QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Popular Sanguine

>> Tuesday, May 04, 2010

Kalau mengkut perancangan asal, saya bercadang untuk menulis tentang Peaceful Phlegmatic, tapi adik saya macam dah tak sabar-sabar untuk tahu perangai dia (hairan, perangai sendiri pun abang yang kena bagi tau!). Katanya “can’t wait to know mine”, selepas membaca post saya bertajuk “Perfect Melancholic”. Di tambah pulak dengan request menerusi sms yang saya terima, “Next post, tulis pasal Popular Sanguine pulak ye”. Maka saya selaku cikgu yang fleksibel, menukar perancangan...Jadi ini adalah beberapa perangai Popular Sanguine yang saya masih ingat.


Mudah Bergaul

Jika Perfect Melancholic selesa bersendirian, Popular Sanguine pula rasa janggal apabila berseorangan. Popular Sanguine perlukan teman untuk dia bercakap. Maka Allah jadikan Popular sanguine seorang yang mudah bergaul. Mungkin kalau Popular Sanguine naik bas sorang-sorang dari Johor Bahru ke Seremban, dia akan turun di Seremban dengan sekurang-kurangnya seorang kenalan baru yang di temui di dalam bas. Biasanya “mangsa” adalah orang yang duduk di sebelahnya.

Jika anda ada anak yang Popular Sanguine, jangan risau untuk menghantar dia ke Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Dia akan pulang mula mendapat kawan baru bermula dari anda menghantar ke stesen bas “pick-up point” lagi. Pendek kata, campak saja Popular Sanguine di mana-mana, dia tidak akan keseorangan. Popular Sanguine... “You will never walk alone”.

Suka Hadiah


Secara amnya, sesiapa pun yang ada di dunia ni suka bila dapat hadiah. Tapi kalau Popular Sanguine dapat hadiah, dia amat sangat keterlaluan gembira. Nak tau kenapa? Sebab Popular Sanguine, rasa dia adalah Diva apabila menerima hadiah dari orang, dia rasa dia populer, sebab itu orang ingat dan hargai diri dia.

Spontan

Ini bukan rancangan spontan macam dalam Astro. Tapi sifat Popular Sanguine memang sesuai untuk buatt perkara yang spontan. Jika dalam satu majlis tiba-tiba ustaz yang sepatutnya datang untuk mambaca doa tak dapat hadir, suruh je Populer Sanguine untuk menggantikannya. Dengan tak banyak soal, dia boleh menggantikan dan mungkin juga seronok untuk menggantikan ustaz tersebut.


Perkara ini amat berbeza dengan Perfect Melancholic. Kalau tak percaya, cuba la pagi ni anda bagi tau Perfect Melancholic tengahhari nanti ada meeting,dia kena jadi pengurusi meeting. Seboleh-bolehnya dia mintak anda carikan orang lain. Tapi kalau Popular Sanguine, itu tak jadi masalah. Sentiasa SIAP!

Kuat Bercakap



Popular Sanguine merasakan bahawa, dia mesti menjadi tumpuan orang ramai, jadi dia mesti menarik perhatian orang yang ada di sekitar dia. Jadi dengan banyak bercakap, dia mampu menarik perhatian orang. Sebab tu la anda jangan hairan jika nampak ada orang yang tak pernah kering idea untuk bercerita. Setiap kali anda berjumpa diangan Popular Sanguine, pasti ada saja cerita yang akan dikongsikan. Pengalaman saya berjumpa dengan Kak As membuatkan saya bertambah percaya bahawa Popular Sanguine memang kuat bercakap. Kak As boleh bercarita sepanjang saya berada di hospital menziarahi anaknya yang baru sahaja dibuang appenddix. Manakala saya hanya benyampuk sikit-sikit sahaja.

Pelupa

Saya percaya ini bukan berita yang menyeronokkan bagi Popular Sanguine. Tapi inilah rialiti bagi Popular Sanguine. Lupa di mana dia simpan pendrive, lupa bila tarikh akhir sepatutnya dia hantar assignment, lupa di mana dia ketak kunci motor dan banyak lagi jenis lupa yang dialami. Semasa yasa mula membaca buku Personality Plus, saya pernah bertemu dengan seorang Popular Sanguine pensyarah yang lupa di mana dia letak kereta. Semasa kami sedang bercerita-cerita di dalam pejabat pensyarah tersebut, tiba-tiba dia berkata, “I’ve forgotten where did I park my car...oh God, I need to walk all over this building to find my car”. Macam lucu, tapi itulah Popular Sanguine. “Where did you usually put your car?” tanya saya berusaha untuk membantu. “I park my car where ever there is an empty space”. Sambil tergelak kecil, saya menggeleng-gelangkan kepala. Dalam hati terlintas “She is very Popular Sanguine”.



Tak Suka Sesuatu yang Rutin

Kisah pensyarah saya tadi merupak contoh yang baik. Beliau tidak suka meletakkan kenderaannya di satu tempat yang sama. Asalkan ada ruang kosong, di sanalah dia meletakkan kenderaannya. Maka bagi warden yang menjaga pelaja-pelajar asrama, jangan lah merasa hairan dengan pelajar yang tak ikut jadual yang telah ditetapkan pihak pengurusan. Mereka bukan tak berdisiplin, cuma tak suka sesuatu yang sama berulang-ulang. Lebih-lebih lagi bagi pelajar lelaki.

12 comments:

hisyam_mujahid Tuesday, 04 May, 2010  

ya akhi. best betul. istilah2 ni semua amek mana ek? 1st time ana dengar. dibincangkan dalam ilmu psikologi? (kurangnya pembacaan ku, huhu)

Abu Dzar Al-Ghifari Tuesday, 04 May, 2010  

ana amik dari buku personality plus. Buku psikologi-personaliti manusia.

Kurang pembacaan??ceh blah la!!

hisyam_mujahid Tuesday, 04 May, 2010  

adeh! betul la. bidang psikologi manusia mana la ana pernah telaah.

Anonymous Thursday, 06 May, 2010  

salam nak tanya...
ape pula personality bagi orang yang contohnya macam ni,orang tu apabila ditimpa ujian atau ada masalah nampak tabah,nampak kuat bila dihadapan orang ramai,tapi menangis bila bersendirian.orang yang macam ni di kategori personality yang mana?
jazakallah khair...

Anonymous Friday, 07 May, 2010  

hehe angah...
thank you
x kan nih je...
ermm..x pe la

Anonymous Friday, 07 May, 2010  

huhu..
betul la tuh ckit
hehe
kuat bercakap..alang kata iqah ni internet brgerak!

ajipoi Saturday, 08 May, 2010  

Popular Sanguine tu kakak eh? Meh sini nk tambah sket:
- mata duitan/ pisau cukur
- cerewet
- high standard
- gedik
- prasan
- pemalas
- payah bangun pagi
- suka berleter
- annoying
- suka bazir masa
- ....

The list goes on n on tapi kite stop je la kat sini.

Anonymous Saturday, 08 May, 2010  

ceh..
actually,along tuh x puas hati ngan fqh..
dy jeless..

Abu Dzar Al-Ghifari Monday, 10 May, 2010  

Buat Anonymous yang bertanya...

orang yang macam tu mempunyai personality yang introvert. Dia agak pemalu apabila berhadapan dengan orang lain, sebab tu dia nampak ok je depan orang ramai. Tapi kalau bersendirian, baru dia menangis. Kalau ikut personality plus, ada 2 jenis orang yang introvert:

1. Perfect Melancholic
2. Peaceful Phlegmatic

Abu Dzar Al-Ghifari Monday, 10 May, 2010  

Buat kakak yang kononnya Anonymous tu:

memang ada lagi, tapi tak berapa rajin nak menulis dengan keadaan laptop yang tek berapa nak ok ni.
nanti cuti kita bedah buku "personality plus" tu ye...dengar cerita along ada beli.

Along :

list tu perangai kakak, ada beberapa yang memang Popular Sanguine...tapi ada jugak yang bukan. Sebab walaupun yang dominant tu Popular Sanguine, tapi mana ada manusia yang 100% Popular Sanguine!

ibnu ghazali Wednesday, 12 May, 2010  

oh..walaupun ana tak pernah jumpa antum..
ataupun mungkin pernah jumpa,tapi di alam maya
tidak lagi dikenali dengan baik,

tapi ana nak link jugak le dalam blog ana..
ha2..

btw,anta memang berminat dengan kajian psychology ni
ke?..memang cambest~

Abu Dzar Al-Ghifari Wednesday, 12 May, 2010  

pernah kot...kalo tak ana tak silap orang, ana jumpa anta kat HUKM

huhu nak link ke bloh nta??orang Melayu kata "kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan"

psychology tu sebahagian dari bidang yang memang kena belajar...kebetulan macam menarik, tu yang ana post kat sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP