QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Kuliah Petang Itu

>> Friday, April 30, 2010

“Maklumat sekarang berada di hujung jari, jadi apa next skills yang kamu perlukan?”. Soal Dr. Sabariah kepada kami. Suasana sunyi seketika, tidak ada respon. “ha, ada yang nak menjawab?” tanya Dr. Sabariah lagi. Masih tidak ada respon. “Kamu tau tak saya mengajar junior kamu, kuliah kedua saya dah marah. Menagajar sinior, saya rasa tak perlu la saya marah, ni dah minggu ke 13. Kalau saya maerh pun tak guna”. Dr. Sabariah mula meluah rasa. Kami terdiam. Soalan diulang sekali lagi “Maklumat sekarang berada di hujung jari, jadi apa next skills yang kamu perlukan?” Terdengar beberapa suara cuba menjawab, tapi bernada kurang yakin. Saling tak tumpah bunyi sekawan lebah yang berlegar-legar di sarangnya selepas mengumpulkan madu dari kuntuman-kuntuman bunga.


Begitulah suasana kuliah Dr. Sabariah. Penuh dengan soalan-soalan yang tidak ada dalam nota kuliah dan tidak akan ditanya dalam peperiksaan akhir sem. Dan yang paling penting, kuliah Dr. Sabariah ada banyak nasihat untuk kami.

Kami terus mendengar kuliah Dr. Sabariah sambil menyalin beberapa isi yang difikirkan penting. Satu perkara yang menarik tentang kuliah Dr. Sabariah adalah dengan banyaknya nasihat yang diberikan. Dr. Sabariah bukan sekadar memberi kuliah. Sejak dari minggu pertama lagi kuliahnya bukan semata-mata berkisar tentang “Teknologi dan Pusat Sumber Pendidikan”, ia lebih dari sekadar kuliah. Suka saya kongsikan di sini beberapa nasihat yang diberikan kepada kami. Mungkin juga berguna untuk anda.

Petua 3R

3R yang Dr. Sabariah berikan kepada kami bukan macam cerita di TV3 tu. Dr. Sabariah pesan, kalau tak nak ketinggalan, amalkan petua 3R. Apa dia 3R ??


“Read, read and read”

Nampak mudah tapi untuk konsisten membaca adalah satu cabaran yang besar. Lebih-lebih lagi bagi warganegara Malaysia yang terkenal dengan sifat malas membaca bahan-bahan ilmiah. Kalau pun ada yang membaca hanyalah majalah yang berkisar tentang artis, gossip, blog ataupun apa sahaja yang kurang nilai akademiknya. Kata Dr. Sabariah, nanti bila dah jadi cikgu, kena banyak membaca kalau tak cikgu akan ketinggalan, tak kira la di pedalaman mana sekalipun kena posting, tapi tabiat membaca jangan tinggalkan.


Rapat dengan pelajar tingkatan 5

Dr. Sabariah melahirkan sedikit rasa kesal bercampur hairan apabila ramai pelajar tingkatan yang dia temui di sekolah kurang jelas akan hala tuju selepas SPM. Kalau ada yang tahu pun itu adalah atas inisiatif sendiri bertanya dari abang saudara, sepupu atau mungkin encik Google. Terlalu sedikit yang dapat maklumat hala tuju selepas SPM dari guru. Bukanlah saya menundiang jari ke arah guru bimbingan dan kaunseling semata-mata. Ini merupakan masa depan pelajar, jadi Dr. Sabariah pesan walaupun cikgu tak mengajar tingkatan 5. Berbaik-baiklah dengan mereka. Bantu mereka membuat pilihan yang lebih baik untuk masa depan mereka.

Family First

Nasihat ini diberikan pada kuliah terakhir, minggu ke-14. “Exam nanti kamu jangan risau, apa yang saya tunjuk dalam kuliah tu kamu baca la. Nasihat yang saya bagi tu, kami simpan dan kamu amalkan. Untuk yang perempuan ye…”. Suara Dr. Sabariah terputus. Dr. Sabariah menutup mukanya di sebalik monitor. Kami terdiam. Hairan. Setelah beberapa ketika Dr. Sabariah kembali tegak berdiri dan mengulang ayat tadi, “Untuk yang perempuan…”. Masih tidak mampu untuk menyambung kata-kata. Manik-manik jernih dari pelupuk matanya tumpah. Kali ini Dr. Sabariah mengusap dada. Mungkin mengumpul kekuatan dan memohon ketabahan. “Untuk yang perempuan, pentingkan keluarga, jangan sebab lelaki, kamu buang keluarga”. Air matanya tidak berhenti mengalir. Dr. Sabariah duduk di posisi tadi, mukanya di lindung oleh monitor. Tanpa disuruh, seorang pelajar perempuan tampil membawa beberapa keping tisu.


Itu lah yang berlaku dalam kuliah Dr. Sabariah. Kuliah yang bukan sekadar “transfer of knowledge”. Banyak nasihat yang diberikan. Sebab tu saya suka masuk kuliah Dr. Sabariah =]

Read more...

sambung sikit...

>> Tuesday, April 27, 2010

Sambung sikit beberapa sifat Perfect Melancholic yang saya terlepas pandang dalam post yang lepas...

Perancang Yang Baik

Ini merupakan satu ciri khas Perfect Melancholic. Orang-orang Perfect Melancholic sentiasa merancang perjalanan hidupnya dengan baik. Bukan hanya dalam banyangan minda, tapi secara konkrit bertulis diatas kertas atau dalam “planner”. Mereka merancang bukan sahaja untuk 10 tahun akan datang bahkan secara terperinci apa yang harus dibuat pada hari ini, esok, lusa dan seterusnya. Tak hairan la kalau orang Perfect Melancholic ada sebuah diari peribadi dan didalamnya penuh dengan rancangan akiviti yang bakal dilakukan. Mungkin Popular Sanguine dengan Peaceful Phlegmatic pun ada “yearly planner” tapi tak sepenuh Perfect Melancholic punya.


Seorang Perfect Melancholic ada rancangan yang terperinci untuk makan tengah hari di kedai mana dan dia biasanya ada kombinasi khas antara makanan dan minuman. Contohnya kalau makan ikan pari bakar, minumannya tak sesuai teh tarik. Mesti minum teh O. Mungkin ada orang yang main belasah je apa-apa yang terlintas nak minum masa tu. Saya teringat semasa saya menghadiri satu kursus motivasi, penceramah minta peserta menulis apa yang nak dicapai dalam masa 10 tahun akan datang. Haha…dengan panjang lebar saya menulis “Siapa Saya 10 Tahun Akan Datang”. Tapi saya agak hairan apabila mendengar respon beberapa (baca:hampir semua) peserta lain. “Saya akan jadi diri saya”, “Saya akan buat apa yang saya suka” yang OK sikit jawab…tapi saya rasa tak OK sebenarnya “Saya akan jadi pelajar yang cemerlang” malah ada juga yang menjawab “saya belum pasti lagi”. Hmm…mungkin sebab ni la mereka perlu datang ke program motivasi kot!

Setia

Perfect Melancholic biasanya tak ramai kawan. Tapi kalau dia dapat sorang kawan, dia akan kekal berkawan. a.k.a setia. Orang kata mungkin tu je kawan yang dia jumpa sebab tu la dapat title setia. Saya kenal sorang Perfect Melancholic semasa di kolej matrikulasi, dia boleh menceritakan setiap kawan dia semasa sekolah rendah dulu dan masih lagi berhubungan sampai hari ni. Perfect Melancholic juga mempu untuk mengingat siapa nama guru setiap subjek yang pernah mengajar dia dari sekolah rendah bahkan mungkin juga tadika.

Suka Menyendiri


Sifat introvert yang ada membuatkan Perfect Melancholic rasa kurang senang apabila berada dalam ramai. Perfect Melancholic rasa “kurang selamat” jika pergi ke Karnival Jom Heboh atau apa juga acara yang melibatkan ramai orang. Maka, jangan hairan la kalau nampak Perfect Melancholic jalan pegi kelas sorang-sorang, tunggu bas nak pegi bandar sorang-sorang atau pun tetap bersendirian walaupun dalam program yang melibatkan ramai orang. Perfect Melancholic senang bila bersendirian. Jika anda mempunyai kawan yang Perfect Melancholic dan dia tidak menolak untuk berjalan bersama-sama, anda harus tahu bahawa kawan anda tersebut dah percaya betul dengan anda. Jadi, jangan sekali-sekali buat perkara-perkara yang tah ape-ape atau satu perkataan baru yang saya baru belajar adalah “nang hado” (err...betul ke guna kat sini??)

Sangat Sensitif

Ini merupakan salah satu sifat Perfect Melancholic yang saya malu nak cerita. Bayangkan seorang lelaki Perfect Melancholic...sangat sensitif. Dah macam perempuan pulak. Lagi satu, bayangkan pulak macam mana sifat seorang perempuan yang memang terkenal dengan sifat sensitifnya ditambah lagi dengan sifat Perfect melancholic yang sangat sensitif. Maka sifat perempuan Perfect Melancholic adalah “sangat-sangat sensitif”. Sensitif yang macam mana?? Kalau Perfect melancholic masak, nak komen lauk ikan masak tiga rasa tu terlebih garing boleh, tapi lepas anda puji dia dua atau tiga kali, baru komen sekali. “Wah, dari luar dah berbau sedap (point pertama). Air ni pun memang cukup rasa (point kedua)”. Baru la komen. Contoh lain, kalau Perfect Melancholic baru beli buku kat kedai, jangan la komen awal-awal, “la buku macam ni kau baca??”. Percaya la kawan anda yang Perfect Melancholic tu tak akan baca buku tu depan anda sampai bila-bila.

Pesimistik

Sifat ni bukan la sifat yang bagus, tapi memang orang Perfect Melancholic dilahirkan dengan “built-in antenna” pesimistik. Sekiranya seorang Perfect Melancholic berjalan, dan dia nampak ada orang berbisik-bisik, secara tak lansung dia terlintas “huh, mesti dok mengata aku la tu”. Dia pun mula membetulkan tudung, sapu-sapu muka sikit atau membetulkan tali kasut supaya semuanya sempurna.
Tu la sikit sambungan untuk Perfect Melancholic. Mudah mudahan membantu anda mengaenali personaliti manusia di dunia ini.

Read more...

Perfect Melancholic

>> Wednesday, April 07, 2010

Setelah lama tertangguh, terbit juga akhirnya post saya tentang salah satu personaliti manusia yang saya baca dalam “Personality Plus” hasil karya Florence Littauer. Jenis manusia yang pertama yang saya ingin bincangkan adalah yang mempunyai personality Perfect Melancholic. Jika anda membaca buku yang telah diterjemah ke dalam bahasa Indonesia, Perfect Melancholic adalah Melankolis yang Sempurna. Bagi yang arif dari segi linguistik, tentu tak jadi masalah untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan melankolik. Tapi bagi yang kurang mahir dari segi lingusitik, melankolik adalah :
1. berasa atau mem¬perlihatkan perasaan sedih atau dukacita (bkn perasaan, wajah seseorang, dsb), dukacita, sugul: Kassim cuba melepaskan dirinya drpd perasaan yg hiba, sayu atau ~; memang ada nada yg ~ dan putus asa dlm stanza akhir;
2. bernada sedih (hiba) dan meng¬harukan (bkn cerita, sajak, dsb): dr segi nada-nya, sajak-sajak awal ini amat romantik dan condong ke arah ~.

Rasanya perkataan sempurna tak jadi masalah untuk kita semua fahami…jadi tak perlu la saya terjemahkan di sini. Sebab saya yakin anda adalah terdiri daripada golongan yang cerdik pandai. Jadi mari kita terus kepada topic kali ini, Perfect Melancholic.


Ciri-ciri

Berbakat  dan kreatif

Orang perfect melancholic biasanya mempunyai bakat yang tak diketahui orang ramai. Hanya dia dan beberapa orang yang dia rapat sahaja yang tahu tentang bakat tersebut. Orang lain tak tahu bakat dia ni sebab orang yang Perfect Melancholic agak introvert maka agak sukar sikit untuk dia memberitahu atau berkongsi sesuatu dengan orang lain. Maka sekiranya anda mempunyai kawan yang Perfect Melancholic dan dia pernah berkongsi masalah dengan anda, ini bermakna dia telah mempercayai anda . Ingat senang ke orang Perfect Melancholic nak berkongsi sesuatu dengan orang lain??


Suka carta, graf dan rajah

Cuba anda perhatikan orang Perfect Melancholic baca akhbar Berita Harian. Dia akan baca semua fakta nombor, senarai di tepi rencana, mereka suka untuk meluangkan masa mentafsir graf dan carta yang ada tantang apa sahaja topic yang ditulis. Mungkin orang lain pun suka jugak, tapi Perfect Melancholic lebih suka. Sebab tu orang jenis ini, kalau nak beli buku, dia akan cari buku yang ada gambar rajah, carta, graf atau jadual. Kalau buku yang hanya ada perkataan dari awal sampai habis…susah sikit la nak beli buku tu.


Terperinci / teliti

“Perfect Melancholic”…dengar pun dah tau macam mana orangnya. Segalanya mesti sempurna. Jadi orang jenis ini agak terperinci. Dia sangat memperhatikan segala sesuatu dari yang besar hingga la yang kecil. Jadi tak hairan la bila orang Perfect Melancholic yang menonton cerita “Syurga Cinta” dia nampak brooch Cikgu Syuhada hilang bila dia masuk dalambangunan masa kejar kerata mainan. Dalam cerita “Perempuan Berkalung Sorban” dia kata tak logic Khudori mambaca dalam gelap sebab cahaya baru terpancar apabila Anisa masuk dalam bilik. Tengok cerita “K.A.M.I” pulak, ayah Ali pegi amik Ali dekat Balai Polis dalam keadaan hujan, bila sampai rumah keadaan luar rumah sangat cerah…tak ada pun tanda-tanda baru lepas hujan hehe. Kalau tengok iklan pun sama. Iklan susu Anmum suatu ketika dahulu. Wardina pakai tudung silang ke sebelah kiri main dengan anak dia. Kamera focus kat gambar kepala baby tu dan tukar gambar neutron bersambung-sambung. Bila zoom-out balik semula, tudung Wardina dah tukar stail. Saya panggil stail “lempar kiri-kanan”. Stail yang hujung tudung sebelah depan tu diangkat dan diletakkan di belakang.


Teratur

Perfect Melancholic biasanya kemas, tersusun dan teratur dengan baik. Maklum la “Perfect”. Sebagai contoh, apabila orang Perfect Melancholic yang menjemur kain, dia akan mula dari yang besar kepada yang kecil sebagai contoh mula dari kain pelekat > baju melayu > t-shirt > stoking. Saya pernah jumpa orang yang menjemur kain asalakn yang mana satu dia dapat dalam baldi @ bakul kain. Hmm…sah la orang tu bukan Perfect Melancholic. Situasi lain, Perfect Melancholic biasanya mempunyai satu jadual harian atau senarai tugas yang perlu dibuat untuk setiap hari. Sebab tu la Perfect Melancholic biasanya ada satu Management Diary.Perfect Melancholic tak suka buat kerja yang tak terancang atau tugas yang perlu diselesaikan secara tiba-tiba. Maka, jangan la suruh Perfect Melancholic pegi kedai beli kertas A4 dengan gam gajah tatkala dia sedang bersiap untuk qailulah (tidur siang sebelum Zohor).



Idealistik

Kalau tak faham idealistic, mungkin “high standard” anda faham. Sekiranya anda diminta oleh seorang yang Perfect Melancholic untuk buat satu kerja, jangan la buat main-main atau orang kata cincai je. Kalau dia tak puas hati, dia sendiri akan buat balik kerja tersebut sampai la sempurna pada pandangan mata dia.

Hmm…dah la tu, tak larat nak tulis lagi. Lain kali saya sambung tentang satu lagi personality yang introvert…Peaceful Phlegmatic.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP