QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Mother Teresa

>> Thursday, May 13, 2010


Sejak akhir-akhir ini, saya banyak membaca buku yang tidak ada kena-mengena dengan bidang saya. Mungkin sebab untuk menghilangkan bosan selepas habis menjawab peperiksaan akhir sem. Dan sambil mengunggu tarikh untuk pulang ke rumah. Antara buku yang saya baca adalah;

Keberanian Menggapai Harapan, terjemahan dari buku Audacity of Hope hasil tulisan Barack H. Obama

Dilema Melayu, terjemahan dari buku Malay Dilemma karya Mahathir Muhammad

Mother Teresa...tak pasti samada memang karya asal dalam Bahasa Melayu atau buku tersebut telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Pengarang buku tersebut saya kurang ingat. Hehe maklum la tak se”populer” President US ke-44, Barack Obama dan juga Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Walaupun saya agak kurang ingat beberapa perkara tersebut, ada beberapa perkara yang saya fikir menarik untuk dikongsikan.Bagi yang tak kenal siapakah gerangan orangnya Mother Teresa ini, biar saya ceritakan serba sedikit. Mother Teresa merupakan pemenang hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1979. Beliau merupalkan pengasas “Missionary of Charity”. Missionary of Charity merupakan satu mazhab kristian yang bermula di Calcutta, India. Mazhab ini merupakan ilham Mother Teresa (pada ketika itu dikenali sebagai Sister Teresa) yang melihat sendiri kemiskinan dan kemelaratan penduduk Calcutta. Mereka tidak mempunyai tempat tinggal dan juga makanan untuk terus hidup. Kesihatan mereka juga berada pada tahap yang sangat teruk.  Natijahnya, Mother Teresa terpanggil untuk membantu penduduk Calcutta yang hidup dalam kemiskinan dan kemelaratan.


Saya rasa pasti ramai yang setuju jika saya katakan bahawa gerakan Kristian yang ada membawa misi “kasih sayang”. Begitu juga dengan Missionary of Charity. Mereka menyebarkan kasih sayang dengan cara membantu penduduk Calcutta yang tidak mempunyai makanan dengan menyediakan makanan yang agak berkhasiat. Merawat orang yang sakit yang tidak mampu untuk pergi mendapatkan rawatan di hospital.


Saya tersentuh dengan satu peristiwa yang dimuatkan dalam buku “Mother Teresa” ini. Pernah suatu ketika, Mother Teresa bersama dengan seorang sister keluar menjalankan tugas di Bandar Calcutta, meraka berjumpa dengan seorang bayi yang harapannya untuk terus hidup sangat tipis. Namun begitu, Mother Teresa mengangkat bayi tersebut dan berusaha untuk memberikan bantuan. Tapi malangnya, belum pun sampai ke pusat rawatan, bayi tersebut mati dalam dukungan Mother Teresa. Sister yang menemani Mother Teresa bertanya “Kenapa kita tetap membantu bayi ini walaupun kita tahu bahawa ia tidak mempunyai peluang untk terus hidup?”. Mother Teresa menjawab “Sekurang-kurangnya bayi ini pernah merasai kasih-sayang manusia pada minit-minit terakhir hayatnya”.


Jawapan yang diberikan Mother Teresa sangat menyentuh hati. Walaupun mereka tahu bahawa bayi tersebut tidak akan dapat bertahan untuk terus hidup, mereka tetap membantu. Dengan harapan bayi tersebut sempat merasai kasih sayang sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.


Cuba ambil surat khabar…hampir setiap hari anda akan berjumpa dengan berita kes buang bayi. Saya sangat tidak faham dengan fenomena baru yang melanda panduduk Malaysia ini. Buang Bayi. Pada pendapat anda, dari mana kes buang bayi ini muncul? Saya rasa ramai yang sepakat. Ia berpunca dari kes zina. Tapi yang menjadi tanda tanya di dalam kepala saya adalah jika mereka melakukan perbuatan itu atas dasar kasih-sayang, kenapa pula bayi yang meraka kandungkan tersebut dibuang?? Ke mana pula hilangnya kasih-sayang yang mereka miliki?? Kononnya berzina kerana ingin membuktikan sayang kepada pasangan, tapi kemudiannya anak luar nikah tersebut dibuang ke dalam tong sampah. Bukan sahaja perasaan kasih sayang telah lenyap, akan tetapi, mereka kini bertukar menjadi seorang manusia yang tidak berperikemanusiaan.


Kalau rajin, cuba la googlekan “buang bayi”. Anda akan berjumpa dengan banyak kes-kes yang menyayat hati. Bagi yang berani pulak, search pada google image. Anda akan dapati macam macam gambar yang sangat menyentuh hati. Bayi dibuang dalam tong sampah, dalam beg plastik, bahkan dalam tandas! Perkara ini sangat la tidak patut dibuat oleh manusia yang Allah kurniakan dengan akal fikiran. Atau mungkin mereka lupa dengan peringatan Allah. Natijahnya, bayi yang tidak berupaya tersebut telah menjadi mangsa korban keserakahan manusia yang menurut nafsu.


Dalam surah al-A’raf ayat ke 179 Allah ada mengingatkan agar menggunakan hati, mata dan juga telinga yang Allah kurniakan dengan baik. Jika tidak, manusia yang Allah jadikan lengkap dengan akal fikiran ini mempunyai taraf yang lebih rendah dari binatang.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Adakah kita lupa tips yang Allah bagi untuk mengelakkan diri dari neraka yang mempuanyai siksaan yang sangat teruk?

i.    Beriman kepada Allah
ii.    Mengerjakan amal soleh

Boleh rujuk sendiri dalam surah at-Tin ayat 4 hingga 6.

(95:4)sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

(95:5)Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka),

(95:6)kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.


Maka marilah kita muhasabah diri sekejap, hingga hari ini adakah kita telah benar-benar beriman kepada Allah atau sekadar hanya di mulut sahaja. Jika kita telah beriman, bagaimana pula dengan amal soleh yang kita lakukan?

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP