QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Say no to "couple"

>> Tuesday, February 23, 2010


Buat adik-adik ku yang masih muda remaja
jagalah diri mu

jangan mudah memberi cinta kepada rakan mu,
jangan terlalu mengharap kasih pada yang tak halal,
jangan pernah merindui insan yang belum sah dimiliki,

jagalah diri mu,
masa depan mu masih luas terbentang,
jangan kau sempitkan,
dengan cinta yang tidak wajar,

hidup ini makin mencabar,
jangan pernah gugur sebelum berjuang,
hayunkan langkah mu,
untuk mencipta kejayaan,

bahagiakan orang tua mu,
yang tak pernah putus-putus berdoa,
mengharap kebahagiaan kau,
di dunia dan akhirat,

lantaran itu,
jauhi semua jalan yang ditunjuk syaitan,
jangan lagi dekati insan yang tidak halal,
andai tiada perkara mustahak,

berbahagialah dengan rakan-rakan mu,
andai angah tak mampu mengembirakan hati mu,
tapi awas,
jangan kau turut nafsu,
mencari yang tidak halal.

Read more...

Anion

>> Wednesday, February 17, 2010

kali ni saya nak cerita bagaimana seharusnya seorang al-akh tu mesti mencontohi "anion".

Anion???

apa tu?

hmm...kalau belajar kimia, bab elektrolisis, ada dua jenis ion.
ion yang bercas positif (dipanggil kation)
ion yang bercas negatif (dipanggil anion)

sebelum nak jadi seperti anion, meh sini kita kenal sikit apa sebenarnya anion.

anion tu bercas negatif sebab elektron pada petala paling luar atau valance electron tu terlebih satu, dua atau tiga...maka ion jenis ini lebih cenderung untuk membuang mendermakan elektron tersebut.
elektron yang didermakan ini akan diterima oleh kation.

apabila ini berlaku, satu ikatan kimia akan berlaku. Ikatan ini dinamakan sebagai ikatan ionik atau bahas inggerisnya adalah ionic bonding .

Tu la lebih kurang yang saya nak kongsi hari ni.
hmm...jadi macam mana al-akh tu nak mencontohi anion??

macam ni...

Seseorang ak-akh tu mestilah cenderung untuk memberi apa yang di miliki untuk membentuk satu ikatan hati yang kuat antara dia dengan madu' dia 

pernah dengar hadith nabi saw yang menganjurkan untuk kita saling memberi hadiah? Melalui cara ini manusia akan membuahkan rasa cinta. "Berhadiah-hadiahlah antara kamu kerana dengan itu dapat menambahkan kasih sayang antara kamu." (Riwayat Tabrani). Hadiah tu tak semestinya yang gempak habis, cukup sekadar cokelat Appolo atau murtabak daging. Tapi kalau rasa nak bagi yang lebih canggih, saya tak pernah menghalang. Nak hadiahkan sebijik laptop ke nak hadiahkan jam tangan ke...para sahabat telah mencontohkan sesuatu yang lebih luar biasa...orang orang ansar sanggup untuk menceraikan isteri untuk dikahwinkan dengan orang muhajirin yang baru tiba di Madinah.

satu lagi hadith yang nak saya kongsikan adalah "Bersalam-salamlah kamu nescaya ia akan menghilangkan perasaan dengki (iri hati), dan beri-memberilah antara kamu, nescaya kamu akan saling cinta mencintai antara sesama kamu dan ia akan menghilangkan permusuhan." (Hadis riwayat Malik).

Setelah valance electron tu di berikan kepada ion lain, maka ion itu akan datang dan memberntuk ikatan yang kuat. Kalau dikaitkan dengan al-akh tadi, maka ahdo' dakwah itu akan datang kepada kita.bukan kah kita tahu bahawa al-insan abdun ihsan...manusia itu hamba kepada kebaikan. Atau satu pepatah melayu yang saya baru dapat adalah "terhutang budi, tergadai body".
Lepas dah ada ikatan hati yang kuat, senang la madu' tersebut untuk datang halaqah aka usrah, datang daurah atau rehlah. murobbi tak akan dengar lagi alasan yang keluar dari mulut madu'. Dia akan cuba untuk menghadirkan body bersama dengan anda.

Read more...

Cinta Di Belantara

>> Thursday, February 11, 2010

 

Sebenarnya sang ketam tidak pernah menyuruh
dan mengajar anaknya
berjalan betul
kerana sang ketam cukup yakin
bahawa caranya berjalan,

seperti cara nenek moyangnya
dan cucu cicit kepada cucu cicitnya
berjalan telah betul dan sempurna

sebaliknya bangsa ketam pulalah
yang merasa hairan dan takjub
melihat manusia itu sendiri
yanag tidak habis-habis
dengan ajaran dan peraturan
yang pelbagai macam

dari doktrin-doktrin, rukun-rukun, fatwa-fatwa
sampailah kepada akta-akta
pekeliling-pekeliling dan memo-memo.

Tan Sri Dr. Nordin Kardin
Naib Canselor UUM


sajak ini telah dideklamasi oleh NC UUM pada Malam Puisi Riong "Cinta Di Belantara"

Read more...

untukmu

>> Friday, February 05, 2010

kali ni cuma nak berkongsi satu komik yang dah lama ada kat internet...dan aku yakin, ramai yang dah pernah baca. tapi tak pe la, post jugak la

yang ni link dari 4shaerd



kalo tak pun, download terus kat sini http://www.4shared.com/file/215016167/b57689d1/Untukmu__komik_.html


yang ni pulak dari scribd

Untukmu (komik)

thanks to akh umair atas idea asal yang sangat banyak manfaatnya ni!

Read more...

say "NO" to couple

>> Tuesday, February 02, 2010

Febuari menjelma lagi, Febuari tahun ni tak banyak beza dengan tahun-tahun yang lepas. Kalau pegi jalan jalan di bandar KK, kebanyakan kedai akan mempromosikan perayaan tahun baru cina yang bakal tiba...tidak ketinggalan juga beberapa kedai yang rancak mempromosikan hari memperingati kekasih. huh, berbulu mata aku bila terpandang iklan yang seumpama ini.

Seingat aku, kali pertama aku tahu tentang wujudnya hari memperingati kekasih ni masa aku belaja dekat Mersing, masa tu ada dua, tiga orang kawan aku dok cerita tentang sebab-sebab orang Islam tak leh sambut Hari Valentine ni. err,,,aku hanya mendengar sebab tak faham sangat apa yang sedang dikatakan pada ketika itu.

bila dah duduk kat universiti, fenomena bercouple aku tengok semakin menjadi-jadi, bila tiba bulan Febuari, ramai yang bertukar-tukar hadian bersama "pasangan" mereka. hmm...diorang ni tak tau ke "VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada dia Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga korang Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

atau hasil bacaan aku tak betul??

tapi orang kalau dah bercinta, cakap apa pun dia tak nak denga. yang dia tahu cuma dia dan pasangan dia jak. Korang keluarkanla dalil apa pun, mesti dia pertikaikan, kalau tak pun bagi alasan yang bukan-bukan.

contoh alasan yang biasa;

  • couple saya ni jadi penaik semangat untuk saya study
  • kami tak buat salah pun, cuma sms je...tak jumpa pun
  • kitorang kalo jumpa pun kat rumah parent dia, memang parent dia bagi kebenaran
  • apesal ko sibuk sangat nak tau?kubur masing-masing


Memang tak dinafikan bahawa Allah telah menciptakan manusia dengan fitrah ingin disayangi dan menyangi, tapi walauapapun alasannya, bercouple dengan tidak ada ikatan yang sah tetap sahaja melanggar syariat Islam. Ayat 23 dari surah al-Isra' telah menerangkan perkara ni

"dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk"


bersambung...

Read more...

Melancholic, Choleric, Phlegmatic or Sanguine



kalau sebelum ni post tentang personality plus secara kasar sahaja, rajah ni menunjukkan 4 personality manuusia yang aku sebutkan dulu siap dengan sifat-sifat yang mereka miliki

anda yang mana satu??

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP