QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Anion

>> Wednesday, February 17, 2010

kali ni saya nak cerita bagaimana seharusnya seorang al-akh tu mesti mencontohi "anion".

Anion???

apa tu?

hmm...kalau belajar kimia, bab elektrolisis, ada dua jenis ion.
ion yang bercas positif (dipanggil kation)
ion yang bercas negatif (dipanggil anion)

sebelum nak jadi seperti anion, meh sini kita kenal sikit apa sebenarnya anion.

anion tu bercas negatif sebab elektron pada petala paling luar atau valance electron tu terlebih satu, dua atau tiga...maka ion jenis ini lebih cenderung untuk membuang mendermakan elektron tersebut.
elektron yang didermakan ini akan diterima oleh kation.

apabila ini berlaku, satu ikatan kimia akan berlaku. Ikatan ini dinamakan sebagai ikatan ionik atau bahas inggerisnya adalah ionic bonding .

Tu la lebih kurang yang saya nak kongsi hari ni.
hmm...jadi macam mana al-akh tu nak mencontohi anion??

macam ni...

Seseorang ak-akh tu mestilah cenderung untuk memberi apa yang di miliki untuk membentuk satu ikatan hati yang kuat antara dia dengan madu' dia 

pernah dengar hadith nabi saw yang menganjurkan untuk kita saling memberi hadiah? Melalui cara ini manusia akan membuahkan rasa cinta. "Berhadiah-hadiahlah antara kamu kerana dengan itu dapat menambahkan kasih sayang antara kamu." (Riwayat Tabrani). Hadiah tu tak semestinya yang gempak habis, cukup sekadar cokelat Appolo atau murtabak daging. Tapi kalau rasa nak bagi yang lebih canggih, saya tak pernah menghalang. Nak hadiahkan sebijik laptop ke nak hadiahkan jam tangan ke...para sahabat telah mencontohkan sesuatu yang lebih luar biasa...orang orang ansar sanggup untuk menceraikan isteri untuk dikahwinkan dengan orang muhajirin yang baru tiba di Madinah.

satu lagi hadith yang nak saya kongsikan adalah "Bersalam-salamlah kamu nescaya ia akan menghilangkan perasaan dengki (iri hati), dan beri-memberilah antara kamu, nescaya kamu akan saling cinta mencintai antara sesama kamu dan ia akan menghilangkan permusuhan." (Hadis riwayat Malik).

Setelah valance electron tu di berikan kepada ion lain, maka ion itu akan datang dan memberntuk ikatan yang kuat. Kalau dikaitkan dengan al-akh tadi, maka ahdo' dakwah itu akan datang kepada kita.bukan kah kita tahu bahawa al-insan abdun ihsan...manusia itu hamba kepada kebaikan. Atau satu pepatah melayu yang saya baru dapat adalah "terhutang budi, tergadai body".
Lepas dah ada ikatan hati yang kuat, senang la madu' tersebut untuk datang halaqah aka usrah, datang daurah atau rehlah. murobbi tak akan dengar lagi alasan yang keluar dari mulut madu'. Dia akan cuba untuk menghadirkan body bersama dengan anda.

9 comments:

AhMiEzZ Thursday, 18 February, 2010  

salam ziarah..owh..satu kronologi yang cukup best..
tp akh, biasanya "Terhutang budi, tergadai body" tu digunakan kpd perempuan2 yang begitu rendah maruah dan martabat diri (oh,ana nk tertulis murtabak pulak..huhu)
p/s: murtabak kelate is the best..^_^v

Abu Dzar Al-Ghifari Monday, 22 February, 2010  

idea ni datang masa daurah yang lepas, mc daurah mintak lukis sesuatu dan kaltkan dengan Islam. Inilah hasilnya!

murtabak kelate always the best...!

Anonymous Thursday, 25 February, 2010  

omg angah!!
terer la!
pandai la angah kaitkan physics dgn islam!!
awesome!

Abu Dzar Al-Ghifari Friday, 26 February, 2010  

yang ni orang tak panggil pandai...tapi terdesak sebab memenuhi tuntutan program wakaka!

Anonymous Wednesday, 03 March, 2010  

huhu!!tahniah angah!!

Abu Dzar Al-Ghifari Wednesday, 03 March, 2010  

tahniah???untuk apa?
peliknya la adik aku sorang ni!!

Anonymous Friday, 12 March, 2010  

huhhu...
pelik itu unik + comel!!
ahakS!

Anonymous Wednesday, 17 March, 2010  

salam ustaz,nak pinjam idea ni jap.jzkllah..

Abu Dzar Al-Ghifari Wednesday, 17 March, 2010  

my sis : yes absolutely pelik = unik + comel just like me ahaks!

kepada anonymous yang mau pinjam idea ni...bah, ambil lah tapi saya belum jadi ustaz pun lagi ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP