QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Powerful Choleric

>> Saturday, May 15, 2010

Nampak gayanya, hasrat untuk menulis Peaceful Phlegmatic tertangguh lagi. Saya rasa cenderung untuk menulis tentang satu lagi personaliti yang ekstrovert selain Popular Sanguine. Personaliti ini dekenali sebagai Powerful Choleric. Macam biasa la, kita tengok dulu definasi personaliti ni sebelum pergi lebih jauh. Perkataan “powerful” kalau ikut terjemahan bahasa – sangat kuat atau berkuasa. Manakala perkataan “choleric” pula merupakan kata sifat – pemarah. Adapun terjemahan buku “Personality Plus” edisi Indonesia menyatakan Powerful Choleric itu sebagai “Koleris yang Kuat”.

Gambaran awal dari terjemahan personaliti ini sahaja sudah melambangkan ciri-ciri personaliti yang akan kita bincangkan ini.

Mempunyai Kemahuan yang Kuat

Ini adalah sifat yang jelas bagi seorang Powerful Choleric. Kalau dia kata nak, mesti dia buat jugak sampai dapat benda yang di kehendaki tersebut.

Contohnya seorang Powerful Choleric student, kalau dia kata dia nak dapatkan soalan past year untuk revision sebelum final exam. Bila tanya course-mate, semua tak de. Dia gi cari kat perpustakaan. Kalau perpustakaan tak simpan, dia akan mintak dari pensyarah. Nak dijadikan cerita, pensyarah dia tu jenis yang kedekut tahap maharaja lautan pasifik, soalan past year pun tak nak bagi, Powerful Choleric student ini akan cari dari kawan-kawan di universiti lain.

Ini yang dari sudut yang positif, tapi kalau Powerful Choleric ni orang yang paloi-paloi. Lain pulak jadnya. Kalau dia kata nak hisap rokok kat sekolah la katakan. Cikgu buat spot-check pagi-pagi sebelum masuk kelas. Dia akan cari jalan untuk melepaskan diri dari cikgu tersebut. Atau mungkin dia akan cuba untuk menyembunyikan rokok yang dia bawa ke sekolah. Idea-idea kreafit akan muncul asalkan dia dapat merokok masa rehat nanti.

Outspoken

Bagi Powerful Choleric, tak ada yang perlu disimpan dalam hati. Apa-apa yang terlintas dalam hati boleh diucapkan kepada umum. Yang penting berterus-terang. Kalau geram atau tak puas hati, dia akan cakap kepada orang tersebut. Ciri seperti ini amat tidak disukai oleh Perfect Melancholic. Perfect Melancholic sangat mengambil berat tantang hati dan perasaan orang lain. Tapi bagi Powerful Choleric,yang penting hati dia tenang. Orang lain mesti dengar apa yang dia ingin sampaikan.


Pemimpin

Ini merupakan satu kelebihan yang ada pada Powerful Choleric yang mungkin tak dimiliki pada orang lain. Powerful Choleric memang dianugerahkan dengan bakat kepimpinan sejak dari kecil. Bagi yang dah ada anak atau biasa manjaga budak-budak, anda mungkin perasan beberapa orang kanak-kanak yang agak cenderung untuk memimpin kawan-kawannya yang lain. Sebagai contoh, kalau main ramai-ramai dia yang akan tampil untuk memberikan arahan untuk kawan-kawannya buat itu dan ini. Kalau main musang kejar anak ayam, dia akan jadi ibu ayam yang akan menjaga kawan-kawan yang lain. Kalau ada yang main tipu, dia yang akan mengadili perkara tersebut.


Bagi yang dah agak dawasa pulak, dia akan cenderung untuk aktif dalam persatuan-persatuan atau kelab-kelab. Dia akan berusaha merebut jawatan pengerusi atau persident. Tapi jangan silap. Popular sanguine pun ada yang bertanding jugak tapi bukan atas tikit kepimpinan yang dia ada. Tapi sebab dia suka apabila orang dengar dia bercakap. Popular Sanguine rasa dia jadi diva!

Kurang Fleksibel


Fleksibel yang saya maksudkan di sini bukanlah keupayaan untuk melenturkan badan macam ahli gimnastik tu. Akan tetapi, fleksibel dari sudut toleransi dengan orang lain. Powerful Choleric biasanya cenderung untuk tidak menerima apa jua pendapat atau alasan orang lain. Sebagai contoh, jika bos anda merupakan seorang yang Powerful Choleric, memberikan tugas untuk disiapkan dan hantar pada pagi esok. Dia mengharapkan bahawa pagi esok anda telah menyiapkan tugan yang telah diberikan. Alasan sakit perut, pening-pening, gastric, banyak tugas lain, laptop rosak atau apa jua alasan tidak akan diterima.Buatlah dengan apa cara sekalipun, yang penting tugasan tersebut siap!

Gila Kerja

Perkataan yang lebih mudah difahami adalah...workaholic. Bagi Powerful Choleric, kerja adalah segala-galanya. Adalah sukar bagi Powerful Choleric untuk duduk berehat membaca surat khabar sambil makan anggur bersama isteri dan anak-anak pada hujung minggu. Powerful Choleric rasa itu adalah membuang masa. Sifat ini amat bertentangan dengan Peaceful Phlegmatic. Peaceful Phlegmatic perlu mengumpul tenaga dan semangat untuk mula melakukan sesuatu kerja, manakala Powerful Choleric perlu mengumpul tenaga untuk 
menahan semangat untuk mula melakukan sesuatu kerja.



Rasanya cukup la setakat itu buat masa ni. Mudah-mudahan ada manfaat untuk semua pembaca blog MeNtaDaKakiDal.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP