QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Seni Mempertahankan Diri: Silat

>> Friday, July 23, 2010

Seorang pelajar wanita bertanya kepada Ustaz Das



Ustaz Das

Soalan:


Ustaz, baru-baru ni saya saya ada mendaftar untuk belajar seni mempertahankan diri...ilmu silat. Tapi syarat nak belajar mesti mandi dengan menggunakan kain putih selama 40 hari. Pada pendapat ustaz, wajarkah saya belajar silat dan ikut syarat yang dikenakan tersebut?



Jawapan:

Tak perlu! Jangan khuatir, wanita sekarang sudah aman. Tak perlu belajar silat, wanita sekarang sudah aman. Saya katakan wanita sekarang sudah aman kerana sudah ada pihak polis yang menjaga anda. Tak perlu belajar silat. Lebih baik anda belajar komputer, belajar bahasa Perancis, belajar apa juga ilmu yang akademik. Biarkan polis yang menguruskan orang jahat.

Pada pendapat saya, senjata yang paling ampuh bagi seorang wanita adalah rasa malu. Cuba kamu bayangkan jika kamu melalui satu jalan yang di tepi jalan tersebut ada beberapa orang lelaki sedang melepak. Sedangkan pada ketika itu, kamu mengenakan pakaian dan tudung yang menutup aurat dengan sempurna. Saya rasa, tak mungkin lelaki itu akan mengganggu anda. Mungkin juga mereka yang beredar dari situ. Tapi jika sekiranya anda berpakaian dengan pakaian yang terdedah di sana sini. Pakaian yang seksi-meksi, saya yakin dan pasti mereka akan mengacau anda. Baik dengan kata-kata atau mungkin juga mereka berani datang mendekat.

Jadi saya menasihati kaum wanita agar berpakaian sesuai dengan tuntutan Islam.


*petikan sesi soal jawab Ustaz Das selepas ceramah di Masjid UMS 22 Julai 2010. Terdapat sedikit perubahan perkataan untuk menukarkan dialog kepada ayat penyata, namun masih tidak mengubah idea asal jawapan yang diberikan.

Read more...

Satu Saff Penuh

>> Monday, July 19, 2010


Suasana menjelang Maghrib di Masjid UMS kali ni sedikit berbeza dengan hari-hari sebelumnya.Terasa ramai yang sudah tiba di masjid untuk menunggu waktu Maghrib. Saya sedikit kagum. Bagus benar pelajar tahun 1 ambilan Julai 2010 ni. Walaupun sudah habis Minggu Suai Mesra, tetap sahaja ramai yang datang ke masjid untuk solat berjemaah. Bagus la macam ni. Tak la pening kepala si Khairuddin exco kerohanian dan sahsiah UMS ni memikirkan cara nak suruh student datang mengimarahkan masjid. Ternyata memang menakjubkan!!! Solat Maghrib kali tu adalah yang paling ramai sepanjang saya berada di UMS ni. Dalam suasana tidak ada apa-apa program atau kuliah, jumlah jemaah satu saff penuh dari hujung sebelah kanan masjid hingg ke hujung sebelah kiri masjid! Subahanallah!

Usai solat Maghrib, saya berfikir sejenak. Mungkin sudah ramai pelajar tahun 2, 3 dan 4 yang sudah pulang untuk meneruskan sesi pengajian yang seterusnya. Esok baru pendaftaran, malam ni tak tau nak buat apa...gi la masjid. Sambil melangkah kan kaki meninggalkan masjid yang ramai orang tu, kepala saya terus berfikir. Macam-macam yang terlintas. Baik idea yang positif hingga yang negatif dan bukan-bukan. Tiba-tiba telinga saya menangkap satu bunyi speakar yang agak kuat dari arah Dewan Censelor. Memori saya kembali teringat kepada banner yang digantung di jalan keluar dari AB. KK FM akan mengadakan tayangan perlawanan bola sepak sempena perlawanan akhir piala dunia antara Netherlands dan Spain.

Piala Dunia

Saya tak ingin bercarita tentang siapa menang atau siapa yang kalah. Bukan juga nak bercerita pasal sotong yang dikatakan dapat meramal keputusan setiap perlawanan. Dan bukan juga nak berceloteh tentang isu judi berlesen yang pernah panas di bumi bertuah Malaysia ini. Tapi saya nak membawa semua untuk melihat dari perspektif yang lain sedikit. Melihat dari sudut pandang seorang mahasiswa yang baru mendaftar di kampus dan tidak ada apa-apa program untuk dilakukan pada waktu malam. Tidak ada kenderaan untuk keluar berjalan-jalan ke bandar. Dalam pada masa yang sama pihak universiti dengan kerjasama dari KKFM dengan penuh prihatin menyediakan satu layar besar untuk para mahasiswa mengisi masa lapang tersebut.



Nahtijahnya, pelajar berbondong-bondong turun dari kolej kediaman menuji ke Dataran Dewan Canselor. Berbekalkan iman yang ada dan teringat pesan orang tua di rumah agat tidak meninggalkan solat, mereka singgah ke Masjid UMS untuk menunaikan solat Maghrib. Usai solat, duduk sembang-sembang sekejap bersama kawan-kawan hingga tiba waktu Isyak. Solat dan menuju ke destinasi tumpuan seluruh warga kampus. Dataran Dewan Cancelor.

Waktu masih awal sebelum perlawanan bermula. Tetapi pihak penganjur telah mengadakan perbagai jenis aktiviti untuk memastikan pengunjung tidak kejenuhan menanti detik 2 pagi.

Proaktif

Idea untuk membentangkan layar untuk menayangkan perlawanan akhir piala dunia tersebut memang menarik. Tambah menarik dengan inisiatif pihak penganjur mengadakan gerai jualan, menjemput artis datang membuat persembahan dan juga pelbagai permainan seperti tendangan penalti memang satu langkah proaktif untuk memastikan pengunjung tidak meninggalkan perkarangan dewan hingga tamat perlawanan akhir tersebut.

Sekarang cuba kita intai sikap proaktif yang ada pada diri mahasiswa dalam mengisi masa senggang yang mereka ada di kampus.

  • Lepas bangun solat subuh, tidur sekejap sebab kelas mula jam 11pagi --> kalau tak nanti tertidur masa pensyarah bagi kuliah
  • Bangun jam 10.45pagi, mandi + berus gigi + pilih baju + amik kertas nak salin nota + minum sikit + berlari ke dewan kuliah --> cemerlang la ni, dapat buat 6 kerja dalam masa 15 minit
  • Dengar kuliah terasa lapar, bergerak ke kafe untuk mengisi perut --> nak belajar mana boleh biarkan perut kosong, mesti kena isi sikit, kalo tak nanti dapat sakit gastric pulak
  • Balik ke bilik, bukak laptop main game --> untuk seimbangkan penggunaan otak kanan dan otak kiri
  • Solat zohor bila dah dekat dengan waktu asar --> boleh study lebh masa
  • Petang gi riadah sampai orang azam Maghrib --> badan sehat otak cergas
  • Malam masak mee segera, makan sambil menonton movie Hollywood --> boleh improve bahasa Ingerris

Hebat bukan?? Sangat proaktif dan menggunakan masa dengan baik. Sebab tu saya suka jadi student universiti.

Saya tinggalkan pembaca MeNtaDakKakikIDaL dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dan juga Al-Hakim dari Abdullah Ibn Abbas

Hendakalah anda merebut kesempatan dari lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu;
  • Kesempatan semasa hidup sebelum tiba kematian anda
  • Kesempatan semasa sihat sebelum tiba sakit anda
  • Kesempatan di kala lapang sebelum tiba sibuk anda
  • Kesempatan di masa muda sebelum tiba masa tua anda
  • Kesempatan semasa kaya sebelum tiba kepapaan anda

Read more...

Ujibakat Nasyid

>> Wednesday, July 14, 2010

Satu ujibakat nasyid akan diadakan untuk mencari bakat baru dalam arena nasyid di Universiti Malaysia Sabah. Maklumat ujibakat adalah seperti berikut:

Tarikh : 25 Julai 2010
Masa : 8 pagi-5 ptg
Tempat : Dewan Kolej Kediaman CD
Syarat Pertandingan ;

  • Warga UMS
  • Lelaki
  • Tahun 3 dan 4 tidak digalakkan (ahaks!)
  • Menyanyi tanpa minus-one

Lagu ujibakat

  • Satu Perjuangan - Brothers
  • For The Rest of My Life - Maher Zain
  • Kembara Ilmu - Suhaimi
  • Mencari Cinta - Devotees
  • Menjadi Diriku - Ed-Coustic
  • Muhasabah Cinta - Ed-Coustic
  • Lambaian Bukhara - Firdaus
  • Kini Aku KernaMu - Firdaus
  • Langkah Tercipta - UNIC
  • Remaja - UNIC
  • Intifada - Rabbani
  • Pelita Hidup - Hijjaz
ni iklan yang direka khas oleh Adib

 yang ni sempoi tapi penuh makna huahaha

kalo berminat nak info lebih atau ada sebarang pertanyaan, boleh tengok kat event FB

Read more...

Hapuskan Zionis

>> Friday, July 09, 2010

Posting kali ni kurang kata-kata, hanya ada gambar poster untuk tatapan semua.





to my dear sister;
These are the things that you ask from me =)

Read more...

Jerawat ke?? Ingatkan bisul !

>> Monday, July 05, 2010

Seperti biasa, selesai mandi saya melihat ke cermin. Jari saya menyentuh dagu. Terasa sakit. Lantas saya tenung dalam-dalam untuk memastikan punca sakit. Ada sedikit benjolan seperti jerawat tapi sedikit besar. Saya tekan beberapa kali. Sakit! Keluar dari bilik mandi, saya menuju ke dapur. Mak sedang memasak, dengan bersahaja saya bertanya, “Ma, teka-teki pagi ni, apa beza antara bisul dengan jerawat?”. Mak menggelengkan kepala. “Pagi-pagi dah berteka-teki, meh sini makan sarapan dulu!”. Jawapan yang tidak menjawab, tapi saya hanya menurut. (makan...siapa tak nak!)



Soalan (baca : teka-teki) tadi saya tanya lagi pada waktu petang, “Ma, teka-teki angah pagi tadi mama belum jawab. Apa beza antara bisul dengan jerawat?”. Dengan nada sedikit tergelak, mak menjawab teka-teki aku dengan pertanyaan. “Kenapa ni, tumbuh bisul kat mana pulak?” Mak seolah-olah tahu apa yang bermain di fikiran ku. Tak mungkin mak nampak benjolan kecil di dagu sebab terlindung oleh janggut. “Ni ma, ada benda kat dagu angah ni. Besar macam jerawat tapi ada ke jerawat tumbuh kat dagu?”. “Jerawat tu!” Mak membalas. “Laa, jerawat ke? Ingatkan bisul!”

Maka dengan ini saya menyeru agar kita jangan terlalu cepat membuat kesimpulan terhadap sesauatu yang berlaku. Tapi seruan ini tidak bermakna agar kita lambat bertindak.

Kesimpulan yang nak dibertahu dari cerita tadi adalah kita perlukan merujuk kepada sesuatu untuk memastikan sebenaran atau kesahihan sesuatu.

Adat Melayu

Samalah dengan apa yang berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu. Bagi yang masih berpegang dengan adat tradisi Melayu atau pernah mendengar adat Melayu dahulu kala. Pernah dengar Syair Cak Pong yang dinyanyikan oleh Nd Lala?

Penyanyi ini mengajak agar kita melihat kembali kewajaran adat atau tradisi yang wujud dalam kalangan orang Melayu yang sebenarnya tidak wajar berlaku. Saya petik beberapa rangkap untuk kita sama-sama renung kembali adat Melayu yang menjadi dogma kita selama ini.

Pukulllah anak sindir menantu
Apa dipukul anaklah itu apa dosanya
Dah tentu dia anaklah kita
Marah saja pada menantu kalau ada yang tak kena
Marahlah dengan timbanglah rasa
Janganlah kita marah melulu
Menantu kita pun dah dewasa tentu pun dia tahu malu

Biar mati anak jangan mati adat
Hey jangan dibiar anak kita mati hai tergamak ke?
Kalaulah anak sudahlah mati
Siapalah pulak nak sambung adat
Kita dituntut tambah zuriat
Berilah dia didikan agama
InsyaAllah dia tidaklah jahat
Kita pun tidak teruslah baik
Dulu pun kita jahatlah juga

Kera di hutan disusukan
Anak di rumah mati tak makan
Ade ke patut?
Ape diberi kera tu makan
Anaklah kita sudahlah mati
Takkan kera tu nak buat ganti
Dah tua nanti kita tak larat
Rumah orang-orang tua pun dah tak muat
Anak-anak kitalah tempat bergantung
Bukan kera-kera tu yang hendak tolong

Mudah-mudahan para pembaca sekalian dapat memahami perkara yang disorot oleh Nd Lala dalam lagunya yang bertajuk Syair Cak Pong tersebut. Begitulah cara masyarakat Melayu menyindir atau cuba untuk membetulkan keadaan. Dalam keadaan santai dan bersahaja, mereka menyampaikan nasihat. Secara kasarnya, Nd Lala berpesan bahwa tak salah untuk terus istiqamah mengamalkan adat resam orang Melayu dulu-dulu tetapi harus berhati-hati agar kita tidak beramal dengan adat resam yang mendatangkan keburukan kepada bangsa sendiri. Sebab itu lah Allah berpesan dalam surah al-Hujurat pada ayat yang ke-6 agar kita sentiasa meneliti sesuatu berita yang kita terima

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.

Tapi jangan pulak salah anggap bahawa saya mengatakan orang tua-tua dulu terdiri dari golongan orang-orang yang fasik! Sekadar mengambil pelajaran menerusi tafsir Ibnu Qayyim yang mengingatkan agar orang yang beriman agar tabayyun (memeriksa kembali) berita yang disampaikan. Ibn Qayyim mengatakan bahawa ayat ini mempunyai faedah yang lembut bahawa Allah tidak memerintahkan agar kita menolak berita yang dibawa oleh orang fasik, tapi Allah hanya memerintahkan agar tabayyun berita yang disampaikan. Maka selebihnya bergantung kepada kecerdasan akal kita untuk menilai kebenaran berita yang disampaikan dan kemudiannya memutuskan untuk menerima atau menolak berita yang disampaikan.

Ibn Qayyim menambah dengan mengatakan bahawa orang fasik juga benar dalam pengembaraan dan kesaksian. Bahkan banyak di kalangan mereka terdiri dari pencari kebenaran. Cuma saja kefasikan mereka dari sisi yang lain.

Hal ini menunjukkan betapa Islam memandang serius berkaitan hal-hal memeriksa berita yang disampaikan.
Namun begitu, jika kita renung kembali adat resam masyarakat Melayu, terdapat beberapa perkara yang sebenarnya hanyalah adat tapi disalah anggap oleh orang Melayu sebagai ibadah. Jadi mari kita sama-sama tabayyun adat orang Melayu yang selama ini kita buat. Adakah ia benar-benar ibadah atau hanya sekadar adat yang diwariskan oleh orang Melayu dahulu kala. Untuk lebih jelas, saya bawakan pemahaman malam 7 likur sebagai contoh.

Malam 7 Likur

Ini adalah kepercayaan orang tua-tua yang mengatakan bahawa roh orang yang telah meninggal akan datang ke rumah pada 7 malam terakhir dalam bulan Ramadhan. Jadi pelita dipasang dari jalan masuk ke rumah hingga mengelilingi rumah. Katanya agar roh-roh ini nampak jalan untuk ke rumah itu dan merasakan bahawa mereka diraikan. Maka apabila masa beredar, ramai yang salah faham bahawa pelita yang dipasang itu adalah untuk menyuluhkan jalan buat malaikat. Saya rasa mungkin mereka rasa takut menggunakan perkataan  “roh-roh” akan bertandang ke rumah, jadi mereka mengatakan malaikat yang akan datang.

 
Hal ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Secara pribadi, saya memang suka pasang pelita di sekeliling rumah apabila hampir tiba hari raya. Akan tetapi fahaman malaikat akan turun dari langit dan mencari rumah yang mempunyai pelita adalah jelas tidak berasas. Mana mungkin malaikat yang diciptakan dari Allah dari “nur” (cahaya) dan taat beribadah kepada Allah suka-suka turun ke bumi dan mencari rumah yang ada cahaya pelita.

Jelas ini menunjukkan perbuatan menyambut malam 7 likur dalam bulan Ramadhan adalah adat dan bukan ibadah yang akan memberikan kita pahala. Jadi bermula dari sekarang, sentiasa periksa ibadah yang kita lakukan agar tidak mendatangkan mudharat kepada kita.

Nak tau macam mana nak bezakan antara adat dan ibadah ?? Senang je, jom datang halaqah. Anda akan diberi kefahaman tentang Islam.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP