini. Tak kira la nak beli ke nak pinjam ke atau nak buat macam mana sekali pun, tapi saya cuma pinjam kat perpustakaan UMS je.

Read more...

It´s hard to belive

>> Friday, January 22, 2010


It´s hard to belive, that I couldn´t see

you whear always their beside me
that I was alone with no one to hold
but you whear always their beside me

This feelings like no other

I want you to know..
I never had some one, that knows me like you do
The way you do
I never some one as good for me as you
No one like you
So lonely before I finaly find
What I´ve been looking for

So good to be seen
So good to be heard

Don´t have to say a word

So long I was lost
So good to be found
I loving having you around

This feelings like no other

I want you to know
I never had some one
That knows me like you do
The way you do
I never had some one
as good for me as you
No one like you
So lonely before I finally find
What I´ve been looking for


Note :

thanks to my sister who introduce me this song
and for all who always beside me
sufisuci and sirpunk
I love you because of Allah

Read more...

ice-breaking

>> Tuesday, January 12, 2010

Seperti biasa, setiap kali awal sem akan diadakan satu daurah...daurah awal sem. Nama untuk daurah awal sem kali ini adalah Daurah Maal Hijrah. Mungkin sebab masih dalam bulan Muharram, pihak penganjur daurah menamakan seperti itu. Tapi sangat signifikan...tahun 1431 hijrah masih dalam bulan Muharram, tahun 2010 belum sampai 2 minggu lagi dan sem baru pulak memang baru dibuka untuk pendaftaran. Lebih signifikan, aku baru menjejakkan kaki beberapa jam di bandaraya Kota Kinabalu ni.

Jika diteliti, tentatifnya tidak jauh berbeza dengan program-program yang sebelum ni. Pengisian, ice-breaking, minum malam, tahajud, ma’thurat. Namun begitu, sesuatu yang diolah pihak penganjur kali ini adalah pada sesi ice-breaking...memecahkan dinding ais yang ada. Aktivitinya mudah, permainan rebut kerusi macam masa sekolah tadika dulu. Kerusi disusun dan peserta mengelilingi kerusi sambil mendengarkan lagu yang dimainkan. Apabila lagu dimatikan, duduk diatas kerusi yang kosong. Ingat lagi??

Masa MC program suruh berdiri tanda permainan nak dimulakan, satu perkataan yang terlintas dalam fikiran aku...”aku la yang tak dapat duduk ni!” Bukan apa, tengok la siapa kat depan dengan belakang aku. Belakang, ikhwah yang memang hebat dalam hal-hal rebut merebut ni. Tak caya??tengok la bila dia main basketball. Depan, err..tak sampai hati nak tolak...ikhwah ni kecik je orang nya. Tapi bila lagu dah start, jalan je la!...Lagu dimatikan, semua berebut cari kerusi kosong. Tapi tak sangka ikhwah kat depan dengan belakang aku dah duduk...meninggalkan satu tempat kosong diantaranya. Aku tersenyum tawar. Duduk dan mata cari siapa yang masih berdiri.

MC program memanggil ikhwah yang berdiri sambil ketawa kecil. “Memandangkan anta tak dapat tempat duduk, anta diiqob untuk menanyakan soalan kepada ikhwah yang duduk ni satu soalan yang anta nak tahu sangat” arahan itu keluar dari mulut MC. Dia berfikir sejenak dan mula bertanya kepada cybertaz “Apa matlamat anta sem ni?”. Beberapa ikhwah lain tergelak sikit mendangar soalan tadi. Namun apabila cybertaz berkira-kira untuk mula menjawab, semua memasang telinga. “first sekali nak cari anak halaqah, kedua nak konsisten dengan pendapatan 50 ringgit sehari dan yang terakhir nak grad sem ni”.

Owh...macam tu rupanya sesi ice-breaking ni.

Permainan di teruskan...aku masih dapat tempat duduk tanpa perlu bersusah payah. Hehe =) dengan tak disangka-sangka. Satu soalan ditujukan kepada aku. “Bagi tiga nama ikhwah yang ada kat sini yang anta rasa nak peluk sekarang ni”. Huh dahsyat nya permintaan tu. Suara aku tersekat di kerongkong. Alamak macam mana nak jawab ni. Kalo ikut kan, bukan setakat tiga, sepuluh pun boleh. Tapi tak tau kenapa. Agak lama jugak mereka menanti. Tiba-tiba suasana jadi hening. Puas aku kumpul kekuatan untuk menjawab tapi tak terdaya. Hati mula sayu. Pelupuk mata yang mula basah aku hapuskan cepat-cepat. Jangan nangis la, macam budak-budak je. Aku tertunduk, tidak tahu apa yang harus aku katakan.



“Sebut je nama tiga orang, bukan susah sangat pun akh”, cadang seorang ikhwah yang mungkin sudah tidak sabar untuk meneruskan permainan atau sebenarnya lapar kerana belum menjamah makan malam. “anta bagi je nama ana, Ehsan dengan Hafiz dah habis” cadang seorang lagi. Percaturannya bukan sekadar menyebut nama tiga orang ikhwah. Asif jiddan wahai ikhwah ku semua. Aku jadi agak tak keruan. Diluah mati bapak, ditelan mati mak.

Secara peribadi aku mengaku bahawa aku sayang semua ikhwah, tak kira la kat mana pun antum sekarang. Mana lagi aku nak cari kawan yang sanggup marah aku sebab tak jaga solat berjemaah dengan baik. Mana lagi aku nak cari kawan yang boleh aku mintak nasihat tatkala iman aku terumbang ambing. Mana lagi aku nak cari kawan yang mengirimkan sms pada jam 3, 4 pagi untuk mengucapkan selamat tahajud. Akan tetapi aku tak dapat menolak bahawa aku adalah seorang manusia yang tidak dapat lari dari fitrah kemanusiaan. Ada ikhwah yang aku sayang lebih berbanding ikhwah lain.

Berbalik kepada permainan rebut kerusi yang tertangguh tadi, aku jadi serba salah apabila nama yang aku nak sebutkan tu macam tak wajar. Belajar kat ums tapi ikhwah ums hanya bermula dengan nombor enam. Secara kasarnya macam ni

  1. Bukan ikhwah ums
  2. Bukan ikhwah ums
  3. Bukan ikhwah ums
  4. Bukan ikhwah ums
  5. Bukan ikhwah ums
  6. Ikhwah ums
  7. Bukan ikhwah ums
  8. Ikhwah ums
  9. Ikhwah ums

Lima orang yang aku paling sayang dikalangan ikhwah adalah bukan dari tempat aku belajar. Ikhwah ums yang paling aku sayang bermula dengan kedudukan ke enam, seterusnya ke lapan dan sembilan. Nak tau siapa ?? haha jangan mimpi la dapat tahu melalui blog ni.
Sekali lagi aku nak mintak maaf dekat peserta-peserta Daurah Maal Hijrah. Sampai habis program aku tak sebut pun tiga nama yang dimintak tu.

Read more...

sunyi

>> Friday, January 08, 2010



Sunyi,
derai tawa itu kedengaran sepi,
bait kata yang menerjah kelopak telinga,
pergi dibawa lembut bayu,
dunia ini bisu tanpa suara.

Dalam ramai aku tetap sunyi,
tatkala sendirian,
sunyi bertambah parah,
membarah disegenap tubuh,
tak sanggup aku hidup begini.

Aku mohon ya Allah,
jelmakan dia untuk aku,
kuderat ku tidak kuat,
tidak mampu merangkak sendirian,
aku mengidamkan dia sebagai teman.

Yang boleh menggenggam tanganku,
dan bersama memadam sunyi,
yang boleh aku pinjam kakinya,
agar aku dapat terus bertatih kehadapan,
yang boleh aku pinjam matanya,
agar aku mampu membeza kaca dan permata,
yang boleh aku pinjam telinganya,
agar suara hati ini tidak terus terpendam,
yang boleh aku pinjam bahunya,
agar aku punya tempat untuk menangis.

Bilakah mungkin dia akan muncul ?
mewarnai duniaku yang suram dan kosong ini,
berkongsi suka duka di sengga hayat,
menjadi teman bicara episod bahagis dan nestapa,

paling utama...

menggenggam erat tanganku mencari cinta Ilahi.

Read more...

Keliru sendirian

>> Thursday, January 07, 2010


pentas itu terus begitu,
tidak jemu menerima tamu,
tidak surut dihias tari,
langkahnya berbeza menurut irama,

Jika rancak mungkin zapin,
atau mungkin juga joget,
namun jika sebaliknya,
mungkin langkah gamelan yang diatur,

walauapa irama yang didendang,
kaki ini tidak mampu menyusun gerak,
bukan pentas tidak rata,
bukan irama tidak merdu,
pasangan menari juga telah lama menunggu,

hanya hati yang tidak mahu,
risau langkahnya pincang,
takut ditertawa orang,
perlukan aku terus membatu?

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP