QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Muhasabah : Kempen "Tak Nak Tidur Ba'da Subuh!"

>> Saturday, May 29, 2010

Alhamdulilah setelah seminggu saya buat kempen ini kepada diri saya nahtijahnya adalah B.E.R.J.A.Y.A. Seminggu berada di rumah, saya tak tidur lepas subuh hehe. Tahniah kepada saya.

Saya jadi teringat sepotong ayat al-Quran dalam surah al-Ankabut ayat ke-69;

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.

Oleh kerana saya rasa aktiviti lepas subuh saya dapat mengelakan saya dari tertidur lepas subuh, dengan senang hati saya ingin berkongsi serba sedikit perkara-perkara yang boleh dilakukan bagi mengelakan dari tertidur selepas solat Subuh.

Perkara Yang Boleh Cuba:

  1. Sesi "Mari Mengaji" bersama Syeikh Said al-Ghamidi. Dahsyat tak??bertalaqi Quran dengan Said al-Ghamidi pepagi lagi! Tapi talaqi depan laptop je la. Pasang bacaan mp3 al-Ghamidi, mengaji bersama-sama.
  2. Kalau hari dah agak cerah, cari seluar sukan dan kasut sukan...keluar berjoging. Joging pagi-pagi seronok sikit berbanding joging waktu petang sebab tak panas, kereta tak berapa banyak dan udara nyaman.
  3. Tapi kalau malas nak joging, buat air panas dan baca berita.
  4. Lepas baca berita pusing-pusing keliling rumah tengok-tengok pokok bunga, rumput, daun kering atau apa-apa yang boleh dikerjakan. Paling mudah, sapu kawasan porch kereta dan susun selipar + kasut.
  5. Bagi yang pandai atau buat-buat pandai memasak, boleh la masak sarapan...tak dapat mee hoon goreng, nasi lemak pun jadi la. Resepi untuk sarapan banyak kat internet...tak caya?? Tanya je Encik Google.
  6. Kalau semua kat atas ni tak leh...gi la bersembang dengan abang atau kakak lepas habis baca ma'thurat sampai la hari cerah. Kalau anak tunggal, terpaksa la bercakap sorang diri!
  7. Bagi yang ada membela kura-kura macam saya anda mungkin boleh tukar air kura-kura tu lepas solat Subuh...bukan setakat anda yang tak tidur lepas solat subuh, dengan kura-kura sekali tak dapat tidur lepas Subuh.
  8. Bagi saya yang paling penting adalah...kemas tempat tidur secantik-cantiknya lepas bangun tidur. Anda akan rasa sayang nak landing balik atas tempat tidur tu!
  9. Selain tu, ada orang bagi tau cara lain untuk tak nak tidur lepas subuh adalah dengan melayan Facebook. Saya dah cuba...dan terbukti berkesan. (bukan sahaja tak mengantuk malah tak terasa nak cari sarapan pun).
  10. Idea lain yang saya dapat dari cadangan melayan Facebook adalah dengan mengupdate blog selepas solat Subuh. hmm...yang ni belum diuji secara klinikal!

Rasanya tu je buat kali ini buat pembaca blog MeNtaDaKkaKiKiDaL...bagaimana dengan anda??masih tidur lepas solat subuh?

Read more...

Peaceful Phlegmatic

>> Thursday, May 27, 2010

Sifat manusia yang terakhir ini merupakan jenis yang introvert. Lebih kurang sama dengan Perfect Melancholic. Cuma bezanya adalah Perfect Melancholic lebih bermain dengan emosi manakala Peaceful Phlegmatic mempunyai emosi yang agak stabil. Perkataan “Phlegmatic” itu sendiri telah menggambarkan ciri ketenangan emosi. Secara kaasarnya sifat ini lebih tenang, tidak mudah teruja dan mungkin kadang-kala dilihat blur.





Ciri-ciri Peaceful Phlegmatic


Tenang


Ciri ini agak dominant bagi Peaceful Phlegmatic. Tak kira apa pun yang berlaku baik ribut mahu pun taufan. Peaceful Phlegmatic akan tetap tenang. Tatkala Powerful Choleric sudah mengamuk, Popular Sanguine sudah membebel dan Perfect Melancholic sudah merajuk membawa diri, Peaceful Phlegmatic masih seperti biasa. Peaceful Phlegmatic tidak pernah terpengaruh dengan keadaan di sekeliling. Saya masih ingat lagi semasa di sekolah dulu, kami menghadiri satu kem motivasi. Ada satu slot yang agak sedih penceramah bercerita tentang pengorbanan ibubapa kepada anak-anak. Hampir semua peserta kem menangis kesedihan kecuali sorang kawan saya...soerang Peaceful Phlegmatic. Dia tunduk dan matanya terkebil-kebil. Apabila slot itu berakhir, kami pergi minum. Saya minta dia respon tentang slot tadi. Jawabnya ”Pelik, ini kem motivasi ke
kem apa? Apesal bukak cerita sedih pulak?”

Sabar

Satu lagi pujian kepada Peaceful Phlegmatic. Orang jenis ini sangat banyak bersabar dalam setiap tindakan atau perancangannya. Peaceful Phlegmatic diciptakan oleh Allah sebagai jenis orang yang banyak bersabar kerana mereka tak berminat nak cari gaduh dengan orang lain. Tak kira la sekecil mana pun perkara tu. Pasti akan dielakan dari berlaku. Biasanya kalau ada perselisihan, dia akan mengalah. Peaceful Phlegmatik tak pernah hirau jika orang lihat dia sebagai ”tidak mempunyai kredibiliti”, yang penting segalanya tenang dan damai.

Pendengar Yang Baik



Peaceful Phlegmatic sangat sesuai dijadikan kawan atau tempat meluah perasaan. Nak tau kenapa?? Biasanya Peaceful Phlegmatic adalah seorang pendengar yang baik. Tambahan pula, Peaceful Phlegmatic jenis yang tak banyak cakap. Memang la sesuai nak dijadikan tempat untuk berkongsi masalah. Cuba bayangkan kalau anda berkongsi masalah dengan Perfect Melancholic. Baru cerita sikit, yang bercertia dah menangis, yang dengar cerita dah teresak-esak. Kalau cerita dengan Powerful Choleric pulak...dia respon macam ni ” eleh, baru macam tu dah gelabah siap nangis macam budak-budak. Aku dulu lagi la...”. (Rasa nak tumbuk je orang macam ni) Kalau bercerita dengan Popular Sanguine lagi huru hara. Baru nak start cerita, dia dah bukak cerita dia. Pastu bila dah dua-dua bercakap, tak de yang nak dengar. Masalah tak selesai...bersembang benda lain pulak! Maka Peaceful Phlegmatic adalah pilihan terbaik untuk berkongsi masalah.

Kosong

Ciri tenang dan damai yang dominant dalam diri Peaceful Phlegmatic seperti yang saya terangkan pada awal post tadi kadang-kala (baca: biasanya) membuatkan mereka ini seolah-olah tidak mempunyai citra yang berbeza atau keunikan yang tersendiri. Mungkin perkataan ini kurang halus tapi saya tak jumpa perkataan lain untuk Peaceful Phlegmatic. Tidak ada matlamat. (Sorry ye...nanti kalau ada yang lebih sesuai saya akan ganti). Kalau pun Peaceful Phlegmatic dah tetapkan satu matlamat, Peaceful Phlegmatic tetap akan mendahulukan orang lain, sebagai contoh nak gi joging kat kompleks sukan tiap-tiap pagi. Tiba-tiba roommate ajak sarapan kat ”Uncle Bob”. Setiap pagi macam tu. Dia akan menurut kemahuan roommate tersebut sebab takut roommate kecik hati. Maka ke mana pergi matlamat nak berjoging setiap pagi?? Mungkin sedikit tips buat Peaceful Phlegmatic adalah lepas ni belajar katakan ”tidak”.



Sukar Membuat Keputusan

Saya pernah pergi ke kedai makan dengan seorang kawan yang Peaceful Phlegmatic. Saya rasa kesian pulak kat kakak yang ambik order tu. Kakak tu tanya ”Minum?”. Soalan macam tu pun susah nak jawab. Letih kakak tu berdiri sambil pegang pen. Hembus je la apa-apa yang terlintas.


Malas


Memandangkan Peaceful Phlegmatic ni seorang yang tenang dan tenteram. Perkara ini jika dilayan sangat akan membawa kesan negatif. Anda akan kelihatan malas. Ye la, kalau dah seluruh negara bising pasal judi ”berlesen”. Anda tak de respon. Kononnya nak jaga hati orang yang memberi lesen. Ditelan mati mak, diluah mati bapak. Ceh boleh blah la. Alamak ter”emo” pulak. K la dari saya terus mengarut. Ada baiknya kalau post ni cukup sampai sini dulu.

Maka dengan ini selesai lah kesemua 4 sifat manusia yang ada dalam buku Personality Plus. Perfect Melancholic, Popular Sanguine, Powerful Choleric dan juga Peaceful Phlegmatic.

Personality Overview                                                            

Read more...

Kempen Tak Nak Tidur Ba’da Subuh!

>> Saturday, May 22, 2010

Tidak dinafikan bahawa tidur merupakan satu keparluan bagi insan yang hidup di bumi ini. Menurut kajian yang dijalankan oleh Encik MuRtaBakDagiNg dengan kerjasama Encik Google, jumlah tidur yang diperlukan adalah berbeza mengikut peringkat umur. Sebagai contoh bagi bayi yang beru lahir, julamh masa tidur yang diperlukan adalah kira-kira 14 jam sehari. Manakala bagi bayi yang sudah 12 tahun lahir memerlukan tidur kira-kira 8 jam. Bagi orang dewasa memerlukan tidur selama 5 jam sehari. Namun begitu saya bukan berhajat untuk bercerita tentang jumlah tidur yang diperlukan oleh manusia untuk hidup sihat. Akan tetapi saya sebenarnya sedang mengadakan kempen untuk para mahasiswa yang sudah mula bercuti. Kempen yang saya maksudkan adalah kempen “Tak Nak Tidur Ba’da Subuh!”.
*ba’da (B. Arab) = selepas (B. Melayu)




Takwim institut penggajian tinggi di Malaysia biasanya membenarkan penuntunya pulang bercuti pada bulan akhir bulan Mei dan kembali semula ke kampus untuk sesi pengajian yang seterusnya pada awal bulan Julai. Secara kasarnya, cuti yang diberikan ini memakan masa selama 8 minggu.Maka masa cuti yang panjang ini memberi kesempatan kepada mahasiswa untuk melepaskan lelah setelah 14 minggu kuliah dan menempuh minggu peperiksaan yang (kononnya) menggusarkan. Bagi yang melepaskan lelah, aktivitinya adalah R.T.M. (rehat, tidur,makan). Namun begitu  ada juga sebilangan mahasiswa yang memanfaatkan masa cuti dengan berkerja sambilan di primis-primis perniagaan untuk menambah duit poket masing-masing.

Jika dilihat pada norma kehidupan mahasiswa, tabiat tidur selepas subuh bukanlah sesuatu yang asing. Saya sendiri yang melihat fenomena ini berlaku di depan mata saya selama 4 tahun saya menuntut di IPT. (mungkin tidak berlaku kepada penuntut wanita a.k.a mahasiswi sebab saya tak pernah pergi ke kolej kediaman pelajar perempuan selepas subuh). Namun begitu saya ilham untuk mengadakan kempen ini muncul kerana saya berpandapat bahawa masa cuti ini perlu dimanfaatkan dengan banyak perkara-perkara yang berfaedah. Tinggalkan tabiat tidur selepas subuh itu di kolej dan pulanglah ke kampung halaman masing-masing dengan semangat baru.

Birru Walidain

Birru walidain perlu manjadi agenda utama mahasiswa apabila pulang ke rumah. (* birru walidain = berbakti kepada ibubapa). Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk memenuhi agenda ini. Jika ditelusuri dengan baik, anda boleh menolong membasuh kereta, lap kipas dan tingkap, potong rumput di halaman rumah atau mungkin juga anda boleh menolong ibubapa dengan membantu adik-adik menyelesaikan kerja sekolah yang diberikan oleh guru. Anda lebih kenal keluarga anda, jadi anda pasti tahu apa yang diperlukan. Mulalah berfikir dari sekarang!

Dalil


Memandangkan saya bukan agamawan atau ahli agama, maka saya agak kurang tahu memberikan dalil samada Quran atau pun hadith. Oleh yang demikian, kredit perlu diberikan kepada web halaqah-online dan web iluvislam yang telah membantu saya dalam hal ini. Namun begitu, jika ada ustaz atau ustazah yang nek menambah atau membetulkan dalil yang ada ini adalah sangat digalakan.

Dipetik dari web halaqah-online

**Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)

**Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
"Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?

**Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari”. (Diriwayatkan al-Baihaqi)

maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.

'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)
Ibnu Qayyim “Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.
Menurut para salaf, tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai solat subuh hingga matahari terbit. Kerena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang soleh. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mahu tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian kerana waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rezeki dan datangnya barokah (banyak kebaikan).” (Madarijus Salikin, 1/459, Maktabah Syamilah)

Di petik dari web iluvislam:

Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi:
Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi
 Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.
Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari”. (Diriwayatkan al-Baihaqi)
Berkata Nabi di dalam hadith yg diriwayatkan oleh at-Tabarani di dlm al-Awsath:
Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkat dan kejayaan.'

Oleh itu para fuqaha' menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:

“Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal”.

Dan dalam hadith:
“Ya Tuhanku, berkatilah umatku yg berpagi-pagi” [Diriwayatkan at-Tirmizi, Abu Daud dan selainnya].

Disebutkan ulama' bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yg berjaga malam utk qiyam dsb.

Kenapa kempen ini dijalankan??

 Sebab tidur ba’da solat subuh...
  1. Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur'an dan As Sunnah.
  2. Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.
  3. Tidak mendapatkan barokah di dalam waktu dan amalannya.
  4. Menyebabkan malas dan tidak bersemangat di sisa harinya.Maksud dari hal ini dapat dilihat dari perkataan Ibnul Qayyim. Beliau rahimahullah berkata, "Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya." (Miftah Daris Sa'adah, 2/216). Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah malas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan malas-malasan pula
  5. Menghambat datangnya rezeki.
  6. Ibnul Qayyim berkata, "Empat hal yang menghambat datangnya rezeki adalah [1] tidur di waktu pagi, [2] sedikit solat, [3] malas-malasan dan [4] berkhianat." (Zaadul Ma’ad, 4/378)
  7. Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)
Apa Yang Perlu Anda Lakukan??

Sebagai memnyokong kempen ini...anda cuma perlu untuk tidak tidur selepas selesai solat subuh. Mudah kan?

Namun begitu, saya  menyediakan beberapa langkah alternatif untuk memastikan kempen ini berjalan dengan baik. Dalam erti kata lain, kita tidak tidur selepas solat subuh!

Langkah pertama...muat turun poster kempen di sini untuk ikhwah dan yang ini untuk akhwat, print dan tampal di depan pintu bilik atau tempat yang anda fikirkan strategik.
Langkah kedua...Pesan kepada abang atau kakak bahawa anda berazam untuk tidak tidur selepas solat subuh. Kalau tertidur maka minta jasa baik untuk tolong kejutkan.
Langkah ketiga...tanda “X” pada hari yang anda tertidur selepas solat subuh pada takwim a.k.a. calendar. Setiap hujung minggu boleh lah anda menilai pencapaian diri sendiri. Kalau takwim tu bersih, tahniah saya ucapkan. Tapi kalau penuh dengan tanda “X”, err...mungkin anda perlu fikirkan aktiviti lain untuk mengelakkan anda tertidur selepas solat subuh.

Selamat Bermujahadah !

*p/s kalau tak nak tidur lepas solat subuh, kena la bangun solat subuh awal waktu, kalau bangun solat subuh pukul 8 pagi...tak de maknanye tak tidur lepas solat subuh!
bagi yang belum ada account scribd, poster kempen boleh dimuatturun di 4shared...yang ni poster ikhwah dan poster akhwat

Read more...

Powerful Choleric

>> Saturday, May 15, 2010

Nampak gayanya, hasrat untuk menulis Peaceful Phlegmatic tertangguh lagi. Saya rasa cenderung untuk menulis tentang satu lagi personaliti yang ekstrovert selain Popular Sanguine. Personaliti ini dekenali sebagai Powerful Choleric. Macam biasa la, kita tengok dulu definasi personaliti ni sebelum pergi lebih jauh. Perkataan “powerful” kalau ikut terjemahan bahasa – sangat kuat atau berkuasa. Manakala perkataan “choleric” pula merupakan kata sifat – pemarah. Adapun terjemahan buku “Personality Plus” edisi Indonesia menyatakan Powerful Choleric itu sebagai “Koleris yang Kuat”.

Gambaran awal dari terjemahan personaliti ini sahaja sudah melambangkan ciri-ciri personaliti yang akan kita bincangkan ini.

Mempunyai Kemahuan yang Kuat

Ini adalah sifat yang jelas bagi seorang Powerful Choleric. Kalau dia kata nak, mesti dia buat jugak sampai dapat benda yang di kehendaki tersebut.

Contohnya seorang Powerful Choleric student, kalau dia kata dia nak dapatkan soalan past year untuk revision sebelum final exam. Bila tanya course-mate, semua tak de. Dia gi cari kat perpustakaan. Kalau perpustakaan tak simpan, dia akan mintak dari pensyarah. Nak dijadikan cerita, pensyarah dia tu jenis yang kedekut tahap maharaja lautan pasifik, soalan past year pun tak nak bagi, Powerful Choleric student ini akan cari dari kawan-kawan di universiti lain.

Ini yang dari sudut yang positif, tapi kalau Powerful Choleric ni orang yang paloi-paloi. Lain pulak jadnya. Kalau dia kata nak hisap rokok kat sekolah la katakan. Cikgu buat spot-check pagi-pagi sebelum masuk kelas. Dia akan cari jalan untuk melepaskan diri dari cikgu tersebut. Atau mungkin dia akan cuba untuk menyembunyikan rokok yang dia bawa ke sekolah. Idea-idea kreafit akan muncul asalkan dia dapat merokok masa rehat nanti.

Outspoken

Bagi Powerful Choleric, tak ada yang perlu disimpan dalam hati. Apa-apa yang terlintas dalam hati boleh diucapkan kepada umum. Yang penting berterus-terang. Kalau geram atau tak puas hati, dia akan cakap kepada orang tersebut. Ciri seperti ini amat tidak disukai oleh Perfect Melancholic. Perfect Melancholic sangat mengambil berat tantang hati dan perasaan orang lain. Tapi bagi Powerful Choleric,yang penting hati dia tenang. Orang lain mesti dengar apa yang dia ingin sampaikan.


Pemimpin

Ini merupakan satu kelebihan yang ada pada Powerful Choleric yang mungkin tak dimiliki pada orang lain. Powerful Choleric memang dianugerahkan dengan bakat kepimpinan sejak dari kecil. Bagi yang dah ada anak atau biasa manjaga budak-budak, anda mungkin perasan beberapa orang kanak-kanak yang agak cenderung untuk memimpin kawan-kawannya yang lain. Sebagai contoh, kalau main ramai-ramai dia yang akan tampil untuk memberikan arahan untuk kawan-kawannya buat itu dan ini. Kalau main musang kejar anak ayam, dia akan jadi ibu ayam yang akan menjaga kawan-kawan yang lain. Kalau ada yang main tipu, dia yang akan mengadili perkara tersebut.


Bagi yang dah agak dawasa pulak, dia akan cenderung untuk aktif dalam persatuan-persatuan atau kelab-kelab. Dia akan berusaha merebut jawatan pengerusi atau persident. Tapi jangan silap. Popular sanguine pun ada yang bertanding jugak tapi bukan atas tikit kepimpinan yang dia ada. Tapi sebab dia suka apabila orang dengar dia bercakap. Popular Sanguine rasa dia jadi diva!

Kurang Fleksibel


Fleksibel yang saya maksudkan di sini bukanlah keupayaan untuk melenturkan badan macam ahli gimnastik tu. Akan tetapi, fleksibel dari sudut toleransi dengan orang lain. Powerful Choleric biasanya cenderung untuk tidak menerima apa jua pendapat atau alasan orang lain. Sebagai contoh, jika bos anda merupakan seorang yang Powerful Choleric, memberikan tugas untuk disiapkan dan hantar pada pagi esok. Dia mengharapkan bahawa pagi esok anda telah menyiapkan tugan yang telah diberikan. Alasan sakit perut, pening-pening, gastric, banyak tugas lain, laptop rosak atau apa jua alasan tidak akan diterima.Buatlah dengan apa cara sekalipun, yang penting tugasan tersebut siap!

Gila Kerja

Perkataan yang lebih mudah difahami adalah...workaholic. Bagi Powerful Choleric, kerja adalah segala-galanya. Adalah sukar bagi Powerful Choleric untuk duduk berehat membaca surat khabar sambil makan anggur bersama isteri dan anak-anak pada hujung minggu. Powerful Choleric rasa itu adalah membuang masa. Sifat ini amat bertentangan dengan Peaceful Phlegmatic. Peaceful Phlegmatic perlu mengumpul tenaga dan semangat untuk mula melakukan sesuatu kerja, manakala Powerful Choleric perlu mengumpul tenaga untuk 
menahan semangat untuk mula melakukan sesuatu kerja.



Rasanya cukup la setakat itu buat masa ni. Mudah-mudahan ada manfaat untuk semua pembaca blog MeNtaDaKakiDal.

Read more...

Mother Teresa

>> Thursday, May 13, 2010


Sejak akhir-akhir ini, saya banyak membaca buku yang tidak ada kena-mengena dengan bidang saya. Mungkin sebab untuk menghilangkan bosan selepas habis menjawab peperiksaan akhir sem. Dan sambil mengunggu tarikh untuk pulang ke rumah. Antara buku yang saya baca adalah;

Keberanian Menggapai Harapan, terjemahan dari buku Audacity of Hope hasil tulisan Barack H. Obama

Dilema Melayu, terjemahan dari buku Malay Dilemma karya Mahathir Muhammad

Mother Teresa...tak pasti samada memang karya asal dalam Bahasa Melayu atau buku tersebut telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Pengarang buku tersebut saya kurang ingat. Hehe maklum la tak se”populer” President US ke-44, Barack Obama dan juga Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Walaupun saya agak kurang ingat beberapa perkara tersebut, ada beberapa perkara yang saya fikir menarik untuk dikongsikan.Bagi yang tak kenal siapakah gerangan orangnya Mother Teresa ini, biar saya ceritakan serba sedikit. Mother Teresa merupakan pemenang hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1979. Beliau merupalkan pengasas “Missionary of Charity”. Missionary of Charity merupakan satu mazhab kristian yang bermula di Calcutta, India. Mazhab ini merupakan ilham Mother Teresa (pada ketika itu dikenali sebagai Sister Teresa) yang melihat sendiri kemiskinan dan kemelaratan penduduk Calcutta. Mereka tidak mempunyai tempat tinggal dan juga makanan untuk terus hidup. Kesihatan mereka juga berada pada tahap yang sangat teruk.  Natijahnya, Mother Teresa terpanggil untuk membantu penduduk Calcutta yang hidup dalam kemiskinan dan kemelaratan.


Saya rasa pasti ramai yang setuju jika saya katakan bahawa gerakan Kristian yang ada membawa misi “kasih sayang”. Begitu juga dengan Missionary of Charity. Mereka menyebarkan kasih sayang dengan cara membantu penduduk Calcutta yang tidak mempunyai makanan dengan menyediakan makanan yang agak berkhasiat. Merawat orang yang sakit yang tidak mampu untuk pergi mendapatkan rawatan di hospital.


Saya tersentuh dengan satu peristiwa yang dimuatkan dalam buku “Mother Teresa” ini. Pernah suatu ketika, Mother Teresa bersama dengan seorang sister keluar menjalankan tugas di Bandar Calcutta, meraka berjumpa dengan seorang bayi yang harapannya untuk terus hidup sangat tipis. Namun begitu, Mother Teresa mengangkat bayi tersebut dan berusaha untuk memberikan bantuan. Tapi malangnya, belum pun sampai ke pusat rawatan, bayi tersebut mati dalam dukungan Mother Teresa. Sister yang menemani Mother Teresa bertanya “Kenapa kita tetap membantu bayi ini walaupun kita tahu bahawa ia tidak mempunyai peluang untk terus hidup?”. Mother Teresa menjawab “Sekurang-kurangnya bayi ini pernah merasai kasih-sayang manusia pada minit-minit terakhir hayatnya”.


Jawapan yang diberikan Mother Teresa sangat menyentuh hati. Walaupun mereka tahu bahawa bayi tersebut tidak akan dapat bertahan untuk terus hidup, mereka tetap membantu. Dengan harapan bayi tersebut sempat merasai kasih sayang sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.


Cuba ambil surat khabar…hampir setiap hari anda akan berjumpa dengan berita kes buang bayi. Saya sangat tidak faham dengan fenomena baru yang melanda panduduk Malaysia ini. Buang Bayi. Pada pendapat anda, dari mana kes buang bayi ini muncul? Saya rasa ramai yang sepakat. Ia berpunca dari kes zina. Tapi yang menjadi tanda tanya di dalam kepala saya adalah jika mereka melakukan perbuatan itu atas dasar kasih-sayang, kenapa pula bayi yang meraka kandungkan tersebut dibuang?? Ke mana pula hilangnya kasih-sayang yang mereka miliki?? Kononnya berzina kerana ingin membuktikan sayang kepada pasangan, tapi kemudiannya anak luar nikah tersebut dibuang ke dalam tong sampah. Bukan sahaja perasaan kasih sayang telah lenyap, akan tetapi, mereka kini bertukar menjadi seorang manusia yang tidak berperikemanusiaan.


Kalau rajin, cuba la googlekan “buang bayi”. Anda akan berjumpa dengan banyak kes-kes yang menyayat hati. Bagi yang berani pulak, search pada google image. Anda akan dapati macam macam gambar yang sangat menyentuh hati. Bayi dibuang dalam tong sampah, dalam beg plastik, bahkan dalam tandas! Perkara ini sangat la tidak patut dibuat oleh manusia yang Allah kurniakan dengan akal fikiran. Atau mungkin mereka lupa dengan peringatan Allah. Natijahnya, bayi yang tidak berupaya tersebut telah menjadi mangsa korban keserakahan manusia yang menurut nafsu.


Dalam surah al-A’raf ayat ke 179 Allah ada mengingatkan agar menggunakan hati, mata dan juga telinga yang Allah kurniakan dengan baik. Jika tidak, manusia yang Allah jadikan lengkap dengan akal fikiran ini mempunyai taraf yang lebih rendah dari binatang.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Adakah kita lupa tips yang Allah bagi untuk mengelakkan diri dari neraka yang mempuanyai siksaan yang sangat teruk?

i.    Beriman kepada Allah
ii.    Mengerjakan amal soleh

Boleh rujuk sendiri dalam surah at-Tin ayat 4 hingga 6.

(95:4)sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

(95:5)Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka),

(95:6)kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.


Maka marilah kita muhasabah diri sekejap, hingga hari ini adakah kita telah benar-benar beriman kepada Allah atau sekadar hanya di mulut sahaja. Jika kita telah beriman, bagaimana pula dengan amal soleh yang kita lakukan?

Read more...

Popular Sanguine

>> Tuesday, May 04, 2010

Kalau mengkut perancangan asal, saya bercadang untuk menulis tentang Peaceful Phlegmatic, tapi adik saya macam dah tak sabar-sabar untuk tahu perangai dia (hairan, perangai sendiri pun abang yang kena bagi tau!). Katanya “can’t wait to know mine”, selepas membaca post saya bertajuk “Perfect Melancholic”. Di tambah pulak dengan request menerusi sms yang saya terima, “Next post, tulis pasal Popular Sanguine pulak ye”. Maka saya selaku cikgu yang fleksibel, menukar perancangan...Jadi ini adalah beberapa perangai Popular Sanguine yang saya masih ingat.


Mudah Bergaul

Jika Perfect Melancholic selesa bersendirian, Popular Sanguine pula rasa janggal apabila berseorangan. Popular Sanguine perlukan teman untuk dia bercakap. Maka Allah jadikan Popular sanguine seorang yang mudah bergaul. Mungkin kalau Popular Sanguine naik bas sorang-sorang dari Johor Bahru ke Seremban, dia akan turun di Seremban dengan sekurang-kurangnya seorang kenalan baru yang di temui di dalam bas. Biasanya “mangsa” adalah orang yang duduk di sebelahnya.

Jika anda ada anak yang Popular Sanguine, jangan risau untuk menghantar dia ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Dia akan pulang mula mendapat kawan baru bermula dari anda menghantar ke stesen bas “pick-up point” lagi. Pendek kata, campak saja Popular Sanguine di mana-mana, dia tidak akan keseorangan. Popular Sanguine... “You will never walk alone”.

Suka Hadiah


Secara amnya, sesiapa pun yang ada di dunia ni suka bila dapat hadiah. Tapi kalau Popular Sanguine dapat hadiah, dia amat sangat keterlaluan gembira. Nak tau kenapa? Sebab Popular Sanguine, rasa dia adalah Diva apabila menerima hadiah dari orang, dia rasa dia populer, sebab itu orang ingat dan hargai diri dia.

Spontan

Ini bukan rancangan spontan macam dalam Astro. Tapi sifat Popular Sanguine memang sesuai untuk buatt perkara yang spontan. Jika dalam satu majlis tiba-tiba ustaz yang sepatutnya datang untuk mambaca doa tak dapat hadir, suruh je Populer Sanguine untuk menggantikannya. Dengan tak banyak soal, dia boleh menggantikan dan mungkin juga seronok untuk menggantikan ustaz tersebut.


Perkara ini amat berbeza dengan Perfect Melancholic. Kalau tak percaya, cuba la pagi ni anda bagi tau Perfect Melancholic tengahhari nanti ada meeting,dia kena jadi pengurusi meeting. Seboleh-bolehnya dia mintak anda carikan orang lain. Tapi kalau Popular Sanguine, itu tak jadi masalah. Sentiasa SIAP!

Kuat Bercakap



Popular Sanguine merasakan bahawa, dia mesti menjadi tumpuan orang ramai, jadi dia mesti menarik perhatian orang yang ada di sekitar dia. Jadi dengan banyak bercakap, dia mampu menarik perhatian orang. Sebab tu la anda jangan hairan jika nampak ada orang yang tak pernah kering idea untuk bercerita. Setiap kali anda berjumpa diangan Popular Sanguine, pasti ada saja cerita yang akan dikongsikan. Pengalaman saya berjumpa dengan Kak As membuatkan saya bertambah percaya bahawa Popular Sanguine memang kuat bercakap. Kak As boleh bercarita sepanjang saya berada di hospital menziarahi anaknya yang baru sahaja dibuang appenddix. Manakala saya hanya benyampuk sikit-sikit sahaja.

Pelupa

Saya percaya ini bukan berita yang menyeronokkan bagi Popular Sanguine. Tapi inilah rialiti bagi Popular Sanguine. Lupa di mana dia simpan pendrive, lupa bila tarikh akhir sepatutnya dia hantar assignment, lupa di mana dia ketak kunci motor dan banyak lagi jenis lupa yang dialami. Semasa yasa mula membaca buku Personality Plus, saya pernah bertemu dengan seorang Popular Sanguine pensyarah yang lupa di mana dia letak kereta. Semasa kami sedang bercerita-cerita di dalam pejabat pensyarah tersebut, tiba-tiba dia berkata, “I’ve forgotten where did I park my car...oh God, I need to walk all over this building to find my car”. Macam lucu, tapi itulah Popular Sanguine. “Where did you usually put your car?” tanya saya berusaha untuk membantu. “I park my car where ever there is an empty space”. Sambil tergelak kecil, saya menggeleng-gelangkan kepala. Dalam hati terlintas “She is very Popular Sanguine”.



Tak Suka Sesuatu yang Rutin

Kisah pensyarah saya tadi merupak contoh yang baik. Beliau tidak suka meletakkan kenderaannya di satu tempat yang sama. Asalkan ada ruang kosong, di sanalah dia meletakkan kenderaannya. Maka bagi warden yang menjaga pelaja-pelajar asrama, jangan lah merasa hairan dengan pelajar yang tak ikut jadual yang telah ditetapkan pihak pengurusan. Mereka bukan tak berdisiplin, cuma tak suka sesuatu yang sama berulang-ulang. Lebih-lebih lagi bagi pelajar lelaki.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP