QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Kenapa katakan tidak??

>> Monday, March 29, 2010


Balik dulu ye Kak Sal! Kalo datang KL singgah la rumah.

Insya-Allah, tapi tak tau la bila Kak Sal pegi KL…ramai sangat tentera yang nak kena bawak.

Hahaha…betul jugak tu. Tapi yang paling penting nanti kalo dapat kad jemputan makan nasi minyak mesti datang tu!

Oh, yang tu mesti…Kak Sal usahakan. Wah, macam dah ada calon je ni? Orang mana?

Hmm…ramai sangat calon sampai tak tau mana satu yang terpilih.

Kami minta diri dan saya pergi menghantar ikhwah tersebut ke stesen bas. Saya yang dari tadi berdiri di sebelah ikhwah tu tersenyum hanya tersenyum (huh, ingat aku tak tau status dia ni). Tapi malas nak pecah lubang mengkhabarkan bahawa kawan saya ni bujang dan belum berpunya tapi not-available (complicated kan??) . Kisah calon pilihan ikhwah yang datang menziarahi mak saudara saya ni saya sangka habis di situ. Ternyata sangkaan saya meleset. Rupa-rupanya ada soalan susulan yang diajukan kepada saya. Ye la tuan punya badan dah balik KL, saya yang masih di New Castle ni la jadi kaunter pertanyaan.

Angah kenal ke siapa kawan perempuan Alfaraby tu?

Tanya mak saudara saya yang saya panggil “Cek Ngoh” sambil memandu Produa Kelisa hitamnya di Bandaraya Islam New Castle. Saya ketawa kecil untuk memberi kesempatan kepada otak saya berfikir akan jawapan terbaik untuk soalan tersebut.

Bakpo pulok?

Tanya Cek Ngoh kehairanan melihat saya ketawa sampai terkeluar loghat Kelantannya.

Ni mesti pasal jemputan Alfaraby tu kan? Gina sebenrnya Cek Ngoh, Alfaraby tu setakat yang angah kenal belum ada calon untuk dijadikan isteri lagi.

Saya menjawab ringkas.

Ado saing-saing hok tino Alfaraby hok Angah kenal ?

Err…tak de Cek Ngoh.

Guno nok nikoh kalu tok saing denge ore…

Cek Ngoh bertambah hairan. Saya tahu…mesti Cek Ngoh pelik punya. Ye  la, sebab kalau remaja seusia kami telah ramai yang mempunyai pilihan hati. Tapi anak saudara yang sorang ni tak de pun nampak simpan gambar ke, berbual dengan handphone Nokia 6230 ke tapi tiba tiba mintak izin untuk menikah dari orang tua. Memang la agak membingungkan. Pada awalnya pun saya agak tidak yakin sedikit. Akan tetapi setelah bertanya sedikit sebanyak kepada beberapa orang “pakar”, saya mula faham akan proses dan prosedurnya. Apa yang saya faham?? Err…soalan tu akan saya jawab kemudian. Sekarang saya nak menyorot perhatian kepada “saing-saing” atau “gawe” atau orang panggil bercouple.

Saya yakin dan pasti bahawa telah ramai yang menulis akan hal seumpama ini atau yang jauh lebih direct bahasanya mengatakan bahawa “haram bercouple”. Itu semua boleh baca kat ms.shvoong, halaqah-online, psipum, iluvislam dan jugak kat berita-harian-online. Posting kali ini cuma saja saya ingin berkongsi sedikit dengan pembaca blog MeNtaDak ini tentang kenapa saya masih belum mempunyai seorang pilihan hati.

Sebelum tu ada baiknya kalau kita telusuri balik kisah perkahwinan antara Rasulullah S.A.W. dengan Khadijah. Saya rasa tak jadi masalah besar bagi orang Muslim untuk mengingat balik macam mana peristiwa tersebut berlaku. Ye la, sebab sejah dari sekolah rendah lagi dah diceritakan oleh ustazah atau ustaz masa subjek sirah nabawiyah. Betuk kan?? Tapi yang jadi masalah adalah bagi pembaca yang bukan Muslim (err…ada ka orang bukan Muslim yang baca blog ni??). Tak pe, abaikan sahaja persoalan tersebut. Kembali kepada persoalan utama. Masih ingat akan peristiwa perkahwinan Rasulullah dengan Khadijah?

Meh sini saya segarkan kembali ingatan bagi yang dah kabur-kabur daya ingatan terhadap peristiwa tersebut. Khadijah mula mengenali pemuda yang bernama Muhammad dari buah mulut orang sebagai seorang pemuda yang jujur dan adil. Jadi sebagai seorang peniaga, terdetik di hati dia untuk mengupah Rasulullah untuk menguruskan perniagaannya di Syam. Akan tetapi sebagai seorang ahli perniagaan yang bijak, Khadijah tidak membiarkan Muhammad pergi bersendirian, akan tetapi diutuskan bersama dengannya seorang pembantu yang bernama Maisarah. Semua tahu kan yang Nabi S.A.W. pulang dari menguruskan perniagaan tersebut dengan keuntungan yang sangat banyak berkat keadilan dan kejujuran dalam berniaga. Jadi Nabi S.A.W menyerahkan keuntungan yang diperoleh kepada Khadijah. Tidak pernah terlintas lansung dalam fikiran baginda untuk memperistrikan Khadijah. Akan tetapi Atiqah (salah seorang saudara perempuan Abu Talib) yang menguruskan hal tersebut. Dua bulan selepas Nabi S.A.W pulang dari berniaga di Syam, perkahwinan antara baginda dan Khadijah bt Khuwailid berlansung.

O.K yang tu cerita pertama yang saya nak kongsi kan. Untuk bacaan yang lebih, mungkin boleh rujuk mana mana buku sirah yang ada atau Tanya encik Google…klik kat sini. Cuma yang saya nak bukak mata supaya boleh nampak dengan jelas adalah…Khadijah kenal Muhammad sebagai seorang penuda yang jujur dan amanah. Dia mengamanahkan Nabi s.a.w untuk menguruskan perniagaannya di Syam. 2 bulan selepas Nabi s.a.w pulang dari Syam mereka menikah. Tak de pun kisah Nabi s.a.w bercinta dengan Khadijah sebelum mereka menikah. Tak tercatat langsung dalam tinta sejarah yang Nabi dan Khadijah ada pi makan sama-sama atau pun Nabi bawak Khadijah jalan-jalan dengan unta kat kawasan Kota Mekah. Bagi yang nak baca lebih banyak, boleh tengok kat sini.

Semua kisah tersebut hanya berlaku selepas Nabi Muhammad s.a.w menikahi Khadijah. Perkara yang sama jugak berlaku kepada Fatimah anak kandung Nabi s.a.w hasil perkahwinan dengan Khadijah. Fatimah tidak pernah bercinta dengan Ali.Malah kisah pernikahan Ali dengan Fatimah juga menarik untuk kita baca.

Pernah ada satu soalan yang saya malas nak jawab dengan lisan. “Tak salah kan cari sorang dulu untuk kenal baik buruk dia”. Jawapan yang saya beri hanyalah senyuman. Tak lebih dari itu. Saya yakin kalau saya jawab pun,  jawapan yang saya berikan tidak akan memuaskan hati dia…dan mungkin ramai orang. Kalo tak kenal macam mana nak nikah??Ingat nikah ni boleh buat main main ke? Persoalan lain yang akan timbul. Saya setuju part “nikah bukan perkara main-main”. Jadi sebab tu la saya tak bercouple. Haha mesti bertambah pening kan?? Meh sini saya jawab persoalan tu dengan persoalan. Bagi yang perempuan, adakah anda percaya dengan lelaki yang kononnya setia? Kalau la ditakdirkan satu hari anda ditimpa kemalangan dan lumpuh seluruh anggota badan dan tak mampu bergerak. Adakah dia masih nak menikahi anda?? Sama jugak dengan lelaki…sekiranya pasangan anda yang anggun dan comel tu ditakdirkan jadi bisu. Adakah anda masih ingin menikahinya?

Kalau ada bagus la, saya doakan agar anda dan pasangan anda tersebut berbahagia hingga ke syurga. Cuma saya nak bagi tau satu hadith nabi s.a.w. riwayat Bukhari dan Muslim.

Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan.

Maka, saya teringin sangat untuk tergolong dalam golongan orang yang beroleh keuntungan. Biarlah kelengkapan rumah saya dengan isteri saya seperti rumahtangga Ali dan Fatimah. Tapi mereka bahagia Allah melimpahkan keberkatan ke atas keluarga mereka. Hingga Ali tergolong antara 10 orang yang dijanjikan syurga. Fatimah pula adalah salah seorang daripada 4 wanita yang mulia sepanjang zaman. Persoalan lain pulak keluar. Macam mana nak tau wanita tu mempunyai fahaman agama yang baik? Jawapannya saya sendiri kurang pasti. Mungkin nanti bila saya sudah siap untuk menikah. Saya akan ajukan kepada orang yang lebih arif dalam bab ini untuk mencarikan seorang wanita untuk dijadiakn teman hidup saya.

No couple until akad !

Read more...

Konsert LIFELINE 4 GAZA

>> Tuesday, March 23, 2010


KONSERT "LIFELINE 4 GAZA" | Break The Siege

DAPATKAN TIKET DARI WAKIL-WAKIL JUALAN DI LOKASI ANDA

TARIKH:
26 Mac 2010


LOKASI:
Auditorium MBSA pindah ke DEWAN SERBAGUNA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, JALAN DUTA
(Pihak urusetia terpaksa mencari dewan yang lebih besar kerana permintaan yang amat tinggi)


MASA:
7.00mlm hingga 11.30mlm


SPEACIAL APPEARANCE:
Shoutul Harokah http://www.shoutulharokah.com
MUADZ http://www.facebook.com/profile.php?id=1046803257


INTRODUCING:
Kumpulan Daie


HARGA TIKET:
Dewasa & Kanak-Kanak - RM10.00
VIP - RM30.00
(Derma kepada Palestin)


ANJURAN:
LIFELINE 4 GAZA http://www.lifeline4gaza.org
HALUAN Palestin http://haluanpalestin.haluan.org.my
HALUAN Siswa http://haluansiswa.haluan.org.my
Jamaah Islah Malaysia (JIM) http://www.jim.org.my
KARISMA-JIM http://www.karisma.jim.org.my
Pertubuhan Mawaddah Malaysia http://www.pertubuhanmawaddahmalaysia.blogspot.com
Palestine Centre for Excellence (PACE) http://www.pacemalaysia.net
Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
Viva Palestina Malaysia http://www.facebook.com/pages/Viva-Palestina-Malaysia/193531139517
Persatuan Aqsa Syarif
& Gabungan NGO-NGO di Malaysia


TENTATIF
7.30PM: Solat Maghrib Berjemaah di Masjid Wilayah & Solat Hajat
8.30PM: Solat Isya Berjemaah di Masjid Wilayah
9.00PM: Konsert Nasyid
11.45PM: Tamat


JUALAN TIKET
Hanya 2000 tiket sahaja disediakan. Dapatkan tiket SEGERA melalui wakil kami di mengikut lokasi berikut

Shah Alam@Klang@UiTM Shah Alam
Adam Kadir | 013 404 4787
M.Zakiran | 019 939 0304

Petaling Jaya@UM
Anaqi Ahmad Salleh | 013 590 0750
Nu’man | 013 434 0685

Subang
Mus’ab | 012 954 7861

Kuala Lumpur@UTM KL
Fauzan | 019 566 0576
Abu Dzar | 013 356 8932

Gombak@UiAM
Syed Zulfaqar | 013 384 5475
Muhammad Siddiqi | 013 296 8637

Kajang@Bangi@Sepang@UKM@UPM
Zamri | 013 779 5217
Abu Ubaidah | 013 628 4940

Negeri Sembilan
Hudzaifah | 019 987 4594
Hussein ’Azeemi | 019 610 6916

Melaka
Khalid Al-Walid | 019 734 1984

Atau dapatkan di kaunter promosi bergerak kami pada 21 Mac 2010
http://www.facebook.com/profile.php?v=photos&id=1331150157&sb=28#!/event.php?eid=10150153106565158&ref=mf

SHAH ALAM
9.00pagi | Pasar Ahad Berhampiran Stadium Melawati
11.00pagi | Plaza Alam Centre

KL CENTRE
2.00petang

KLCC
4.30petang

atau dapatkan di kaunter tiket di pintu masuk Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan pada 26 Mac nanti


Sebarkan kepada rakan-rakan. Semua dijemput hadir!


#Tiket VIP adalah terbuka kepada sesiapa yang ingin tempat di hadapan pentas tanpa kerusi
#Dewan adalah tanpa kerusi dan tiket adalah hanya utk masuk ke dewan sahaja sebagai sumbangan kepada Palestin
#Lelaki & Perempuan diasingkan
#Mohon share aktiviti ini di wall saudara/i. Copy link event ini kemudian post di mana-mana group atau page
#Bahan sebaran seperti poster, banner & flyer boleh minta pada urusetia di email lifeline4gazahs@gmail.com


Hubungi Kami:
Urusetia KONSERT "LIFELINE 4 GAZA"
lifeline4gazahs@gmail.com
http://www.lifeline4gaza.org/
Sdr Khalid Al-Walid: 0197341984
Sdr Muhammad Zakiran Mahmud: 0199390304
Sdr Anaqi Ahmad Salleh: 0135900750



About Us
Lifeline 4 Gaza, or Talian Hayat Untuk Gaza as we read it in Bahasa Malaysia, is a collaborative effort between Malaysian NGOs to join an international campaign to break years of Israel siege on Gaza. We are
working along with Free Gaza Movement who is based in Cyprus, IHH in Turkey, MERC and Kispa Indonesia, and other NGOs from USA, Greece, France, Germany, Italy, Venezuella and many more. The fortilla is expected to depart Istanbul on 15th May 2010, comprising 20 ships and cargo boats to be laden with building supplies, generators, medical equipment and educational materials. They will sail through the Mediterranean Sea, carrying members of Parliament from countries around the world as well as high-profile journalists and human rights activists. Lets break the siege now, before it’s too late! For the Malaysian charter, the efforts are being carried out by collaborations of, among others, the following NGOs:

* HALUAN Palestin
* Palestine Centre for Excellence (PACE)
* Jamaah Islah Malaysia (JIM)
* Aqsa Syarif
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia
* Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)


http://www.lifeline4gaza.org/
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=476370
http://www.ihh.org.tr/13572/en/
http://www.worldbulletin.net/news_detail.php?id=54249
http://www.worldbulletin.net/news_detail.php?id=54249

Read more...

Ada apa dengan Nokia 6230

>> Wednesday, March 17, 2010


Hari ini ulang tahun phone saya brand Nokia 6230. Tanggal 17 Mac 2010,phone saya kini telah 6 tahun berada di muka bumi ini. 1 tahun ayah saya guna dan dihadiahkan kepada saya sebelum saya masuk mendaftar untuk program matrikulasi di Kolej Matrikulasi Perak dalam pertengahan tahun 2005. Bermula dari tarikh tu, saya adalah pemilik handphone Nokia 6230 yang sah. Phone Nokia 6230 milik saya ni saya bagi nama “mentadakkakikidal” atau lebih mudah “mentadak”. Kenapa mentadak??? hmm…dah ramai jugak yang bertanya, tapi saya diamkan saja. Tapi mungkin kali ini saya nak cerita sikit macam mana saya dapat nama mentadak tu.

Ceritanya mula masa sekolah dulu saya suka main game “Red Alert”. Hehe walaupun tak berapa nak pandai main tapi layan je la…gilir-gilir main dengan along ngan alang. Saya selalu bubuh nama bukan-bukan untuk nama team yang saya main. Antaranya adalah pengorekpensel, kamustebal, kasutsukan, mesenbasuh…sampai la satu hari yang dah sangat hampir dengan PMR. Saya ingat lagi masa tu saya balik dari asrama untuk cuti hujung minggu. Macam biasa la, saya main game Red Alert tu. Tah tetiba saya dapat ihlam untuk bubuh nama mentadak. Disebabkan saya dah biasa guna nama yang ada 2 perkataan, jadi saya piker pasangan mentadak tu..huruf terakhir adalah K jadi saya tambah “kaki”. Lepas tu suku kata kedua kaki adalah  “ki” jadi saya sambung “kidal”. Maka jadilah mentadakkakikidal atau mentadakakidal. Dan nama itu kekal sampai sekarang.

Blog ni pun saya namakan MeNtaDaKkaKiKiDaL sebab masa dekat matrik, phone saya ni adalah lidah rasmi saya kalau saya tak pandai nak cakap direct (maklum la saya adalah seorang yang introvert). Saya akan hantar sms kepada orang yang saya nak tegur tu. Sekarang, memandangkan blog adalah salah satu cara untuk menyampaikan isi hati saya, jadi saya ambil nama yang sama dari Nokia 6230 tu. Sebab tu la kadang kadang kalau baca blog ni rasa macam mengarut, jangan hairan tau. Tu makna nya emosi saya tak berapa nak betul. Hehe!

Jadi kepada follower blog ini yang pada masa artikel ini ditulis berjumlah 29 orang, anda sangat dihargai. Kepada yang meletakkan link MeNtaDaKakiDaL  di blog anda, saya sangat berterima kasih. Tak lupa juga kepada yang dok hantar comment pada post saya. Paling penting kepada satu-satunya adik perempuan dalam keluarga saya…you’re my strength on this world!

O.K skang mentadakkakikidal dah terjawab…sekarang saya akan menjawab dari mana datang nama murtabakdaging dan kenapa guna nama AbuDzar Al-Ghifari???

MuRtaBakDagiNg

Setelah sekian lama saya tidak memberi nama kepada barang-barang milik saya, saya jadi kurang kreatif dalm memberi nama lain…hingga lah apabila ayah saya membelikan saya sebuah laptop semasa saya dalam pulang bercuti di rumah sewaktu saya baru menghabiskan tahun pertama di UMS. Saya masih ingat, laptop tu ayah saya belikan kurang seminggu sebelum saya berangkat kembali ke UMS. Semasa pulang ke kampung saya di New Castle, Saya telah pun berfikir-fikir, nama apa yang sesuai untuk diberikan kepada laptop baru tersebut…tapi tidak bertemu juga nama yang ideal. Mungkin angin ew Castle yang sibuk dengan pasar borong, jaga parking, sepupu-sepupu saya yang comel-comel tu tak memberikan saya ruang yang selesa untuk bertemu dengan satu nama yang ideal.

Hingga lah pada satu masa, selepas pulang dari New Castle…di rumah sewa keluarga yang di hujung minggunya selalu mati air! Saya terfikir untuk menamakan sebagai murtabakdaging. Makanan kegemaran saya. Murtabak daging yang sedap adalah di New Castle sebab pencicahnya menggunakan cuka dan bawang merah…bukan kuah kari macam kat Johor, Pahang dan Sabah. Tambahan pula, ada satu kisah disebalik nama murtabakdaging ni.

Ceritanya bermula apabila saya tamat belajar di matrik dan beberapa lama selepas tu saya menyambut hari lahir…saorang kawan saya telah mengirimkan e-mail mengucapkan selamat hari lahir dan bersama dengan e-mail tersebut, ada di”attach”kan satu gambar yang menarik…gambar MURTABAK. Pergh…terus lapar ni! Maka saya terus memilih nama tersebut untuk diberi kepada laptop saya. MuRtaBakDagiNg. Tiap kali teringat peristiwa ni saya teringat akan penghantar e-mail tersebut…thanks to Wan Izham atas gambar murtabak yang sangat lazat dipandang…saya masih simpan sampai sekarang gambar tu..tak caya?? Huh…malas nak layan.

Sekarang saya nak bagi tau kenapa saya guna nama pena Abu Dzar Al-Ghifari.

Abu Dzar Al-Ghifari adalah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. Abu Dzar merupakan antara golongan awal yang memeluk Islam. Dia mula merisik tentang agama baru yang dibawa oleh seorang nabi di Kota Mekah dengan meminta pertolongan abangnya. Setelah itu, dia sendiri yang pergi ke Kota Mekah untuk mengaku akan kebenaran Islam dan beriman kepada Allah. Abu Dzar atau nama sebenarnya adalah Jundhub Bin Junadah berasal dari kaum Ghiffar. Kaum yang kerjanya adalah merompak kafilah dagang yang melintasi kawasan mereka tinggal. Hehe dahsyat kan kerja kaum Ghifar ni?? Akan tetapi selepas Abu Dzar memeluk Islam, dia pulang kepada kaumnya dan telah mengIslamkan seluruh kaumnya tersebut.

Err…tercerita bab Abu Dzar pulak. Hmm..bagi yang nak membaca lebih tentang Abu Dzar, boleh beli buku tentang sahabat Rasulullah. Cari nama Abu Dzar dan baca la sampai puas. Saya yakin mesti anda juga akan kagum dengan insan yang bernama Abu Dzar ini. Namun begitu, ada satu kisah yang sangat menarik yang ditempuh oleh Abu Dzar yang membuatkan saya sangat tertarik dengan sahabat Rasulullah s.a.w ini.

Sewaktu peristiwa perjalanan tentera Islam menuju ke Tabuk (juga dikenali sebagai Perang Tabuk), ramai dari salangan sahabat yang tertinggal dari rombongan Rasulullah s.a.w. Setiap kali diajukan kepada Rasulullah s.a.w. tentang hal tersebut, Rasulullah s.a.w. berkata “Jika dia orang baik, Allah akan mengembalikannya dan jika dia bukan orang baik, lebih baik dia tidak pergi”. Perjalanan diteruskan. Namun akibat tunggangan (kalo tak silap unta) Abu Dzar terlalu lemah dan tak berdaya, dia merupakan antara orag yang tertinggal. Selepas sahabat yang lain menyedari hal ini, mereka memberi tahu kepada Rasulullah s.a.w. “Wahai Rasulullah, Abu Dzar juga tertinggal dibelakang”. Rasulullah s.a.w tetap menjawab seperti jawapan sebelum itu…“Jika dia orang baik, Allah akan mengembalikannya dan jika dia bukan orang baik, lebih baik dia tidak pergi”. Dengan keazaman yang kuat untuk turut sama dengan Rasulullah, Abu Dzar telah turun dari tunggangannya (dia meninggalkan tunggangannya) dan memikul barang-barang miliknya. Abu Dzar meneruskan perjalanan ke Tabuk dengan harapan dapat bertemu dengan tentera Islam yang lain.

Rasulullah dan para sahabat yang lain sedang beristirahat menghilangkan letih, tiba-tiba seorang sahabat berkata, “Kami melihat seseorang sedang menuju kearah kita”. Rasulullah lantas berdoa “semoga itu Abu Dzar”. Apabila semakin hampir, memang benar…orang itu adalah Abu Dzar. Melihat keadaan Abu Dzar yang sangat lemah dan tak bermaya, Rasulullah s.a.w segera mengambil sedikit air untuk diberi Abu Dzar minum. Dia menolak dan memberi tahu bahawa dia mempunyai bekalan air. Rasulullah kehairanan dan berkata “Engkau mempunyai bekalan air tetapi engkau hampir mati kehausan!”. Abu Dzar berkata “Memang wahai Rasulullah, akan tetapi apabila aku meneguk air ini, aku menolak untuk meminumnya sebelum engkau minum”.

Saya sangat terharu dengan peristiwa ini. Betapa Abu Dzar memuliakan Rasulullah s.a.w. hingga dia tidak akan minum sebelum Rasul s.a.w minum.

Satu lagi adalah kisah kewafatan Abu Dzar…

Sahabat yang menemuinya terharu dan berkata “ Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada Abu Dzar dan benarlah kata Rasulullah s.a.w, dia berjalan sendirian, meninggal sendirian dan akan dibangkitkan sendirian”.

Kalau berminat nak tahu lebih tentang kisah kewafatan Abu Dzar, seperti biasa, beli buka sirah para sahabat ye kawan-kawan…saya tak larat nak menaip. Jadi sebagai kesimpulannya, Abu Dzar merupakan seorang yang sangat luar biasa dan say menggunakan mana pena Abu Dzar supaya saya sentiasa ingat akan setiap kisah-kisah yang indah yang pernah berlaku kepada sahabat nabi s.a.w tersebut.

Sebelum berakhir saya nak berkongsi satu hadith yang agak panjang dari Abu Dzar 

Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yang meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, bahawasanya Tuhannya telah berkata " Wahai hamba-hambaKu! Sesungguhnya aku telah mengharamkan penganiayaan atas diriKu, dan Aku jadikan haram di antara sesama kamu, maka janganlah kamu aniaya-menganiayai. Wahai hamba-hambaKu! Kamu sekelian sesat, kecuali siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku akan memberi hidayat itu kepadamu. Wahai hamba-hambaku! Sekelian kamu lapar kecuali siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka hendaklah kamu sekelain meminta makan daripadaKu, nescaya Aku akan beri kamu makan. Wahai hamba-hambaku! Sekelian kamu bertelanjangan, kecuali sesiapa yang aku berikan pakaian, maka mintalah pakaian daripadaKu. Wahai hamba-hambaku! Sekelian kamu membuat kesalahan pada waktu malam dan siang dan Akulah yang sahaja yang mengampunkan segala dosa. Maka mintalah keampunan daripadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala dosa-dosa kamu. Wahai hamba-hambaku! Kamu sekelian tidak mampu merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku, dan kamu tidak mampu merancang sesuatu menafaat untuk memenafaatkan Aku. Wahai hamba-hambaku! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan menambahkan barang sedikit pun pada kerajaanKu. Wahai hamba-hambaku! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu tidak akan mengurangkan barang yang sedikit pun pada kerajaanKu. Wahai hamba-hambaku! Jika sekiranya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, semuanya berkumpul pada sebuah tanah lapang lalu masing-masing meminta padaKu, nescaya Aku akan memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan permintaannya, nescaya yang demikian tidak akan mengurangkan sedikit pun dari apa yang Aku miliki, melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum yang jatuh ke dalam laut. Wahai hamba-hambaku! Sebenarnya semua itu adalah amalan-amalan kamu yang Aku catitkan bagi kamu sekelian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu, barangsiapa menerima kebaikan hendaklah ia memuji Allah dan barangsiapa yang menerima sebaliknya janganlah ia mencela kecuali dirinya sendiri".

Read more...

Derma Darah

>> Tuesday, March 16, 2010

Phone saya berbunyi...menandakan ada sms diterima. Lantas tangan saya mencapai phnoe Nokia 6230 hadiah dari ayah dan membaca sms yang diterima.

Salam akh tanya sikit, antara membuat kebaikan dengan menjaga aurat mana lagi utama?  -Sender Azlan

Saya tersenyum selepas membaca sms yang dikirimkan oleh seorang ikhwah ni. Sejak Azlan menjalani PLKN, saya jarang menerima SMS darinya.

Err…kena ikut keadaan jugak tu akh, cuba bagi tau ana situasi macam mana?

Dengan ringkas saya cuba mencari punca Azlan bertanya.

Gini…antara derma darah dengan menjaga aurat, mana satu yang patut kita utamakan?Kem tempat ana PLKN ni buat kempen derma darah.Sebab tu ana mau tau.

Saya berfikir sejenak dan jari saya terus menekan-nekan phone yang saya beri nama Mentadak tu.

Owh...gitu, sebenarnya dua-dua pun penting, tapi adalah lebih baik sekiranya pihak PLKN ada sediakan bilik yang berasingan untuk pelatih wanita menderma darah.

Tu la masalah nya ni akh.tiada pun bilik asing untuk pelatih wanita. Jadi macam mana tu akh.boleh ka diorang derma darah?

Kalau mau jawab pasal hukum asif jiddan la akh, ana kurang mahir sebab ambil pendidikan dengan sains di UMS ni bukan nya ambil Syariah ka Usul Fiqh ka! tapi perbuatan pelatih wanita yang derma darah tu patut dipuji sebab sanggup dan berani untuk derma darah. Orang lelaki pun belum tahu lagi berani ka tidak mau mendarma darah.

Huish...macam sindir ana jak ni!tau-tau jak ana x menderma!

Saya mula rasa bersalah, tak tahu pulak dia tak menderma darah...err, otak saya mula mencari ayat yang sesuai untuk memulihkan suasana.

Hehe ana cuma nak bagi tau yang menderma darah tu bagus...

Kami terus ber”sms” dari satu topik ke topik yang lain. Jadi cukup la sampai situ sahaja saya quote sms antara saya dengan Azlan. Saya jadi teringat kepada perkara ini apabila saya pergi menderma darah di Dewan Resital, UMS.

Jom Buat Baik

Mesti anda pernah belajar dalam kelas pendidikan Islam atau pendidikan moral di sekolah dulu tentang akhlak atau nilal murni. Salah satu dari pada akhlak yang baik adalah dengan membantu orang yang susah. Contoh biasa yang ada dalam buku, jika ada orang tua ingin melintas jalan...adalah baik jika kita pergi memimpin dia untuk sampai ke seberang jalan dengan selamat. Contoh yang agak moden, jika anda menaiki LRT atau kenderaan awam (terpaksa letak ni sebab di Sabah belum ada LRT)...ada orang perempuan mengandung berdiri di sebelah tempat duduk anda,  adalah lebih baik jika anda berdiri dan berikan tempat duduk tersebut kepada bakal ibu yang berdiri tadi.

Derma darah pun satu kebaikan yang jarang kita ambil peduli. Darah yang kita derma kan tersebut akan digunakan untuk pesakit yang terlibat dengan kemalangan dan hilang banyak darah. Atau mungkin juga akan digunakan sekiranya doktor di hospital buat pembedahan dan banyak berlaku pendarahan...atau banyak lagi kemungkinan lain yang saya kurang tahu...(maklum la saya pelajar bidang pendidikan dengan sains, kalau cerita lebih-lebih pun bukan ada yang percaya sangat). Dalam erti kata lain, darah yang kita dermakan tu akan digunakan untuk orang yang sangat kritikal dalam meneruskan hidup.

Pernah terfikir kenapa kerajaan buat kempen berbudi bahasa?? Salah satu dari jawapan nya adalah sebab pihak kerajaan telah melihat akan kurangnya budi bahasa di kalangan rakyat, kuhsusnya golongan muda...Sekarang saya tukar persoalan tersebut, pernah terfikir kenapa pihak hospital membuat kempen menderma darah??Jika tabung darah di negara ini mempunyai simpanan darah yang cukup untuk digunakan oleh pesakit...mesti kita tak pernah dengar tentang “Kempen Derma Darah”. Dalam erti kata lain, tabung darah di hospital-hospital mempunyai simpanan darah yang tidak mencukupi untuk digunakan.

Kebaikan Derma Darah

Yang ni saya tak tahu…tapi bila saya tanya Encik Google, dia kata macam ni

Tahukah anda, tindakan menderma darah akan mengurangkan paras ‘iron’ di dalam darah. ‘Iron’ adalah oksidan yang akan meningkatkan radikal bebas di dalam tubuh. Jadi apabila anda menderma darah sekurang-kurangnya sekali dalam setahun, anda akan mengalami penurunan tahap ‘iron’ dan ini turut mengurangkan risiko serangan jantung pada diri.

Kalau tak faham, mungkin anda juga boleh bertanya dengan Encik Google hehe

Apa Yang Kita Dapat

Hmm..biasanya pihak hospital akan bagi sebotol air mineral, sebotol air kotak (biasanya MILO), dan juga biskut atau roti. Kalau tengok buku rekod derma darah yang warna merah tu. Sesiapa yang menderma sebanyak 1 kali akan mendapat rawatan pesakit luar percuma...nilai ganjara yang diterima akan bertambah jika lebih kerap menderma...kalau saya tak silap, penderma yang menderma lebih 50 kali, akan dapat rawatan kelas pertama secara percuma selama 10 tahun...pergh! satu pelaburan yang berbaloi hahaha...lupakan semua tu!

Pernah dengan kisah Perang Badar??Sebalum berlaku perang, para sahabat bertanya “Wahai Rasulullah, apakah ganjaran yang kami akan peroleh?”. Rasulullah menjawab “ Untuk kamu syurga”. Ada seorang sahabat  yang sedang menyakan sebutir kurma ke mulut dengan niat memakannya, akan tetapi selepas mendengar kata-kata rasulullah tersebut dia membatalkan niat untuk memakan kurma. Dia berkata, jika dia memakan kurma tersebut, dia akan hidup lebih lama…  Janji tersebut membuatkan para sahabat bersemangat untuk berperang dan memperoleh syurga. Natijah dari peperang tersebut, tentera Islam yang berjumlah 313 orang telah menang.

Saya pernah dengar satu hadith…tapi tak tau siapa yang meriwayatkan. Hadith tu lebih kurang macam ni “Sesungguhnya Allah suka orang yang membantu orang dalam kesedihan”. Lagi satu hadith yang saya nak bagi tau adalah riwayat Bukhari dan Muslim…”Sesiapa melepaskan dari orang mukmin satu dari kesusahan- kesusahan dunia maka Allah melepaskannya satu dari kesusahan- kesusahan di Hari Akhirat”.

Read more...

Tips Ziarah Orang Sakit

>> Wednesday, March 10, 2010

Kali ni saya nak cerita bab ziarah orang sakit…

Hari Sabtu lepas saya pegi Hospital Likas, melawat Mirul, anak Kak As…cikgu kat SMK Pengiran Omar 2, Sipitang. Mirul baru lepas pembedahan buang appendix. Kak As pun hairan Mirul ni makan pun memilih, tapi boleh kena appendix jugak. Hana tu ye jugak…semua dia makan..Saya ketawa besar dalam wad tu dengar statement Kak As dan teringatkan Hana yang comel. Kak As menambah lagi “ Mungkin sebab doctor kata budak lelaki, lepas makan tak duduk diam…mesti nak belari, melompat sebab tu la makanan tu masuk dalam appendix”. Saya mengangguk tanda faham. Spontan mata saya tepat memandang kearah Mirul dia atas katil. Sibuk menekan mouse laptop mama dia. “Tengok la tu sakit-sakit pun sempat lagi layan Facebook!”. Saya tersenyum…”Hilangkan bosan kak”. Selamba saya membalas.

Berbual dengan Kak As memang seronok…banyak perkara yang akan timbul. Family-Day SMPO2, pindah rumah kat Papar, cikgu baru SMPO2, lecturer spps, sambung Master, pengalaman Kak As buat degree…banyak la memang. Hal ini normal untuk Sanguine Populer (masih ingat tentang personality plus??). Mirul tidak menyampuk, mungkin terus tenggelam dengan Facebook di depan dia kot. Saya hapran sekejap, budak 12 tahun sudah kompeten mengendalikan laptop…tahu membuat sambungan broadband dan bermain dengan internet.

Teringat masa saya seusia Mirul…permainan saya adalah koleksi permainan percuma kalau beli Happy Meal McDonald atau KFC. Game computer…ada jugak  nama nya “Red Alert” tapi kalau main kena gilir gilir dengan Along dan Alang. Tapi bila dan berebut…saya cenderung untuk tak main (ni kalau mood baik la, kalau tak…huh jangan harap). Mana ada nak guna internet, main game, update facebook. Tapi saya dapat tahu Mirul masuk hospital melalui facebook Kak As. hehe. Paling best adalah main kejar-kejar dengan adik-adik kat halaman rumah atau meluang kan masa bersama dengan ayam serama dan arnab.

Kembali kepada topic asal…menziarah orang sakit.

Ada satu hadith yang saya teringat tentang hal seorang Muslim kepada Muslim yang lain…

“Ada lima Hak seorang Islam keatas orang Islam yang lain : menjawab salam, menziarahinya semasa sakit, melawat jenazah, menerima jemputannya, dan mendoakannya apabila dia bersin” [Hadith Riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud].

Maka untuk memenuhi hak Mirul saya pun pegi la ke Hospital Likas selepas membeli sedikit buah tangan di Kingfisher dengan memandu kereta Hadi. (hehe tuan punya kereta pegi Labuan, saya belasah je la kereta tu).

Tips melawat orang sakit

Jangan lama-lama

Sebab risau pesakit akan rasa tak selesa dengan kehadiran kita kat sana. Tapi kalo dia yang mintak kita untuk tunggu lebih lama, tu tak jadi masalah…kau duduk la situ sampai habis masa melawat dan nurse kat situ mintak korang balik.

Berdoa supaya segera sembuh

Doa kan senjata orang mukmin…satu lagi yang saya dapat dari buku Tausiyah Untuk Aktivis Islam karangan Dr Najih Ibrahim dalam bab Berdoalah, kerana doa itu senjata sakti adalah pepatah Arab yang diterjemah “Sesiapa yang tidak mengetuk pintu, tidak akan dibukakan pintu untuknya”

Berilah kata-kata semangat dan gembirakan pesakit

Yang ni psikologi, supaya dia lebih tenang menghadapi dugaan. Mudah-mudahan pesakit yang kita ziarah tu akan redha menerima ketentuan Allah dan kemudian akan kuat semangat.
 

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP