QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Selamat Berpuasa

>> Wednesday, August 11, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Kali ini saya ingin memohon maaf atas segala dosa dan kesilapan yang pernah saya lakukan kepada semua makhluk yang ada di bumi ini. Lebih-lebih lagi buat orang-orang yang saya kenal dan pernah tersakitkan hati atau tersinggung perasaannya.Baik secara sengaja atau tidak sengaja.


Minta maaf juga buat pembaca blog MeNtaDakaKiDaL andaikata ada tersalah silap di mana-mana yang saya tidak sedar.

Akhir sekali saya kongsikan "Check-list Ibadah Ramadhan" buat semua. Mudah-mudahan ini dapat memotivasi untuk kita beramal soleh!

Checklist Ibadah Ramadhan                                                            

Read more...

Konsisten Solat

>> Saturday, August 07, 2010


"Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya".
Riwayat Al-Bukhari & Muslim


Hadith di atas menunjukkan betapa Islam memandang berat persoalan solat. Saya rasa setiap Muslim yang beriman tidak sanggup untuk meruntuhkan agama Allah ini. Tapi sebelum saya terus bercerita tentang solat, ada satu soalan yang ingin saya ajukan. Adakah anda tahu maksud meruntuhkan agama berdasarkan hadith di atas tadi?

Mudah-mudahan setiap Muslim yang hidup di atas muka bumi Allah ini tahu maksud frasa tersebut!


Tips Untuk Konsisten Solat

Kali ini MeNtaDakaKiDaL ingin berkongsi tips-tips untuk konsisten solat. Supaya nanti kita semua dapat senyempurnakan solat fardhu 5 kali sehari semalam seperti yang diperintahkan Allah semasa Nabi S.A.W naik ke Sidratul Muntaha.

Ikhlaskan niat

Ini adalah perkara yang paling amat sangat keterlaluan penting. Adalah baik jika anda dapat menyatakan secara eksplisit niat anda. Hmm...eksplisit tu apa pulak?? Ini adalah terjemahan Dewan Bahasa & Pustaka; eksplisit: dengan tepat dan jelas, tanpa dikias-kias. Faham?? Ini contoh ayatnya, “Aku ni sembahyang hari-hari tak pernah tinggal ni, mudah-mudahan Allah redha kat aku. Tujuan hidup aku tak lain, nak cari redha Allah je”.

Biasanya kalau niat kita dah jelas dan betul, insyaAllah tak jadi masalah untuk tekal beribadah kepada Allah baik yang fardhu maupun ibadah-badah sunat yang lain. Ingat! Perkara pertama yang perlu dibuat adalah...IKHLASKAN NIAT.

Masukkan waktu solat dalam jadual harian

Mungkin ada yang sudah terbiasa dengan perkataan “daily timetable”. Dalam tu ada perkara yang kena buat dari buka mata tatkala subuh hingga ke tutup makan semula. Jadi bagi yang telah biasa, maka anda hanya perlu masukkan lima waktu solat tersebut ke dalam jadual harian anda. Adalah lebih baik jika lampirkan bersama dengan takwim solat kawasan anda. Takwim solat tersebut boleh diambil dari http://www.e-solat.gov.my/

Tapi bagi yang macam baru pertama kali dengar perkataan “daily timetable” tak payah susah-susah cari dalam kamus. Anda hanya perlu cari takwim solat kawasan anda tinggal, print dan simpan dalam wallet atau hand-bag.

Dengar Radio IKIM.fm

Ini bukan promosi radio IKIM tapi tips untuk anda dapat solat tanpa tertinggal walau satu waktu sekalipun. Nak tau kenapa? Sebab radio IKIM ada orang azan tiap-tiap kali masuk waktu solat. Jadi kalau dah dengar orang azan tu takkan nak bagi alasan terlupa lagi kot! Sangat la tidak masuk akal. Usai bilal radio IKIM tu azan, maka peruntukkan lah sedikit masa untuk solat.


Cari kawan yang tak tinggalkan solat

Biasa dengar hadith yang kata rakan yang baik tu macam penjual minyak wangi, walau pun anda tak membeli minyak wangi yang dijual, anda masih dapat harumnya. Hadith tersebut saya tak ingat siapa yang riwayatkan dan matan hadith yang penuh pun tak dapat disertakan. Lagi satu nak bagi tau satu pepatah orang putih atau juga dikenali sebagai idiom. “Birds of a feather flock together”. Maksud idiom tersebut saya rasa seluruh dunia dah sedia maklum. Jadi tak perlu untuk saya jadi cikgu bahasa Inggeris menerangkan semua itu.

Perkara yang nak di ketengahkan adalah betapa seorang anak Adam sangat memerlukan kepada satu suasana yang baik. Biah yang soleh. --> yang ni kena tanya cikgu bahasa Arab tau! Kalau anda berkawan dengan orang yang tak tinggalkan solat, kebarangkalian untuk anda meninggalkan solat adalah rendah. Tak percaya? Cuba lah! Anda pasti terpegun dengan hasilnya. Bukan sahaja dapat cukup solat lima waktu, malah dapat solat berjemaah lagi!

Mula dengar kuliah agama di masjid atau surau

Peruntukkan masa selepas maghrib untuk lepak di masjid untuk mendengar kuliah dari ustaz-ustaz yang ada. Saya yakin dan percaya lama-kelamaan, anda akan jatuh cinta pada masjid dan masjid dengan anda akan jadi sangat sinonim. Hati anda akan sentiasa merindui masjid. Jadi kalau fikir balik, orang yang dah hatinya berada di masjid, takkan nak tinggalkan solat secara sengaja kot. Betul tak?
Rasanya cukup setakat tu tips yang saya dapat kongsikan kali ni. Saya akhiri artikel kali ini dengan sedutan menarik dalam siri Imam Muda. Khas untuk semua pembaca MeNtaDakaKiDaL.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP