QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

sambung sikit...

>> Tuesday, April 27, 2010

Sambung sikit beberapa sifat Perfect Melancholic yang saya terlepas pandang dalam post yang lepas...

Perancang Yang Baik

Ini merupakan satu ciri khas Perfect Melancholic. Orang-orang Perfect Melancholic sentiasa merancang perjalanan hidupnya dengan baik. Bukan hanya dalam banyangan minda, tapi secara konkrit bertulis diatas kertas atau dalam “planner”. Mereka merancang bukan sahaja untuk 10 tahun akan datang bahkan secara terperinci apa yang harus dibuat pada hari ini, esok, lusa dan seterusnya. Tak hairan la kalau orang Perfect Melancholic ada sebuah diari peribadi dan didalamnya penuh dengan rancangan akiviti yang bakal dilakukan. Mungkin Popular Sanguine dengan Peaceful Phlegmatic pun ada “yearly planner” tapi tak sepenuh Perfect Melancholic punya.


Seorang Perfect Melancholic ada rancangan yang terperinci untuk makan tengah hari di kedai mana dan dia biasanya ada kombinasi khas antara makanan dan minuman. Contohnya kalau makan ikan pari bakar, minumannya tak sesuai teh tarik. Mesti minum teh O. Mungkin ada orang yang main belasah je apa-apa yang terlintas nak minum masa tu. Saya teringat semasa saya menghadiri satu kursus motivasi, penceramah minta peserta menulis apa yang nak dicapai dalam masa 10 tahun akan datang. Haha…dengan panjang lebar saya menulis “Siapa Saya 10 Tahun Akan Datang”. Tapi saya agak hairan apabila mendengar respon beberapa (baca:hampir semua) peserta lain. “Saya akan jadi diri saya”, “Saya akan buat apa yang saya suka” yang OK sikit jawab…tapi saya rasa tak OK sebenarnya “Saya akan jadi pelajar yang cemerlang” malah ada juga yang menjawab “saya belum pasti lagi”. Hmm…mungkin sebab ni la mereka perlu datang ke program motivasi kot!

Setia

Perfect Melancholic biasanya tak ramai kawan. Tapi kalau dia dapat sorang kawan, dia akan kekal berkawan. a.k.a setia. Orang kata mungkin tu je kawan yang dia jumpa sebab tu la dapat title setia. Saya kenal sorang Perfect Melancholic semasa di kolej matrikulasi, dia boleh menceritakan setiap kawan dia semasa sekolah rendah dulu dan masih lagi berhubungan sampai hari ni. Perfect Melancholic juga mempu untuk mengingat siapa nama guru setiap subjek yang pernah mengajar dia dari sekolah rendah bahkan mungkin juga tadika.

Suka Menyendiri


Sifat introvert yang ada membuatkan Perfect Melancholic rasa kurang senang apabila berada dalam ramai. Perfect Melancholic rasa “kurang selamat” jika pergi ke Karnival Jom Heboh atau apa juga acara yang melibatkan ramai orang. Maka, jangan hairan la kalau nampak Perfect Melancholic jalan pegi kelas sorang-sorang, tunggu bas nak pegi bandar sorang-sorang atau pun tetap bersendirian walaupun dalam program yang melibatkan ramai orang. Perfect Melancholic senang bila bersendirian. Jika anda mempunyai kawan yang Perfect Melancholic dan dia tidak menolak untuk berjalan bersama-sama, anda harus tahu bahawa kawan anda tersebut dah percaya betul dengan anda. Jadi, jangan sekali-sekali buat perkara-perkara yang tah ape-ape atau satu perkataan baru yang saya baru belajar adalah “nang hado” (err...betul ke guna kat sini??)

Sangat Sensitif

Ini merupakan salah satu sifat Perfect Melancholic yang saya malu nak cerita. Bayangkan seorang lelaki Perfect Melancholic...sangat sensitif. Dah macam perempuan pulak. Lagi satu, bayangkan pulak macam mana sifat seorang perempuan yang memang terkenal dengan sifat sensitifnya ditambah lagi dengan sifat Perfect melancholic yang sangat sensitif. Maka sifat perempuan Perfect Melancholic adalah “sangat-sangat sensitif”. Sensitif yang macam mana?? Kalau Perfect melancholic masak, nak komen lauk ikan masak tiga rasa tu terlebih garing boleh, tapi lepas anda puji dia dua atau tiga kali, baru komen sekali. “Wah, dari luar dah berbau sedap (point pertama). Air ni pun memang cukup rasa (point kedua)”. Baru la komen. Contoh lain, kalau Perfect Melancholic baru beli buku kat kedai, jangan la komen awal-awal, “la buku macam ni kau baca??”. Percaya la kawan anda yang Perfect Melancholic tu tak akan baca buku tu depan anda sampai bila-bila.

Pesimistik

Sifat ni bukan la sifat yang bagus, tapi memang orang Perfect Melancholic dilahirkan dengan “built-in antenna” pesimistik. Sekiranya seorang Perfect Melancholic berjalan, dan dia nampak ada orang berbisik-bisik, secara tak lansung dia terlintas “huh, mesti dok mengata aku la tu”. Dia pun mula membetulkan tudung, sapu-sapu muka sikit atau membetulkan tali kasut supaya semuanya sempurna.
Tu la sikit sambungan untuk Perfect Melancholic. Mudah mudahan membantu anda mengaenali personaliti manusia di dunia ini.

12 comments:

Anonymous Tuesday, 27 April, 2010  

rajinnye tulis..
bukan angh exam ke minggu ni??

Abu Dzar Al-Ghifari Wednesday, 28 April, 2010  

hari ni last paper...hehe doakan ye

Anonymous Wednesday, 28 April, 2010  

amin..
lepas tu,
cepat2 balik sini!!

Abu Dzar Al-Ghifari Wednesday, 28 April, 2010  

bkalo ikut memang nak balik cepat...tapi tikit lambat lagi...apa boleh buat

Anonymous Wednesday, 28 April, 2010  

salam 'alaik,

menarik sekali penerangannya..
perfect melancholic suka bersendiri.. mungkinkah kerana sifatnya ini dia akan disalah anggap sebagai menyombong diri?

-pengembara di perbukitan bangi-

Abu Dzar Al-Ghifari Wednesday, 28 April, 2010  

bergantung kepada siapa yang menilai...kalau yang menilai tu kurang tahu personaliti manusia maka dia akan cenderung mengatakan Perfect Melancholic sombong.

Tapi biasanya yang cakap macam tu pun Perfect Melancholic jugak sebab mereka kan ada "built-in antenna pessimistic".

Mulai sekarang, kurangkan pessimistic, berbaik sangka lah =]

Anonymous Wednesday, 28 April, 2010  

sebut "built-in antenna pessimistic" ni..dulu ingatkan diri sendiri sahaja yang suka bersangka-sangka dengan orang..

rupanya sebab ada "antenna" tu..

terima kasih atas perkongsian..

-pengembara di perbukitan bangi-

Anonymous Wednesday, 28 April, 2010  

haa
berbaik sangka-husnuzhon
betul ta??

Abu Dzar Al-Ghifari Thursday, 29 April, 2010  

yup...tepat sekali!itulah yang dianjurkan oleh Islam

Anonymous Thursday, 29 April, 2010  

huu
hebat la fiqah..
cuba angah teka pulak-buruk sangka dalam bahasa arab pulak apa??

Abu Dzar Al-Ghifari Friday, 30 April, 2010  

tengok la siapa abang dia...hehe =P

bersangka buruk - su'u zhon

ni bukan teka tapi refresh balik pelajaran suatu ketika dahulu!

Anonymous Friday, 30 April, 2010  

huhu hebat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP