QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Perfect Melancholic

>> Wednesday, April 07, 2010

Setelah lama tertangguh, terbit juga akhirnya post saya tentang salah satu personaliti manusia yang saya baca dalam “Personality Plus” hasil karya Florence Littauer. Jenis manusia yang pertama yang saya ingin bincangkan adalah yang mempunyai personality Perfect Melancholic. Jika anda membaca buku yang telah diterjemah ke dalam bahasa Indonesia, Perfect Melancholic adalah Melankolis yang Sempurna. Bagi yang arif dari segi linguistik, tentu tak jadi masalah untuk memahami apa yang dimaksudkan dengan melankolik. Tapi bagi yang kurang mahir dari segi lingusitik, melankolik adalah :
1. berasa atau mem¬perlihatkan perasaan sedih atau dukacita (bkn perasaan, wajah seseorang, dsb), dukacita, sugul: Kassim cuba melepaskan dirinya drpd perasaan yg hiba, sayu atau ~; memang ada nada yg ~ dan putus asa dlm stanza akhir;
2. bernada sedih (hiba) dan meng¬harukan (bkn cerita, sajak, dsb): dr segi nada-nya, sajak-sajak awal ini amat romantik dan condong ke arah ~.

Rasanya perkataan sempurna tak jadi masalah untuk kita semua fahami…jadi tak perlu la saya terjemahkan di sini. Sebab saya yakin anda adalah terdiri daripada golongan yang cerdik pandai. Jadi mari kita terus kepada topic kali ini, Perfect Melancholic.


Ciri-ciri

Berbakat  dan kreatif

Orang perfect melancholic biasanya mempunyai bakat yang tak diketahui orang ramai. Hanya dia dan beberapa orang yang dia rapat sahaja yang tahu tentang bakat tersebut. Orang lain tak tahu bakat dia ni sebab orang yang Perfect Melancholic agak introvert maka agak sukar sikit untuk dia memberitahu atau berkongsi sesuatu dengan orang lain. Maka sekiranya anda mempunyai kawan yang Perfect Melancholic dan dia pernah berkongsi masalah dengan anda, ini bermakna dia telah mempercayai anda . Ingat senang ke orang Perfect Melancholic nak berkongsi sesuatu dengan orang lain??


Suka carta, graf dan rajah

Cuba anda perhatikan orang Perfect Melancholic baca akhbar Berita Harian. Dia akan baca semua fakta nombor, senarai di tepi rencana, mereka suka untuk meluangkan masa mentafsir graf dan carta yang ada tantang apa sahaja topic yang ditulis. Mungkin orang lain pun suka jugak, tapi Perfect Melancholic lebih suka. Sebab tu orang jenis ini, kalau nak beli buku, dia akan cari buku yang ada gambar rajah, carta, graf atau jadual. Kalau buku yang hanya ada perkataan dari awal sampai habis…susah sikit la nak beli buku tu.


Terperinci / teliti

“Perfect Melancholic”…dengar pun dah tau macam mana orangnya. Segalanya mesti sempurna. Jadi orang jenis ini agak terperinci. Dia sangat memperhatikan segala sesuatu dari yang besar hingga la yang kecil. Jadi tak hairan la bila orang Perfect Melancholic yang menonton cerita “Syurga Cinta” dia nampak brooch Cikgu Syuhada hilang bila dia masuk dalambangunan masa kejar kerata mainan. Dalam cerita “Perempuan Berkalung Sorban” dia kata tak logic Khudori mambaca dalam gelap sebab cahaya baru terpancar apabila Anisa masuk dalam bilik. Tengok cerita “K.A.M.I” pulak, ayah Ali pegi amik Ali dekat Balai Polis dalam keadaan hujan, bila sampai rumah keadaan luar rumah sangat cerah…tak ada pun tanda-tanda baru lepas hujan hehe. Kalau tengok iklan pun sama. Iklan susu Anmum suatu ketika dahulu. Wardina pakai tudung silang ke sebelah kiri main dengan anak dia. Kamera focus kat gambar kepala baby tu dan tukar gambar neutron bersambung-sambung. Bila zoom-out balik semula, tudung Wardina dah tukar stail. Saya panggil stail “lempar kiri-kanan”. Stail yang hujung tudung sebelah depan tu diangkat dan diletakkan di belakang.


Teratur

Perfect Melancholic biasanya kemas, tersusun dan teratur dengan baik. Maklum la “Perfect”. Sebagai contoh, apabila orang Perfect Melancholic yang menjemur kain, dia akan mula dari yang besar kepada yang kecil sebagai contoh mula dari kain pelekat > baju melayu > t-shirt > stoking. Saya pernah jumpa orang yang menjemur kain asalakn yang mana satu dia dapat dalam baldi @ bakul kain. Hmm…sah la orang tu bukan Perfect Melancholic. Situasi lain, Perfect Melancholic biasanya mempunyai satu jadual harian atau senarai tugas yang perlu dibuat untuk setiap hari. Sebab tu la Perfect Melancholic biasanya ada satu Management Diary.Perfect Melancholic tak suka buat kerja yang tak terancang atau tugas yang perlu diselesaikan secara tiba-tiba. Maka, jangan la suruh Perfect Melancholic pegi kedai beli kertas A4 dengan gam gajah tatkala dia sedang bersiap untuk qailulah (tidur siang sebelum Zohor).



Idealistik

Kalau tak faham idealistic, mungkin “high standard” anda faham. Sekiranya anda diminta oleh seorang yang Perfect Melancholic untuk buat satu kerja, jangan la buat main-main atau orang kata cincai je. Kalau dia tak puas hati, dia sendiri akan buat balik kerja tersebut sampai la sempurna pada pandangan mata dia.

Hmm…dah la tu, tak larat nak tulis lagi. Lain kali saya sambung tentang satu lagi personality yang introvert…Peaceful Phlegmatic.

11 comments:

SufiSuci Wednesday, 07 April, 2010  

personality plus..

amat memberi inspirasi mengenal objek sentuhan..

cuma kerinduan kala masa dan jarak memisahkan..

adakah lagi ruang utk kaki menjejak bumi di bawah bayu?

Abu Dzar Al-Ghifari Wednesday, 07 April, 2010  

boleh jak kalau mau...bah datang la sem depan

sahabathijau Thursday, 08 April, 2010  

minta copy article ni.
jzkk

Abu Dzar Al-Ghifari Friday, 09 April, 2010  

copy je...tak jadi masalah!

akumahujujur Tuesday, 13 April, 2010  

Ana rasa ana perfectionis melancholic juga, hu hu(sampai sekarang tak buat test P.PLUS lagi)

Abu Dzar Al-Ghifari Wednesday, 14 April, 2010  

hmm...kalau nak soft copy personality plus punya test tu mintak je dengan ana...tapi english version punya la, yang edisi bahasa Melayu, tunggu lepas exam baru nak terjemahkan kot..tu pun kalau sempat =]

Anonymous Thursday, 15 April, 2010  

derr...
angah ler tu..
haha
brooch cgu syuhadah!
haha
x dapat dilupakan...
huhu...
anyway..i'm waiting the descriptions for my personality plak!!

Abu Dzar Al-Ghifari Saturday, 17 April, 2010  

kakak tunggu je ye!
memang bercadang nak tulis dah, tapi ada sikit lagi Perfect Melancholic nak kena tambah.
Lepas tu baru angah sambung yang lain =]

A.K.U dan K.A.M.I Sunday, 25 April, 2010  

uii..rajinnye die bace buku..~
Ganaz gak ek..KAMI ek..?haha

A.K.U dan K.A.M.I Sunday, 25 April, 2010  

eh..kalau saye ni kategori ape ek..?haha

Abu Dzar Al-Ghifari Monday, 26 April, 2010  

rajin...mana ada nak jadi cikgu, kena la tau sikit-sikit personality student...ganaz??KAMI haha hari tu ada seseorang telah menegur saya "apa ni tengok cerita macam ni!"

Incheck sirpunk ni mengikut firasat saya...Perfect Melancholic...tapi kurang pasti la. Tu cuma teka je!nak tau buat la test personality plus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP