QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Jangan Menghina Tuhan Mereka

>> Wednesday, December 28, 2011

Sudah lama tidak menulis di MeNtaDakaKiDaL ni. Sedikit coretan kali ini untuk melepas rindu kepada minat menulis dan paling utama untuk berkongsi ilmu dengan semua pembaca blog yang tidak seberapa ini.

Krismas & Kristian
Jika umat Islam merayakan aidilfitri dan aidiladha sebagai perayaan agama, penganut agama kristian pula meraikan krismas sebagai perayaan keagamaan mereka. Krismas adalah sambutan kelahiran seorang lelaki soleh yang lahir dari rahim seorang wanita suci, Maryam.

Lelaki soleh ini dipanggil Jesus atau umat Islam kenali sebagai Isa. Tak kira apa jua nama ataupun gelaran yang diberikan, kita sebenarnya merujuk kepada individu yang sama. Seorang jejaka yang menyebarkan agama Allah ini dengan penuh rasa kasih sayang. Seorang anak yang tidak pernah merasai kasih sayang dari seorang bapa tapi sangat arif erti cinta dan berusaha untuk menyemai perasaan tersebut kepada semua insan.

Untuk artikel kali ini, Abu Dzar tidak ingin membahas tentang kesahihan tarikh 25 Desember tersebut adalah tarikh lahir Jesus. Samada ia benar atau tidak. Membahaskan perkara ini tidak lebih dari mencari lubang-lubang pertelingkahan. Justru itu, Abu Dzar rasa adalah lebih baik jika kita menjauhi garis perbezaan. Melihat kepada suasana hubungan antara agama yang agak dingin dampak beberapa kes yang pernah menjadi isu hangat di tanah air ini. Jangan kita tambah lagi keruh suasana!

Lantaran itu, artikel ini sebenarnya untuk mengingatkan sahabat Muslim sekalian untuk kita sama-sama membetulkan sikap terhadap penganut agama Kristian di negara ini. Atau mungkin juga dengan seluruh penganut agama Kristian di dunia.

Apabila tiba bulan Disember, banyak pasaraya akan menghias premis perniagaan mereka dengan pokok pine atau lebih dikenali sebagai pokok krismas. Memandangkan Malaysia adalah negara yang beriklim khaltulistiwa iaitu mengalami suhu panas dan lembap sepanjang tahun. Serta tidak ada beza 4 musim. Salji tidak akan turun. Mereka akan mengambil kapas sebagai ganti salji...salji palsu!

Di sudut lain, diletakkan patung lelaki gemuk berjambang putih berpakaian merah menaiki luncur salji dan beberapa ekor rusa. Bersama lelaki tersebut ada satu karung besar berisi kotak-kotak hadiah. Abu Dzar yakin, pembaca dapat meneka dan membayangkan seperti apakah keadaan suasana yang cuba Abu Dzar gambarkan! Ya...Santa Clause!

Dalam keseronokan mereka membuat persiapan menyambut krismas, tiba-tiba Abu Dzar terdengar sesuatu yang tidak enak. Ada segelintir Muslim cuba meracuni keharmonian antara agama di Malaysia ini.

"Aku rasa kalau Nabi Isa hidup lagi dia pun pening kepala tengok birthday party dia macam ni"

"ni la perayaan yang tak de asal usul, kalau kat Palestin tu mana ada pokok krismas ni, mana ada salji segala bagai!"

Ini adalah contoh dari sekian banyak dialog yang pernah Abu Dzar dengar menyangkut masalah sambutan hari krismas. Golongan ini seolah-olah tidak menghiraukan sensativiti agama. Tidak bolehkah kepercayaan mereka ini dihormati? Mengapa perlu dijolok sarang tebuan?

Selaku seorang Muslim yang mencintai kedamaian, kita seharusnya memberi ruang dan peluang kepada penganut agama lain yang ada di negara ini mengamalkan kepercayaan mereka tanpa rasa prejudis. Lupakah kita akan perintah Allah dalam surah al-an'am pada ayat ke 108 yang bermaksud;

Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah, kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan.

Natijah dari membuat komen terhadap Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan hanya membuatkan agama Islam semakin jauh dari hati mereka. Segala bentuk kritikan ini sebenarnya akan membangkitkan kemarahan dan rasa tidak nyaman untuk berada dalam kelompok Muslim. Abu Dzar bukan berniat untuk mengadakan rekonsilisasi terhadap hubungan antara agama di negara ini. Cuma sekadar ingin membuka mata Muslim yang ada agar lebih matang dalam menilai.

Berada dalam kasut mereka

Sekarang mari kita lihat pula sambutan aidilfitri di negara ini. Sebatas pengetahuan yang Abu Dzar ada, premis perniagaan akan dihias dengan anyaman ketupat, deretan pelita dan mungkin buluh (baca: lemang...bukan meriam buluh).

Sekarang Abu Dzar kembalikan komen kepada anda.

"Rasulullah dulu makan ketupat ke masa aidilfitri?"

"Area Tanah Arab tu mana ada pokok buloh kan!"

Pasti ramai yang tidak selesa dan sudah ada hujah yang ingin ditegakkan kepada Abu Dzar. Sabar ya, nanti dulu. Ada legi beberapa sembutan yang dilakukan oleh orang Islam di negara ini yang menarik untuk kita lihat kembali.

Maal Hijrah

Berjalan beramai-ramai sambil membawa sepanduk dan kain rentang. Serta ditambah pula dengan alunan 'tholaal badru alaina...' Ini juga sesuatu yang tidak pernah dibuat oleh Rasulullah saw. Jika kita baca buku sirah, Rasulullah berhijrah hanya bersama sorang lelaki yang kemudian menjadi bapa mertuanya, Abu Bakar as siddiq. Alunan 'tholaal badru alaina...' pula dinyanyikan oleh penduduk Madinah yang telah berhari-hari menunggu kedatangan Rasulullah. Bukan dialunkan oleh Rasulullah dan Abu Bakar.

Malam Tujuh Likur

Ini pula yang terjadi pada 7 malam terakhir dalam bulan Ramadhan. Sibuk memasang pelita kerana kononnya ada malaikat yang akan turun membawa rahmat. Malaikat tersebut pula dikatakan tak nampak jalan jika tak dipasangkan pelita sepanjang jalan ke rumah. Bukankah Rasulullah menajarkan kita agar melipatgandakan ibadah dengan beriktikaf di masjid? Maka ini juga sesuatu tindakkan yang tidak ada asal usul.

Marah?

Begitu juga perasaan orang Kristian tatkala kita menghina sesuatu yang mereka anggap suci. Mereka sangat marah jika kita mengatakan bahawa Krismas adalah suatu perayaan yang tidak ada asal usul! Sebenarnya mereka ada alasan yang tersendiri sebagaimana kita meraikan aidilfitri dengan ketupat dan lemang. Meraikan Maal Hijrah dengan berarak. Menyambut Maulidurrasul serta banyak sambutan yang lain. Maka Abu Dzar mohon pertimbangan akal waras setiap orang Islam agar tidak menghina sembahan orang bukan Islam.

Bukalah al-Quran, baca dan tadaburlah ayat 108 dari surah al-An'am yang Abu Dzar berikan tadi. Kita akan dapati bahawa Allah menjadikan secara fitrah yang mereka merasakan baik tindakan yang mereka lakukan. Lihat pada pertengahan ayat;

kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka

Maka janganlah kita menghina perkara yang mereka anggap baik. Jika tidak, mereka akan menghina Allah dengan melampaui batas dengan tanpa pengetahuan mereka.

Platform Yang Tidak Tepat

Jika kita berniat untuk  menyedarkan orang Kristian akan kepincangan dalam agama mereka itu, mencela sambutan Krismas bukan platformnya. Niat yang kita miliki tidak pernah menghalalkan cara untuk berdakwah. Janganlah kita terperangkap dalam perangkap syaitan. Ibnu Jauzy menulis buku Talbis Iblis membicarakan tentang perangkap syaitan dengan menjerat manusia mengandalkan suatu kebaikan dan melupakan kebaikan yang lain.

Platform yang baik adalah seperti yang dilakukan oleh Ahmad Deedat. Berbicara tentang agama Kristian bersama seorang Pastor. Hadirin yang datang masti sudah menyiapkan minda mereka untuk perbandingan agama. Maka mereka (orang kristian yang hadir) siap memberikan Jesus untuk dikritik secara intelektual. Bukan dengan emosi.

Inilah kuncinya. Mengkritik secara intelektual.

Jesus dan Nabi Isa as

Abu Dzar suka mengajar pembaca membuka lembaran sirah tatkala orang Islam berhijrah ke Habsyah. Seorang pemimpin Quraish datang kepada Raja Najashi dan meminta agar kelompok Muslim yang datang tersebut diserahkan kepada mereka untuk dibawa pulang ke Mekkah. Amru al-As mengatakan Nabi Isa dengan sesuatu yang tidak baik dalam kepercayaan Islam. Namun perhatikanlah apa jawapan Ja'afar bin Abu Talib terhadap tuduhan ini.

Nabi Isa adalah “hamba Allah, utusan Allah, suci dari Allah serta kalimah-Nya yang diturunkan kepada Maryam yang merupakan seorang perawan (gadis) yang tekun bersembah sujud (kepada-Nya)”

Nah sekarang jelas, memetik kata-kata Raja Najashi usai mendengar hujah yang disampaikan oleh Ja'afar. Islam dan Kristian sebenarnya datang dari sumber yang sama.

Sekarang Abu Dzar serahkan kepada celik akal yang anda miliki untuk menilai dengan matang. Penganut agama Kristian ini sebenarnya golongan untuk didakwahi dengan kasih sayang bukan golongan yang perlu diperangi dengan kritikan dan prejudis.

Read more...

Kekayaan Kita

>> Tuesday, November 01, 2011

Menjaga hati dari rasa cintakan dunia adalah satu cabaran yang besar bagi manusia yang hidup pada zaman ini. Tidak kira siapa, pasti berat untuk seseorang manusia itu menjaga hatinya agar tidak terpesong kepada dunia. Apa tidaknya, setiap hari kita akan disajikan dengan keseronokan hidup seperti kereta mewah, rumah besar, perniagaan atau mungkin juga pasangan hidup. Maka itu membuatkan kita terlupa akan janji Allah untuk berada kekal di alam akhirat.

Tumpuan kita pada masa ini adalah untuk mengejar kemewahan agar tidak kalah bertanding dengan jiran sebelah rumah yang membeli set sofa baru, agar kita terasa bergaya dengan pakaian jenama terkini atau mungkin juga agar hati kita tenteram dengan aksesori tambahan kereta kita. Oleh itu, kita akan berusaha sedaya-upaya untuk memenuhi keinginan hati supaya tidak terlihat kolot atau ketinggalan zaman berbanding orang lain.

Perkara ini sebenarnya bukanlah fenomena baru. Ini hanya putaran dari kitaran sejarah yang terus berulang-ulang dari masa ke masa. Dan bukti sejarah telah merakamkan kemusnahan sebagai noktah bagi bangsa yang mengejar kemewahan dunia ini.

Putaran Sejarah

Lihat saja kepada kaum Madyan yang tidak amanah dalam perniagaan. Akibat terlalu menginginkan keuntungan yang banyak, mereka sanggup berlaku tidak amanah dalam perniagaan. Sebagai balasan, Allah datangkan petir kepada mereka. Begitu juga yang berlaku kepada Firaun. Firaun merasakan bahawa dunia ini adalah miliknya. Malah lebih dari itu, dia merasakan bahawa dirinya adalah tuhan kepada alam ini. Akhirnya Allah tenggelamkan Firaun dan pengikutnya dalam Laut Merah. Kaum Yahudi yang ingkar akan perintah beribadah pada hari Sabtu  kerana ingin mendapatkan hasil tangkapan ikan yang lebih banyak telah Allah sumpah menjadi kera. Kisah ini dapat dibaca dalam surah al-Baqarah pada ayat ke-65

Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".

Hakikat Kaya

Mengejar kemewahan hidup didunia yang sementara ini akan menghantarkan kita kepada kesudahan yang menghinakan diri. Bahagia di dunia hanya yang kita kecapi hanya untuk beberapa ketika jika hendak dibandingkan dengan sifat hidup diakhirat yang kekal abadi. Ya, K.E.K.A.L untuk selama-lamanya, sampai bila-bila!

Mari kita perhatikan hakikat sebenar kaya yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w;

“Dari Abu Hurairah r.a: Rasulullah saw bersabda, “Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta benda tetapi kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan hati.” (HR Bukhari & Muslim)

Zuhud adalah kata kunci kepada persoalan ini. Namun begitu, kita perlu faham apa itu zuhud dalam erti kata yang sebenar. Zuhud bukanlah bererti membuang dunia dari pandangan mata dan menumpukan kepada hal ibadah dan akhirat semata mata. Zuhud adalah kehidupan yang tidak dikuasai oleh kemewahan dan keseronokan dunia. Kayalah umat Islam! Tandingi kekayaan Bill Gates yang pendapatannya adalah menghampiri RM 960 sesaat. Tapi jangan pernah hati kita terpaut kepada perhiasan dan kesenangan hidup di dunia ini walau seinci.

Salah Guna Dalil

Jangan pula kerana menggunakan alasan untuk hidup zuhud, kita meninggalkan usaha untuk hidup berjaya di dunia ini. Apabila umat mengalami kemunduran dalam bidang teknologi, jangan sesekali kita menggunakan alasan bahawa umat Islam perlu zuhud. Jika kita ketinggalan dalam bidang pendidikan dan penyelidikan, zuhud bukan alasan yang ampuh untuk melepaskan diri. Umat ini perlu cemerlang dan berjaya dalam setiap aspek kehidupan. Hanya saja, perkara yang perlu kita betulkan adalah sudut pandang kita mengukur tahap kejayaan.

Sehubungan dengan itu, sifat qanaah perlu dipupuk dalam diri seseorang muslim. Sifat qanaah yang luhur akan menjadikan seorang insan itu sentiasa bersyukur kepada Allah. Qanaah adalah kata pinjaman bahasa Arab yang membawa maksud sikap berpada-pada atau berpuas hati dengan perkara yang telah dimiliki. Atau mudahnya, mampu menahan diri dari membeli sesuatu perkara tatkala kita mampu untuk berbuat demikian. Ini selaras dengan firman Allah dalam ayat ke-14, surah Ibrahim

Dan, tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

Sebagai contoh, tak kira sehebat mana model i-phone yang ada dipasaran, kita tetap rasa tenteram dengan hand-phone yang sudah sedia ada kita miliki. Lebih baik lagi seandainya kita tidak mempunyai rasa iri hati dengan kawan kita yang memiliki phone model terbaru tersebut. Malah kita mampu mempertimbang antara kehendak dan juga keperluan. Tak salah untuk membeli hand-phone baru, asalkan tahu had untuk membeli. Begitu juga dengan benda lain yang ada dijual di pasaran. i-Pad, Galaxy Tab atau apa juga namanya. Jangan membeli kerana menurut hawa nafsu. Sekali lagi saya menekankan agar kita dapat membezakan antara keperluan dan juga kehendak.


Merancang Kehidupan

Mari kita lihat kehidupan kita ini dalam jangka masa yang panjang. Cuba bayangkan siapa dan bagaimana kita hidup dalam masa 10 tahun akan datang? Jika kita bercita-cita untuk menjadi hamba yang akrab dengan Allah, mulakan langkah untuk taqarrub kepada-Nya dari sekarang. Sementara usia kita masih muda dan mudah untuk berubah. Sekiranya usia kita sudah banyak, agak sukar pada ketika itu untuk memupuk sikap dan perangai baru. Walaupun hakikatnya hamba Allah tak pernah terlambat untuk kembali mendekatkan diri kepada-Nya. Selagi kita masih bernafas, pintu taubat dan pengampunan Allah sentiasa terbuka luas.

Namun begitu, jika kita mengimpikan hidup yang biasa-biasa sahaja, terus terpengaruh dengan kesenangan hidup di dunia yang seba indah ini. Akal dan iman kita sebenarnya perlu dicabar untuk berfikir tentang kehidupan yang lebih kekal. Akhirat seperti apakah yang kita mahu sebenarnya? Adakah kita cenderung untuk memilih syurga yang luasnya seluas langit dan bumi beserta segala nikmat yang Allah janjikan. Atau kita sanggup menjadi bahan bakar dan terus menerus diazab Allah dalam neraka?

Akhir kata, mari sama-sama kita mentadabur surah Ali Imran ayat ke-185;

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

Read more...

Tabayyun: Persoalan Kod Lemak Babi & Revolusi Libya

>> Wednesday, October 26, 2011

Pernah suatu ketika tatkala Walid bin Uqbah menuju ke perkampungan Bani Mustaliq kerana memungut harta sedekah atas arahan Rasulullah s.w.a. Sahabat Rasulullah tersebut melihat, Bani Mustaliq keluar beramai-ramai untuk mengeluarkan sedekah mereka. Melihat kepada perkara yang berlaku, terlintas di fikirannya bahawa Bani Mustaliq sudah murtad. Tanpa membuang masa, Walid bin Uqbah bergegas kembali menemui Rasulullah s.a.w.

Setelah mendengar berita yang disampaikan oleh Walid bin Uqbah, Rasulullah kemudian mengarahkan tentera yang diketuai oleh seprang pemuda yang mendapat gelaran “Saifullah”, Khalid al Walid. Seperti biasa, strategi perang Khalid al Walid, seorang perisik akan dihantar untuk mendapatkan maklumat. Namun begitu tatkala perisik tersebut tiba di perkampungan Bami Mustaliq, azan berkumandang dan penduduk kampung keluar untuk menunaikan solat.

Kalau dah solat, mesti la tak murtad!

Ternyata dakwaan Walid bin Uqbah tidak benar. Lantas mereka kembali ke Madinah mengkhabarkan kepada Rasulullah akan setiap yang mereka lihat semasa di perkampungan Bani Mustaliq. Natijahnya, Allah menurunkan ayat ke-6 surah al-Hujurat;

Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – oleh kerana kejahilan kamu - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Kalau tak tabayyun, nanti ada lagi yang jadi mangsa kekejaman Borhan, dalam filem ni Syamsul jadi mangsa

Kosa kata:
Tabayyun = selidiki kebenarannya

Iktibar Untuk Semua

Ternyata, sahabat Rasulullah yang bernama Walid bin Uqbah tersebut terburu-buru menyampaikan berita kepada Rasulullah. Memang betul perkara yang berkaitan dengan soal akidah adalah sangat penting dan perlu mendapat perhatian yang tinggi oleh setiap Muslim. Tapi ini tidak pernah menjadi lampu hijau kepada kita untuk bertindak terburu-buru tanpa usul periksa.

Mulai sekarang kita perlu sangat berhati-hati dengan setiap berita atau cerita yang kita dapat. Jangan terlalu mudah untuk “share” sesuatu yang nampak menarik tapi kita tidak ada ilmu tentang perkara tersebut. Jangan suka-suka “tweet” perkara-perkara yang kita belum pasti kesahihannya.

Kod Lemak Babi

Semasa Abu Dzar terbaca berita tentang kod “E” yang dikatakan ada lemak babi, rasa seriau gak dan terasa sangat penting untuk dikongsikan kepada orang ramai. Mana taknya, perkara tersebut sampai keluar kat alahkam.net kalau tak percaya boleh check kat link ni.

Dari hari ke hari, Abu Dzar berjumpa dengan artikel yang sama, “Kod Lemak Babi” atau seumpama dengannya. Setiap blog yang bercitra islami akan meletakkan (baca: copy-paste) artikel tersebut sebagai salah satu update artikel mereka.

Jadi Abu Dzar pun rasa memang sah la perkara tu.

Selang beberapa lama, akh Sufian, pemilik blog “Jejaki Tinggalan Rasul” mengeluarkan satu artikel yang terlihat menongkat arus. Menempelak segala yang tertulis pasal Kod Lemak Babi tersebut. Bermula dengan kewujudan penulis yang bernama Dr M Amjad Khan dan juga tempat penyelidikan itu yang dibuat di Medical Research Institute United States. Untuk maklumat yang lebih tepat, pembaca boleh berkunjung ke blog Jejaki Tinggalan Rasul tersebut. Perkara ini membuka mata Abu Dzar. Kita kurang membuat kajian tentang sumber sesuatu berita dan juga kesahihannya sebelum disampaikan kepada orang lain.

Tabayyun sangat penting, jangan sesekali kita termasuk dalam jerat yang dibuat untuk memperdaya umat Islam. Ayat ke-6 surah al-Hujurat tersebut mengajarkan kita agar kita mengulang periksa atau anda biasa dengar adalah “recheck” berita yang disampaikan oleh orang fasik. Sekarang mari kita lihat siapakah yang dimaksudkan dengan orang fasik. Menurut bahasa, fasik membawa makna orang yang tidak mempedulikan perintah Allah. Manakala dari segi syara’ pula, fasik adalah orang yang melakukan dosa-dosa besar atau kekal melakukan dosa-dosa kecil.

Sekarang mari kita lihat siapa yang memiliki dan mengawal media pada masa ini. British Broadcasting Corporation (BBC), American Broadcasting Corporation (ABC), Bloomberg atau apa juga syarikat yang menjadi sumber rujukan dunia ini. Mendapat berita dari golongan seperti ini perlu sangat berhati-hati. Ingat perintah Allah untuk kita memeriksa kembali setiap berita yang kita terima! Walaupun memang ada wartawan mereka yang ikhlas dan jujur dalam menakalkan berita. Namun, kumpulan ini hanya segelintir jika nak dibandingkan dengan kumpulan yang lebih mengeksploitasi berita dari kebenaran.

Perkara yang jauh lebih parah adalah apabila ada blog yang mula menulis tentang kematian seorang wira di Libya. Muammar Gaddafi!

Muammar Gaddafi

Pemimpin Libya yang memerintah selama 42 tahun. Digulingkan rakyat dalam siri revolusi Timur Tengah. Setelah revolusi rakyat yang berlaku di Tunisia dan juga Mesir, rakyat Libya pula mengambil langkah membebaskan diri dari diktator Muammar Gaddafi.

Namun begitu, tatkala perjuangan rakyat Libya ini dilihat akan berakhir dengan kejayaan yang gemilang. Penduduk Malaysia mula membaca tulisan yang mengatakan bahawa Gaddafi adalah seorang pejuang Islam. Malah tulisan tersebut ada dimuatkan dalam seorang ahli parlimen di Malaysia! Dalam blog tersebut, ada disenaraikan 19 kebaikan dan usaha murni kerajaan Libya semasa Gaddafi memerintah dalam membela nasib rakyat. Boleh baca sendiri dalam blog yang Abu Dzar ceritakan ini.

Maaf andai lancang berbicara, tapi jujur Abu Dzar tidak ada apa-apa motif politik hanya pada pendapat Abu Dzar, selaku seorang ahli parlimen, YB seharusnya lebih bijaksana dalam menyampaikan maklumat. Nyatakan sumber rujukan!

Baru-baru ini juga Abu Dzar terbaca blog yang menulis akan kaitan Gaddafi, ilumaniti dan juga dajjal di bolg ini. Abu Dzar tak pasti samada penulis blog suaraengineer tersebut menulis sendiri atau post tersebut adalah cuplikan dari tempat lain. Tapi yang pasti suaraengineer.blogspot ada merujuk kepada YB tadi dalam menzahirkan kebaikan dan jasa Gaddafi.

Sekarang Abu Dzar nak bawakan satu pendapat orang soleh dalam peristiwa revolusi Libya. Prof. Dr. Ali al-Qaradaghi dan juga Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi mewakili Persatuan Ulama Dunia mengeluarkan kenyataan rasmi di web ini. Haha tak faham bahasa arab? Jangan risau, sorang pelajar Malaysia di Mesir akh Syihabudin Ahmad telah menterjemahkannya kepada bahasa Melayu dalam blognya ini.

Abu Dzar juga suka untuk berkongsi tulisan BroHamzah seputar isu Gaddafi ini. Pada awal-awal revolusi ini meletus BroHamzah membawa kita mengenali semua ahli keluarga Gaddafi dalam blognya di link ini.

Jadi Abu Dzar berpesan agar kita lebih berhati-hati dalam menyampaikan berita, tak kira la apa pun bentuk berita tersebut! Semoga Allah melindungi umat Islam dari tipu helah musuh-musuh Islam.

Read more...

Fenomena Jam Pasir...berulang lagi!

>> Thursday, October 20, 2011

Apabila tiba musim IPT buat konvokesyen. Abu Dzar teringat kat post yang bertajuk “Akademik, Pelajar dan Jam Pasir”. Tapi lebih menarik lagi adalah kali ini fenomena jam pasir tu bakal dilalui oleh Abu Dzar sendiri. Abu Dzar tak pasti, adakah Abu Dzar mangsa keadaan atau sekadar menuruti tuntutan semasa. Setelah beberapa lama berfikir, Abu Dzar rasa fenomena ini adalah wajar-wajar saja! (err…walaupun sikap idealis dalam diri menafikan apa yang berlaku ahaks!)

Tapi pasti ada syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadikan fenomena jam pasir ini pada tahap wajar-wajar saja.

Ingat tak 10 muasofat tarbiyah yang digariskan oleh Hassan al-Banna?

Abu Dzar rasa itu adalah syarat yang perlu sentiasa dipatuhi oleh setiap graduan. Memandangkan biasanya para graduan akan mempunyai masa tarbiyah yang mencecah 3 atau 4 tahun di IPT, maka Abu Dzar beranggapan bahawa elemen-elemen muasofat tarbiyah tersebut perlu disentuh dan diterangkan. Barulah tak rugi. Degree dapat, ilmu tentang Islam pun mantap.

Sebelum kita bercerita lebih lanjut tentang ini, mari kita review sikit apa 10 Muasofat Tarbiyah tersebut;

  1. Salimul Akidah – Akidah yang sejahtera
  2. Sahihul Ibadah – Ibadah yang betul
  3. Matinul Khuluq – Akhlak yang mantap
  4. Mutsaqqafal Fikri – Luas pengetahuan
  5. Qawiyul Jismi – Kuat tubuh badan
  6. Qadirun ala Kasbi – Mampu berdikari
  7. Mujahidun Linafsihi – Mampu mengawal nafsu
  8. Harithun ala Waqtihi – Menjaga masa
  9. Munazamun fi Syu’unihi – Tersusun urusannya
  10. Nafiun Lighairihi – Bermanfaat untuk orang lain

Antara lain Abu Dzar pilih Muasofat Tarbiyah adalah kerana ada beberapa perkara yang telah digariskan tersebut sangat tepat kepada sasaran yag kita bincangkan ini. Graduan.

- Luas Pengetahuan –
- Mampu Berdikari –
- Menjaga Masa –
- Tersusun Urusannya –
- Bermanfaat Untuk Orang Lain -

Ini adalah perkara yang boleh diukur secara explicit oleh masyarakat. Masyarakat?? Ya, bagi para graduan, kita bakal berdepan dengan masyarakat. Bukan lagi pelajar IPT yang lingkungan umurnya 20 – 25 tahun. Inilah yang menyebabkan 5 perkara ini di atas sangat penting untuk dikuasai.

Menggarisbawahkan 5 perkara tersebut tidak bermakna Abu Dzar menafikan kepentingan dan keperluan akidah, ibadah atau apa juga yang tidak tersenarai. Cuma merasakan bahawa perkara tersebut telah banyak disentuh dalam halaqoh semasa berada di IPT. Maka inilah masanya untuk memaparkan keberhasilan tarbiyah tersebut dengan amal.


InsyaAllah Abu Dzar akan berkonvo pada hujung bulan November. Lantaran itu, Abu Dzar ada menyediakan satu greeting card yang dicadang untuk diberikan kepada ikhwah dan juga beberapa orang course-mate. Dan kalau ada yang berminat, boleh la download kat link 4shared ni. Tak cantik pun cuma pakai Microsoft Publisher je. Kalau nak cantik, print la atas kertas yang berwarna.

Read more...

Tembakau Yang Dihisap

>> Saturday, October 15, 2011



Fenomena merokok sudah dianggap biasa. Baik di negara maju di Eropah dan Amerika mahupun dikalangan negara membangun seperti Malaysia. Ini sebenarnya satu kebiasaan yang tidak patut berlaku Negara-negara Islam. Negara Malaysia khasnya, mengaku sebagai Negara Islam tidak wajar menjadikan fenomena merokok ini sebagai sesuatu yang dianggap biasa. Hal ini berikutan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa merokok adalah haram hukumnya di sisi Islam. H.A.R.A.M.

Rokok yang ada dijual hanya layak dibeli oleh orang bukan Islam sahaja. Seperti halnya daging babi yang hanya boleh dibeli oleh non-muslim. Begitu juga arak. Semua ini telah diputuskan sebagai haram. Maka selaku orang Islam yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, kita wajar menuruti segala yang telah diputuskan dengan hati yang lapang.Bukan tampil dengan teori-teori untuk menfikan keputusan majlis fatwa tersebut.

Sebutkan apa juga teori yang ada:

1.    Dapat hilangkan mengantuk.
2.    Kelihatan lebih cool.
3.    Fokus lebih tinggi.
4.    Fikiran lebih tenang
5.    Meredakan perasaan marah.
6.    Menjana ekonomi negara.

Semua ini hanya alasan yang dicipta oleh manusia yang mungkin hatinya telah jauh dari Islam. Bukan kah Islam mengajarkan umatnya untuk berzikir supaya hati menjadi tenang. “Ketahuilah, dengan mengingat Allah hati akan menjadi tenang” (ar-Ra’d:28). Islam mengajarkan agar umatnya supaya mengawal rasa marah. Sekiranya terasa marah, hendaklah kita duduk. Jika marah itu masih tidak hilang, hendaklah kita baring. Dalam hadith lain, Rasulullah mengajarkan kita agar berwudhu’ dan solat sunat untuk meredakan rasa marah.

Seribu satu alasan

Alasan lain seperti “nak dilihat bergaya dan cukai rokok mampu menjana ekonomi negara” tidak lain hanyalah retorik makhluk yang bertuhankan nafsu. Golongan seperti ini tidak akan pernah berhenti untuk mencari alasan agar keinginan mereka tercapai. Hukum tuhan awal-awal lagi dibakulsampahkan.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebenarnya mengambil kira mudharat yang lebih besar berbanding manfaat yang bakal diperoleh jika umat Islam di Malaysia merokok. Berikut disenaraikan beberapa kesan buruk jika seseorang itu merokok;

  1. Rokok menjejaskan akal (mental)
  2. Rokok membahayakan kesihatan fizikal
  3. Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain
  4. Rokok membahayakan keturunan
  5. Rokok mengganggu manusia lain
  6. Rokok menimbulkan akhlak buruk
  7. Rokok mensia-siakan waktu hidup
  8. Rokok bercanggah dengan maruah keislaman
  9. Rokok membazirkan harta (wang)
  10. Rokok mengandungi dadah (nikotin)

Khilaf dahulu kala

Suatu ketika dahulu, memang ada pihak yang mengatakan bahawa merokok adalah makhruh atau paling syadid adalah harus. Namun begitu, khilaf tersebut berlaku lantaran tidak ada kata putus yang dikeluarkan saat ditanya tentang hukum merokok. Berikut saya sertakan soalan dan jawapan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa negeri Kelantan

“Tembakau jawa yang kelaziman orang melayu memakannya (menghisapnya) seperti dimasukkan dalam daun nipah (rokok daun nipah) atau sigaret dan cerut dan lainnya daripada daun tembakau itu. Adakah sekalian yang tersebut itu haram atau makruh atau harus?

Jawapan; “Masalah ini khilaf (berselisih) pendapat ulama. Kata setengah halal dan kata setengah haram. Zat tembakau itu suatu yang harus diisti’malkan dia (digunakan) bahkan sunat jika boleh jadi ubat. Jikalau tidak jadi makruh selama tidak jadi (mendatangkan) mudarat dengan dia pada akal atau badan. Adapun jika jadi mudarat dengan dia maka haram diisti’malkan dia (digunakan).

Fatwa negeri Kelantan di bawah kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Pertanyaan 202, jilid 1.

Ijma’ Ulama

Kini segalanya sudah jelas. Majlis Fatwa Kebangsaan telah sebulat suara bersetuju dengan hukum merokok. Haram!

Adakah kita masih lagi nak memeningkan kepala dengan khilaf dahulu kala sedangkan segala-salanya sudah terang lagi bersuluh.

Tepuk dada, tanyalah iman!

InsyaAllah iman yang sihat akan cenderung memilih kebaikan, walaupun kebaikan itu tidak sentiasa berada di atas jalan yang mudah.


Read more...

Tahan Lasak

>> Tuesday, October 11, 2011

Abu Dzar, pegi perkhemahan hari Khamis nanti kan?

Ha ah, ada apa-apa ke yang Abu Dzar kena tau ke kak?

Tak de, gini je, nak bagi tau nanti kat sana tu kena lasak sikit la. Sebab camping macam ni memang kena lasak!

Owh tak de hal. OK je


Hari pertama di tapak perkhemahan…tahap kelasakkan yang perlu dihasilkan tak de la lasak sangat. Setakat mendirikan khemah, buat gadget, pindu gerbang dan seumpamanya.

Oleh itu, Abu Dzar hampir tak faham apa yang disampaikan untuk kena “lasak sikit” pada masa perkhemahan ini.

Hari kedua datang menyusul. Kalau ikut perancangan asal, Abu Dzar kena bersama dengan peserta kembara lasak. Berlari bersama mereka untuk member semangat dan peransang. Perkara yang nak digarisbawahi adalah, larian itu sejauh 5km mendaki beberapa bukit di sekitar tapak perkhemahan.

Abu Dzar yakin boleh berlari bersama dengan pelajar-pelajar tersebut. Tapi, pada saat-saat akhir, jurulatih mereka menyatakan hasrat untuk berlari bersama palajar tersebut. Mungkin Allah tahu apa yang terbaik untuk Abu Dzar ^_^

Jadi waktu tersebut Abu Dzar gunakan untuk tilawah quran. Alhamdulilah banyak juzu’ juga sempat dihabiskan sebelum Abu Dzar solat sunat duha. Lepas tu Abu Dzar sambung tilawah sampai terqailullah! Tengah-tengah syok qailullah dalam khemah, Abu Dzar dikejutkan oleh hiruk-pikuk pelajar yang bersiap-siap untuk berkawad kaki.

Untuk pengetahuan pembaca, peserta kawad kaki kontinjen Abu Dzar adalah pelajar perempuan. Mereka bersiap dengan seragam kadet polis. Siap dengan bulu ayam kat atas kepala! Tapi pakaian kadet polis yang paling segak Abu Dzar pernah tengok adalah kat profile picture adik Abu Dzar. Memang smart habis la!


Tetiba Abu Dzar dipanggil oleh seorang lagi guru pengiring untuk membantu pelajar perempuan ini bersiap! Tolong siapkan budak-budak ni. Tali pinggang, selempang, semua ni kena pakaikan. Kena lasak sikit la. Pegang je budak-budak ni!

...

Saya tercengang!

Itu ke definisi lasak?

Abu Dzar tak lebih dari memerhati dan mengarahkan apa yang patut mereka buat dan betulkan. Tapi ada la sorang pelajar yang terkial-kial nak buka balik selempang tang terselit kat tali pinggang belakang dia. “Ain, meh sini cikgu tolong” Abu Dzar tarik selempang yang terselit. Itu sahaja. Tapi tetap Abu Dzar rasa sangat tidak selesa sebenarnya. Kata orang, mula-mula memang la takat tolong sikit-sikit je. Bila dah terbiasa, lain pulak jadinya! Astagrfirullah…Abu Dzar khilaf. Sepatutnya Abu Dzar biarkan je pelajar lain tolong.

Taubat

Abu Dzar bukanlah seorang  yang sangat suci dari dosa. Abu Dzar tidak maksum, tidak terlepas dari melakukan dosa. Tapi itu tak bermakna sebagai manusia kita boleh sewenang wenangnya malakukan dosa.

“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”

“Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal.” (AI-Imran: 135-136)

Ini  adalah ciri orang beriman. Bukan tidak pernah melakukan dosa, tapi memohon ampun atas setiap dosa yang dilakukan.

Ikhtilat


Abu Dzar kira hal ini adalah suatu yang sangat kronik bagi masyarakat Malaysia buat masa ini. Perbuatan bertepuk tampar sudah tak kenal batas. Ikut suka je! Abu Dzar juga sangat yakin dan percaya bahawa ini adalah salah satu punca zahir kepada masalah sosial yang berlaku sekarang.

Walaupun semua umat Islam di Malaysia maklum bahawa, lelaki dan wanita yang halal berkahwin tidak boleh bersentuhan antara satu dengan yang lain. Tapi ilmu itu hanya ada dalam ingatan sahaja. Tidak berjaya dimanfaatkan dalam urusan seharian. Kalau jumpa dengan perempuan, mesti terasa nak sentuh. Tak kira la samada cubit, sapu, gosok atau apa saja yang melibatkan perkara yang seumpama dengannya.

Tidakkah kita takut dengan azab Allah di neraka kelak? Atau kita terasa sudah kebal dan “tahan lasak” dengan siksa api neraka?

Read more...

Cincin Tanda

>> Friday, October 07, 2011

Lama jugak tak terupdate blog ni. Post ni dah tertangguh sejak minggu ke dua berkerja lagi. Ini sebenarnya adalah untuk pencerahan bagi yang hairan dengan cincin di jari Abu Dzar.

Cincin Pada Hukum Islam

Menurut Ibn Taimiyah R.A,

“Bagi cincin Perak, adalah dibenarkan menurut sepakat Imam-Imam, kerana sesungguhnya ia sahih datang dari riwayat bahawa Nabi memiliki cincin Perak, dan sesungguhnya para sahabatnya juga memakai cincin. Ini berbeza dengan Emas, yang diharamkan oleh sepakat Imam-Imam yang empat” [Majmu' Fataawa 25/63-65].

Abu Dzar rasa tak de masalah nak faham pasal hukum pakai cincin ni. Mudah je. Lelaki dan perempuan boleh pakai cincin tapi lelaki hanya boleh pakai cincin perak sahaja. Perempuan boleh pakai cincin emas. Hal ini jelas menurut satu hadith yang diriwayatkan oleh Ali bin Abu Talib r.a.

“Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku.”(Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah) Ibnu Majah menambah: “Halal buat orang-orang perempuan”.

Adat Melayu

Jika dilihat pada pandangan adat masyarakat Melayu, orang yang bercincin, paling tidak, dia sudah bertunang. Lebih-lebih lagi bagi orang Melayu lelaki yang masih muda. Kerana agak janggal jika orang lelaki dari masyarakat Melayu bercincin. Cincin adalah suatu tanda yang besar maknanya. Mungkin bagi wanita, cincin boleh dikira sebagai aksesori yang menghias diri. Tapi pada pandangan nilai seorang lelaki tidak begitu. Mesti ada sesuatu ^_^

Mesti anda pernah mendengar istilah cincin merisik, cincin tunang dan juga cincin nikah. Orang Melayu lelaki biasanya akan menghantar sebentuk cincin kepada pihak wanita untuk bertanya samada wanita itu sudah berpunya atau belum. Jika cincin tersebut diterima, maka pihak lelaki akan berbincang kepada soal pertunangan. Dan pasti, pada ketika ini, satu cincin lagi akan diberikan kepada pihak wanita. Cincin tunang.

Cuma sejak beberapa waktu kebelakangan ini, cincin merisik dan cincin tunang dihantar bersama-sama pada satu majlis. Maklum la, orang sekarang nak cepat je. Sebab tu dua majlis yang awal ini disekalikan. Tambahan pula, kebanyakan pasangan yang bercadang untuk berumahtangga tersebut sudah pun saling mengenali. Maka sudah pasti mereka tahu akan status masing-masing.

Oleh itu, masyarakat Melayu maklum bahawa bercincin bermakna sudah berpunya!

Usaha Menjaga Iman

Dulu Abu Dzar rajin berforum dalam web iluvislam.com. Dan pernah terbaca satu post di forum iluvislam pasal isu couple. Forum punya forum, ada yang memberitahu bahawa kakaknya terpaksa bercincin kerana untuk mengelakkan dari diganggu. Sebab cincin tu buat tanda kononnya dia sudah berpunya.

Perbuatan tersebut sangat mengkagumkan Abu Dzar! Memang satu tindakan yang bijak.

Lantaran itu, Abu Dzar mengambil tindakan yang sama sebelum keluar ke tengah masyarakat. Beli cincin sendiri dan pakai sendiri.  Pertama kali adalah ketika hendak melangkah sebagai guru praktikal. Kali kedua adalah semasa tamat belajar di universiti.

Memang menakjubkan. Ramai yang bertanya pasal status dan mereka menjaga batas pergaulan. Satu perkara yang agak lucu adalah apabila ada yang bertanya tentang status Abu Dzar dan Abu Dzar jawab sambil berseloroh, dulu Abu Dzar jawab “status saya adalah guru praktikal” ahaks! Sekarang ni saya jawab “saya guru ganti” yayy!

Read more...

Nilai Tambah Seorang Muslim

>> Saturday, September 17, 2011


Dalam mengharungi hidup yang serba mencabar, pasti kita perlu sentiasa bersaing untuk mendapatkan tempat atau apa juga jenis kejayaan yang kita inginkan. Baik dari segi pencapaian akademik, kerja ataupun kehidupan berumahtangga.

Namun apa yang membimbangkan Abu Dzar adalah citra seorang Muslim menjadi luntur impak menuruti aliran arus modenisasi. Baik dari segi akhlak, cara berpakaian hingga kepada pergaulan kita dengan orang lain. Belum lagi sentuh bab ibadah atau keterikatan hati kita kepada Allah azzawajala.

Adakah kita benar-benar sudah meletakkan ciri-ciri Muslim dalam diri kita? Sudahkan kita telah benar-benar beriltizam untuk menjadikan insan yang bernama Muhammad bin Abdullah itu sebagai idola sepanjang hayat seperti firman Allah dalam surah al-Ahzab pada ayat ke-21 yang saya yakin ramai dah hafal!

Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah

Krisis Iman

Mungkin keyakinan kita kepada Allah masih tidak setanding dengan keyakinan para sahabat. Kita pada hari ini masih ragu untuk tampil kemas di padang bola dengan seluar panjang. Kita rasa bersalah untuk masuk lambat ke pejabat kerana menunaikan solat Zohor secara berjemaah. Kita juga mungkin rasa segan untuk meluangkan waktu rehat kita dengan membaca Quran. Atau mungkin lebih teruk, ada yang mempertikaikan hukum dan ketetapan Allah untuk bersembahyang, menutup aurat atau mengeluarkan zakat!

Suka untuk Abu Dzar mengingatkan semua pembaca blog ini bahawa kedudukan kita adalah sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini. Tak kira siapa, baik Tan Sri, Dato’ Seri, Datin Seri, Datin Paduka, Dato’ Seri Panglima atau apa lah juga anugerah yang telah diterima, kita tidak lebih hanya sebagai hamba Allah.

Untuk itu, mari kita sama-sama bermuhasabah, setakat mana keimanan kita kepada Allah.

Mungkin ada yang sanggup berseluar pendek hanya kerana ingin mewakili pasukan universiti dalam pertandingan sepak takraw. Ada yang sanggup bersentuhan antara lelaki dan wanita kerana ingin bergelar pekerja yang sporting dan tak kurang juga yang hanya membiarkan anak gadis mereka keluar rumah dengan rambut yang panjang mengurai.

Tidakkah kita tahu batas-batas yang telah Allah tetapkan?

Mengapa kita terlalu mengejar dunia hingga mengenepikan ketatapan yang telah Allah buat sebagai tanda sayang-Nya terhadap kita?

Kuat & Amanah



Nabi Musa pernah mencontohkan kepada kita bahawa nilai-nilai yang baik perlu sentiasa diutamakan. Ketika Musa dalam perjalanan keluar dari Mesir kerana mendapat berita akan dibunuh oleh pembesar negeri Mesir (yang pada ketika itu diperintah oleh Firaun), Musa sempat berteduh di Madyan dan melihat sekumpulan manusia memberi minum kepada ternakan dan dua orang perempuan terkontang-kanting menjaga ternakan mereka. Dengan prihatin sekali Musa menyapa dan bertanya akan prihal kelakuan mereka tersebut. Ternyata mereka sedang menunggu giliran untuk memberi minum kepada ternakan. Lantas Musa membantu dua orang perempuan tersebut memberi minum kepada ternakan mereka.

Natijah perbuatan Musa, salah seorang dari perempuan tadi mencadangkan kepada bapa mereka (Nabi Syu’aib) agar Musa diambil sebagai bekerja dengan mereka.

Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: “Wahai bapaku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya". (al-Qasas: 26)

Nah sekarang jelas bahawa sifat yang perlu dipupuk dalam diri yang dapat menjadi nilai tambah kepada sorang Muslim adalah kuat dan amanah. Bukan semata-mata diandalkan kepada kekuatan atau skill tanpa sifat amanah. Dan bukan juga hanya membawa sifat amanah tanpa disertai kekuatan. Kedua-dua elemen ini sangat penting untuk dibawa dalam kehidupan harian kita.

Jadi, mari kita muhasabah diri dan iman kita. Bukan gelaran pekerja sporting atau tubuh yang cantik menjadi elemen utama. Tapi pupuklah sifat kuat dan amanah dalam diri, dengan izin Allah, kita akan tergolong dalam golongan yang bahagia.

Dan jangan lupa letakkan sifat kuat dan amanah dalam resume kalau nak memohon kerja nanti, itu adalah nilai tambah yang sangat penting kepada majikan anda

...
Setelah menamatkan pengajian, kini Abu Dzar memasuki alam pekerjaan. Sebab tu artikel kali ini lebih menjurus kepada alam pekerjaan. Abu Dzar juga mohon jasa baik pembaca blog untuk mendoakan Abu Dzar istiqamah dalam berdakwah kepada masyarakat.

Read more...

Promosi: Majalah Sinergi Edisi Ke-6

>> Wednesday, September 14, 2011

“SIRNAKAN KELAM, SINARKAN CAHAYA” Tema Majalah SINERGI Edisi Ke-6 kali ini bakal memberikan para pembaca impak maksima yang positif ke arah perubahan diri, keluarga, masyarakat, negara dan seluruh umat Islam umumnya!!!

Pastikan anda dan keluarga anda tidak terlepas mendapatkan Majalah Islamik yang bakal mentarbiyyah diri dan keluarga anda dengan izin Allah Al-Hadid. Berinfakkan RM3.00 sahaja sudah mampu mendapatkan ilmu  Hubungi pengedar berdekatan dengan anda atau terus hubungi kami untuk mendapatkannya!!!

Tahniah juga kami ucapkan kepada karya-karya yang terpilih bagi dimuatkan di dalam Majalah SINERGI edisi kali ini. Terus menyumbang ilmu anda untuk kebaikan diri dan seluruh pembaca SINERGI yang makin meningkat tinggi. Alhamdulillah.


bagi yang tak tau lagi cara nak dapatkan majalah ni macam mana sebab tak de jual kat kedai yang korang biasa pegi, boleh click link ni dan pengedar sinergi akan usahakan untuk hantar kepada anda!

selamat membaca!

Read more...

Ibadah Adalah Kata Kerja

>> Thursday, September 01, 2011

Ibadah adalah kata kerja. Lebih tepat lagi adalah, kata kerja tak transitif. Kata kerja jenis ini tak memerlukan penyambut (objek) tapi memerlukan keterangan. Cuba baca contoh ini untuk lebh faham:

Umar beribadah dalam bulam Ramadhan

Umar = Subjek
Beribadah = kata kerja tak transitif
Dalam bulan Ramadhan = keterangan

Bagi yang masih ingat, satu ciri khas kata kerja tak transitif adalah, sesuatu ayat masih dikira ayat yang lengkap jika hanya ada subjek dan juga kata kerja tak transitif. Tidak perlu keterangan! Maka, ayat ini juga dikira lengkap;

Umar beribadah dalam bulan Ramadhan

Hmm...

Bagi yang tak berapa faham dengan aspek liguistik atau tatabahasa, boleh la cari cikgu Bahasa Melayu yang berdekatan.

Artikel kali ini bukan nak menggarap persoalan tatabahasa. Cuma nak bagi tahu bahawa ibadah bukan hanya khusus dalam bulan Ramadhan sahaja. Ibadah adalah perbuatan yang perlu dilakukan secara berterusan.

Mari kita lihat pecahan ibadah yang telah kita buat sepanjang bulan Ramadhan.

Solat sunat
•    Duha
•    Tahajud
•    Hajat
•    Taubat
•    Tarawih (yang ini khas untuk Ramadhan sahaja)
Sedekah
•    Duit
•    Juadah berbuka
•    Moreh
Baca Quran
Zikir
Iktikaf


Semua item tersebut adalah ibadah yang boleh dilakukan sepanjang tahun. Kecuali solat sunat Tarawih, bagi yang teringin sangat nak solat Tarawih lagi, berdoala supaya Allah masih memberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun akan datang.

Ramai yang menyatakan bahawa Ramadhan adalah bulan untuk beribadah hingga ada yang menggelarkan bahawa Ramadhan adalah “Bulan Pesta Ibadah”. Ya, memang betul Ramadhan adalah bulan untuk kita beribadah. Tapi jangan silap, habis Ramadhan bukan bererti habis ibadah. Ibadah perlu berterusan.

Atau mungkin idea “Ramadhan adalah bulan ibadah” yang selama ini kita gunakan perlu diubah suai sedikit. Mungkin boleh digunakan “Ramadhan adalah bulan untuk meningkatkan ibadah”. Mudah-mudahan setelah tamat Ramadhan, ibadah tidak merosot.

Ini penting kerana kita adalah hamba Allah yang menyembah Allah, bukan hamba Ramadhan yang hanya beribadah pada bulan Ramadhan.

Sedar tak sedar, ini dah post ke-100. Terima kasih buat semua yang tak jemu membaca dan meninggalkan comment. Mudah-mudahan kita semua sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah. Abu Dzar berblog untuk mencari redha Allah. Cetusan pendapat, titipan ikhlas, insan kerdil di celah umat...sangat suka tag line ini =]

Read more...

Iktibar Ain Jalut

>> Wednesday, August 24, 2011

Islam mengajarkan agar umatnya menjadi insan yang cemerlang. Jelas tertulis di dalam al-Quran tentang ciri-ciri orang yang berjaya dalam surah al-Mu’minun bermula ayat pertama hingga ayat ke 11. Lebih dari itu, Allah jelas mengangkat martabat orang berilmu di akhir ayat ke-11 surah al-Mujadilah;

Wahai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Salah satu cabang atau kayu ukur yang digunakan oleh masyarakat Malaysia pada ketika ini adalah prestasi ketika menduduki peperiksaan awan seperti UPSR, PMR, SPM atau STPM. Kalau banayk A yang diperoleh, maka dia akan dikatakan pelajar yang berilmu. Jadi amat penting bagi semua untuk cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki!

Kali ini Abu Dzar nak berkongsi iktibar dari kisah kejayaan Qutuz dalam percaturan menentang Tentera Tatar. Bukan mudah sebenarnya keputusan yang diambil oleh Qutuz dalam tindakan beraninya untuk menentang Tentera Tatar. Pada ketika itu, tidak pernah ada sebuah kerajaan pun di atas muka bumi ini yang berjaya mengalahkan gerombolan tentera ini. Jadi mari kita ambil iktibar sebagai panduan untuk kita turut sama cemerlang dalam hidup dan juga akhirat.

Abu Dzar tidak dapat menceritakan secara detail apa yang terjadi, hanya beberapa peristiwa yang menarik untuk dijadikan panduan untuk manfaat bersama.

Tips Cemerlang dari Qutuz di Ain Jalut

Kerjasama

Pergolakan politik di Mesir sangat dahsyat. Seramai 10 orang pemerintah Mesir telah dibunuh dan 12 orang digulingkan dari kerajaan. Ketika Qutuz menaiki takhta Mesir, perselisihan di antara Mamalik Bahriah (penyokong kerajaan lama) dan Mamalik Muizziah (kerajaan baru yang diperintah oleh Qutuz) sangat rumit. Namun apabila Qutuz memikirkan masalah umat, dia berkata

“Apa yang aku inginkan dari jawatan ini hanyalah agar kita bersatu untuk melawan Tatar. Urusan itu tidak mampu diselesaikan tanpa Raja. Apabila kita berjaya keluar dari masalah ini dan mengalahkan Tatar, urusan ini terletak di tangan kamu semua. Pilihlah sesiapa yang kamu kehendaki untuk menjadi pemerintah.”

Dengan kata-kata Qutuz tersebut, orang-orang Mesir jadi tersedar akan bahaya yang bakal menimpa lebih teruk kesannya berbanding masalah politik dalaman Mesir. Mereka kembali bersatu untuk membela izzah (kemuliaan) agama Islam.

Begitu juga dalam keadaan kita pada hari ini. Jika kita ingin berjaya, pastikan kita tidak ada apa juga bentuk persengketaan antara kawan-kawan. Hubungan yang baik perlu dikekalkan untuk memastikan suasana sekolah sentiasa harmoni. Selain itu, hubungan baik antara guru dan pelajar juga perlu sentiasa berada pada keadaan yang baik. Jangan berlaku kisah pelajar melawan nasihat guru atau guru menandang pelajar.

Sentiasa Berbincang


Ketika Qutuz mengeluarkan idea untuk berperang di Ain Jalut, ramai yang terkejut. Mereka menyangka mereka akan bertahan di Mesir. Namun mendengar alasan Qutuz memilih Ain Jalut, pembesar Mesir jadi kagum dengan cara berfikir Qutuz. Alasan Qutuz adalah seandainya jika mereka tewas di Ain Jalut, mereka masih ada masa untuk merancang serangan kedua. Dan mereka masih berpeluang untuk menyelamatkan Mesir. Tambahan pula, bentuk muka bumi Ain Jalut sangat strategik dan dapat memberikan kelebihan buat tentera Mesir.

Qutuz sentiasa memberikan ruang kepada pembesar-pembesarnya untuk menyuarakan pendapat. Tapi hanya yang terbaik akan diambil bagi memastkan kemanangan tentera Islam.

Untuk cemerlang dalam akademik juga begitu, kita perlu sentiasa berbincang dengan kawan-kawan yang lain. Mana tahan dok mengadap buku tu sehari suntuk, kadang-kadang kita perlu lakukan output learning bagi memastikan kita tidak bosan. Cuba buat soal jawab dengan kawan-kawan. Mungkn ini dapat membantu.

Pandai Merangka Strategi

Selain strategi Qutuz yang berperang di Ain Jalut, Qutuz juga dikatakan mengetahui kekuatan tentera Tatar sebenarnya bergantung kepada tentera berkuda.. Tentera berkuda adalah kunci kekuatan Tatar! Lantas Qutuz turut menguatkan tentera berkuda Mesir sebagai aset penting umat Islam. Qutus juga menggunakan maklumat yang diperoleh dengan bijaksana. Seorang Muslim tawanan tentera Tatar datang dan memberi khabar bahawa bahagian kanan Tentera Tatar lebih kuat berbanding bahagian kiri. Lantas Qutuz mangambil keputusan untuk meletakkan lebih kekuatan dan tentera yang lebih cekap dibahagian tersebut.

Dalam belajar, mari kita tengok siapa yang pandai dalam kelas. Jadikan dia sebagai panduan. Kalau dia belajar selama 2 jam pada waktu malam, maka kita jangan kalah dengan pelajar tersebut. Kita juga perlu 2 jam yang setanding kualitinya. Ini penting jika kita tidak mampu mengatasai pencapaian kawan kita tersebut, maka sekurang-kurangnya kita setanding!



Namun disebalik tips yang dikongsikan ini. Sebenarnya kita perlu tahu bahawa kayu ukur cemerlang bukan setakat dalam peperiksaan awam sahaja. Mari kita lihat jauh dari itu. Cemerlang adalah apabila kita berjaya jadi manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.

Oleh itu, cemerlang yang melibatkan kognitif bukanlah kecemerlangan yang mutlak di atas muka bumi ini. Banyak lagi skill atau kemahiran yang boleh dipelajari untuk menjadikan kita satu personaliti yang well-rounded, juga dikenali sebagai kecemerlangan yang holistik.

Read more...

Pancit Beribadah

>> Monday, August 15, 2011

Bulan baru mengambang penuh, menandakan Ramadhan baru sampai di pertengahannya. Tapi jemaah solat tarawih di surau sudah lama berkurang. Kalau di tempat Abu Dzar tinggal, hanya berbaki  satu atau dua saf sahaja. Jadi Abu Dzar ambil keputusan untuk balik kampung di Kota Bharu, Kelantan bagi mengekalkan momentum ibadah.

Ternyata, ini adalah langkah yang agak baik.

Masih ramai yang istiqamah berkunjung ke surau di kampung. Walaupun mak saudara Abu Dzar kata “Mula-mula puasa lagi ramai”. Tapi tetap saja jumlahnya buat masa ini sangat membanggakan. Abu Dzar dengan sendirinya termotivasi untuk beribadah. Baik dari solat fardhu, solat sunat, tilawah, infaq atau apa juga yang namanya ibadah atau kebaikan.

Fenomena Pancit Beribadah

Kalau dalam permainan bola sepak, pemain yang kurang stamina akan “cepat pancit”. Tayar kereta yang tak de angin adalah tayar yang pancit. Tayar macam ni dah tak boleh nak guna lagi. Kena tukar dengan tayar lain atau isi angin balik semula.

Muslim yang pancit beribadah pula adalah orang Islam yang kurang stamina untuk beribadah. Belum pun sampai separuh masa pertama bulam Ramadhan, dah letih untuk ke surau. Baru beberapa hari dah tak larat nak tilawah Quran.

Berbalik kepada pemain bola sepak yang kurang stamina tadi, jurulatih akan suruh buat latihan sikit-sikit sampailah pemain tersebut betul-betul layak untuk berada dalam senarai kesebelasan utama. Baru la puas hati buat latihan. Dapat main dari awal game sampai habis masa.


Begitu juga dalam nak beribadah. Kita perlukan latihan yang konsisten dan bertahap. Kalau tak biasa solat fardhu berjemaah, mula dengan solat Maghrib berjemaah kat surau. Bila dah lama, panjangkan masa untuk solat Isyak berjemaah. Tambah sikit-sikit.

Sebab tu sebelum masuk Ramadhan, Nabi s.a.w ajnurkan kita untuk puasa sunat dalam bulan Rejab dan juga Sya’ban. Latihan untuk orang Islam berpuasa sebulan penuh pada bulan Ramadhan!

Allah Tak Jemu

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah masuk ke dalam masjid. Beliau melihat ada tali yang terikat antara dua tiang masjid, kemudian baginda bertanya,


"Untuk apa tali ini?" Maka sahabat menjawab, "Ini adalah tali Zainab r.a. Bila dia letih dan mengantuk, maka dia akan bergantung kepadanya. Rasulullah saw. bersabda, "Bukalah tali ini. Hendaklah seseorang solat dalam keadaan bersemangat saja, dan bila dia letih hendaklah dia tidur." (H.R. Bukhari dan Muslim)


Lagi satu hadith yang menarik untuk dikongsikan adalah;


Daripada Aisyah r.ha., Nabi s.a.w. bersabda: "Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Kedua-dua hadith di atas jelas menceritakan kepada kita bahawa kita yang perlu bijak mengatur strategi untuk beribadah. Abu Dzar tidak mengatakan bahawa Zainab tidak bijak. Kesungguhannya untuk beribadah perlu dipuji dan dicontohi. Cuma ini adalah peristiwa yang boleh dijadikan sandaran iktibar.

Warm-up Semula

Bagi yang dah pancit, masih ada waktu lagi untuk kita warm-up balik semula. Walaupun Ramadhan dah bermula, tapi waktu permainan belum lagi tamat. Final game adalah pada 10 Ramadhan terakhir!

Jadi mari kita sama-sama warm-up balik. Dapatkan kembali momentum untuk beribadah. Mudah-mudahan kita akan beraksi dengan cemerlang pada 10 Ramadhan terakhir. Bukan cemerlang pada pandangan mata manusia. Tapi cemerlang pada pandangan Allah.

Tips Meningkatkan Stamina Beribadah


  • Ikhlaskan niat
Seperti biasa, ini adalah tips yang pertama dan paling penting. Niat kita perlu sentiasa ikhlas untuk mencari redha Allah. Sebab memang Allah cipta manusia adalah untuk beribadah.

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku. (Az-Zariyat: 56)

  • Mula dengan nilai yang sedikit
Kalau yang tak biasa tilawah quran, jangan dok pulun baca quran sehari 3 juzu. Kalau seminggu dapat 1 juzu pun dah cukup baik. Minggu depan tambah lagi. 3 juzu pulak dalam masa seminggu. Dalam tak sedar, kita dah terbiasa baca Quran sehari satu juzu = seminggu 7 juzu.

Hal yang sama juga dengan solat tarawih. Mula-mula buat 8 rakaat je, pastu gi belasah kuih moreh kat belakang masjid. 2 hari lagi tambah la 4 rakaat lagi. Dah jadi 12 rakaat. Begitu lah seterusnya, tambah sikit-sikit sampai cukup 20 rakaat tarawih dengan imam.

  • Cari suasana yang kondusif
Biah (persekitaran) yang soleh dapat membantu kita meningkatkan amalan harian. Kalau kita berkawan dengan orang-orang yang baik, kita tak rasa segan nak pegi surau sekejap untuk solat duha. Dan tak jadi sesuatu yang pelik kalau waktu rehat kita isi dengan tilawah quran.

Cuba bayangkan kalau kawan kita adalah orang yang suka genre muzik yang hardcore punk, tak ke tekejut member tu tetiba kita pegang tasbih!

Sebab tu la kena dapatkan suasana yang kondusif untuk beribadah. Kalau tak de, anda adalah orang yang perlu mewujudkan suasana tersebut. Kemudian ajak kawan-kawan yang lain. InsyaAllah Allah akan hantar ramai kawak-kawan yang baik kepada kita. Macam Kak Wardina Saffiyah cakap dalam Ini Kisahku. Untuk yang belum pernah tengok, boleh check kat youtube. Statement tu pada minit yang ke 16 sampai minit yang ke 17 (masa ni tak tepat ye, harap maklum)

  • Jangan berkompromi dengan rasa letih
Ramadhan ni dah tinggal berapa hari je lagi. Takkan nak bagi alasan letih tak leh nak solat tahajud. Tak teruja ke dengar hadith bahawa Allah gandakan amalan kita sebanyak 1000 kali ganda?

Lagi satu nak bagi tau, Tentera Qutuz lawan Tentera Monggol dalam Perang Ain Jalut pada 25 Ramadhan. Boleh je menang. Perang kot! Bukan buat assignment, bukan lawan rugbi, bukan mengecat rumah...P.E.R.A.N.G!

Akhir sekali, Abu Dzar nak ingatkan supaya kita sentiasa tingkatkan kualiti amal sejajar dengan kualtiti!

Read more...

Jom Bangun Sahur!

>> Saturday, August 06, 2011

Rasanya masih belun terlambat untuk Abu Dzar mengucapkan "Ramadhan Kareem" & kepada pembaca blog MeNtadakaKiDaL. Semoga Ramadhan kali ini adalah yang paling banyak amal yang kita buat.

Apabila kita berbicara tentang puasa, kita seolah-olah tak terlepas dari membicarakan masalah lain yang didatangkan secara pekej bersama dengan puasa. Contoh perkara lain adalah, perkara yang membatalkan puasa, sahur, zakat fitrah, tarawikh dan apa juga yang anda fikirkan.

Namun begitu, antara banyak perkara yang tercatat, mari kita lihat sedikit tentang amalan bersahur. Secara ringkas, sahur adalah makan sebelum waktu Subuh untuk berpuasa. Kalau ada yang tak puasa, tu maksudnya dia sarapan awal...bukan sahur!

Rasulullah saw menganjurkan umat Islam untuk bersahur bagi membezakan ibadah puasa orang Islam dengan ahli Kitab.

Perbeza antara puasa kita dengan puasa ahli kitab adalah makan sahur” (HR Muslim)

Jadi takkan kita nak sama dengan ahli kitab pulak, sebab tu la Muslim dianjurkan untuk bersahur.

Lagi pun dalam bersahur ni banyak barakah...macam yang Nabi saw bagi tau;

Sesungguhnya makan sahur adalah barakah yang Allah berikan kepada kalian, maka janganlah kalian tinggalkan (HR Nasaei & Ahmad)

Sahur bukan la payah sangat, cukup sekadar tamar;

Sebaik-baik sahur seorang mukmin adalah tamar (HR Abu Daud, Ibn Hibban & Baihaqi)

Tips Untuk Mudah Bersahur:

1.    Ikhlaskan niat

Ini adalah perkara yang pertama dan perlu diulang-ulang walaupun sampai termuntah bila baca. Niat kena sentiasa lurus untuk mencari redha Allah.

2.    Masak siap-siap

Bila bangun nanti tak payah la memeriahkan diri di dapur dengan blender, senduk dan kuali untuk memasak. Tinggal panaskan je apa yang dah siap. Hmm...mesti ada yang tanya, tadi suruh makan tamar je...hehe ni jawapan awal “Sesiapa yang ingin berpuasa, bersahurlah dengan sesuatu” (HR Ahmad). Makan la apa pun, tapi yang terbaik tetap saja tamar.

3.    Jangan makan banyak sebelum tidur

Kalau lepas terawih tu cukup la dengan moreh yang ada kat masjid/surau. Tak payah la nak ke kedai mamak cari roti nan dengan teh tarik pulak. Dikhuatiri susah untuk bangun bersahur dan juga solat subuh. Nanti sedar-sedar je dah 7.30am!

4.    Sedaikan tamar dengan air kat sebelah katil


Kalau dah tak larat sangat nak bukak mata gi jalan ke dapur, sediakan tamar dengan air sebelum tidur. Bila dengar je jam berbunyi, tangan hanya perlu merayap matikan jam dan cari tamar + minum air. Tak payah bukak mata pun!

5.    Takkan tak nak solat tahajud

Bagi yang jarang-jarang berkesempatan untuk tahajud, mari kita jadikan Ramadhan kali ini sebagai platform untuk memupuk kebiasaan ini dalam hidup. Bangun la solat tahajud...pastu gi makan sahur.

Sahur adalah syiar puasa

Memetik kata-kata Al-Hafidz Ibnu Hajar (Fathul Bari), "sahur adalah syiar puasa seorang Muslim, pemisah antara puasa kita dengan puasa akhli kitab".

Tapi satu fenomena puasa yang terjadi semasa Abu dzar belajar dulu sedikit aneh. Ramai yang bangun untuk bersahur...memang riuh kawasan kolej. Ada yang siap main gitar lagi sambil kejut orang lain bangun berahur. Tapi sayang seribu kali sayang, bila nak dekat waktu Subuh, keadaan kolej kembali tenang. 7.30 pagi baru ada nampak pergerakan manusia untuk tunggu bas ke dewan kuliah & perpustakaan.

Diorang tu solat subuh kat mana??

Sahur tu syiar bagi yang berpuasa, solat tu fardhu bagi setiap Muslim!

Read more...

blog "himpunan SMS bermanfaat" kini di facebook

Abu Dzar tak pasti samada pembaca MeNtaDakaKiDaL masih ingat atau pun tidak. Pada tanggal 28 September 2010, Abu Dzar ada tulis post pasal pengunguman blog Abu Dzar yang baru; himpunan SMS bermanfaat.






Jadi kali ini, Abu Dzar dengan besar hatinya Abu Dzar menjemput pembaca semua untuk menziarahi fan page himpunan SMS bermanfaat. Memandangkan kemudahan facebook dapat menjangkau lebih ramai pembaca, sebab tu la Abu Dzar menggunakan sarana facebook untuk menyebarluaskan lagi hasil koleksi himpunan sms yang sedia ada dan juga yang bakal dikumpulkan. Dengan cara ini, Abu Dzar berharap agar dapat menambah lagi koleksi SMS dari kiriman pengguna facebook.





Kalau ada yang bertanya akan hajat Abu Dzar untuk buat fan page MeNtaDakaKiDaL...jawapannya adalah, setakat ni belum lagi! Dan mungkin juga tidak akan.

Read more...

Potong Kuku

>> Saturday, July 30, 2011

“Alamak lupa pulak nak potong kuku semalam” (Sambil menepuk dahi)

“Gi la potong sekarang, nanti lupa lagi!”

“Mana boleh, hari ni dah hari Sabtu kot”

“Apa masalah pulak kalau dah hari Sabtu?”

“Kalau nak potong kuku, sunatnya sebelum solat Jumaat. Ni dah hari Sabtu.”

“Err..Jumaat depan baru kau nak potong kuku la ni?”

“Ha ah, baru la dapat pahala”

“Cam tu pulak? Bukan ke kalau kita jaga kebersihan diri tu pun boleh dapat pahala sebab kebersihan tu sebahagian dari iman”

“Point yang bagus, tapi macam aku cakap kat kau tadi, kita kan disunatkan untuk potong kuku sebelum solat Jumaat. Lagi pun tak kan kau tak tau hadith yang Rasulullah biasa potong kuku dan gunting misai sebelum solat?”

Mungkin ada yang bengang kalau jumpa orang yang macam ni. Hadith yang potong kuku sebelum solat Jumaat tu memang la ada, tapi jangan lupa bahawa, hadith menjaga kebersihan tu pun ada gak. Boleh rujuk kitab Hadith Arbain Imam Nawawi, hadith yang ke 23.

Dari Abu Malik Al Haritsy bin ‘Ashim Al ‘Asy’ary RA, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda : kebersihan adalah sebahagian dari iman, Alhamdulillah dapat memenuhi timbangan, Subhanallah dan Alhamdulillah dapat memenuhi antara langit dan bumi, Solat adalah cahaya, shadaqah adalah bukti, Al Quran dapat menjadi saksi yang meringankanmu atau yang memberatkanmu. Semua manusia berangkat menjual dirinya), ada yang membebaskan dirinya (dari kehinaan dan azab) ada juga yang menghancurkan dirinya. (Riwayat Muslim)

Satu lagi nak bagi tau, Allah suka orang yang bersih;

Janganlah kamu bersembahyang dalam mesjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya mesjid yang didirikan atas dasar takwa (mesjid Quba), sejak hari pertama adalah lebih patut kamu bersembahyang di dalamnya. Di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih. (at-Taubah:108)

Maka, nasihat untuk kali ini adalah, jangan jumud dalam memahami hadith dan mari kita menjaga kebersihan diri masing-masing.

Read more...

Menyambut Ramadhan

>> Wednesday, July 27, 2011

Allah s.w.t membentangkan rahmatNya kepada para hambaNya menurut peredaran masa. Dia memperingatkan kita ketika lupa, menyedarkan kita ketika lalai dan menguatkan motivasi kita ketika kelesuan. Setiap tahun, Dia memberi peluang untuk kita menambahkan kebaikan dan mengurangkan kejahatan. Berbahagialah sesiapa yang merebutnya.

Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila malam pertama Ramadhan menjelang, syaitan dan para pelampau jin dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup dan tiada satupun yang dibuka, pintu-pintu syurga pula dibuka dan tiada satupun yang ditutup. Si tukang seru menyeru: Wahai pencari kebaikan! Ayuh maju. Wahai pencari kejahatan! Ayuh berhenti”. [Diriwayatkan oleh at-Tirmizi]

Malang pula bagi mereka yang gagal.

Sabda Baginda s.a.w: “Ramadhan telah tiba kepada kamu. Ia bulan berkat yang dilimpahkan oleh Allah untuk kamu. Di dalamnya, Dia menurunkan rahmat, menghapuskan kesalahan, memaqabulkan doa, menonton persaingan kamu dalam kebaikan dan berbangga dengan kamu di hadapan para malaikatNya. Lantaran itu, tunjukkanlah kepada Allah kebaikan diri kamu. Orang yang malang ialah sesiapa yang tidak memperolehi rahmat Allah ‘Azza wa Jall” [Diriwayatkan oleh at-Tobroni]

Tips untuk Ramadhan yang bermakna dan diredhai:

1. Uruskan masa:

Umar al-Khattab: Puasa bukannya sekadar menahan makan dan minum, bahkan daripada dusta, perkara batil dan lagha (sia-sia) [Ibnu Abi Syaibah]

•    Gariskan objektif yang ingin dicapai daripada Ramadhan.
•    Susun jadual harian dan mingguan dengan memperuntukkan waktu khusus bagi amalan rohani dan kebajikan.
•    Elakkan perkara sia-sia dan membuang masa.
•    Kawal kegiatan menonton tv dan bersembang. Sediakan alternatif seperti vcd berfaedah, filem dokumentari, kuiz, aktiviti berkumpulan untuk mengisi masa anak-anak.
•    Jaga waktu agar tidak banyak dihabiskan dengan tidur, memasak mahupun membeli belah.
•    Manfaatkan waktu di mana sahaja (mendengar kaset al-Quran, zikir dan lain-lain)
•    Siapkan keperluan Hari Raya dan lain-lain sejak awal supaya I’tikaf pada 10 akhir Ramadhan tidak terganggu.

2. Kawal perbelanjaan:

Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah pada setiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan sembahyang), dan makan dan minumlah, dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. [al-A’raf: 31]

•    Kurangkan aneka ragam dan kuantiti juadah berbuka.
•    Elakkan pembelian juadah yang mahal.
•    Elakkan pembaziran.
•    Bentuk kesepakatan suami isteri berkenaan belanjawan Ramadhan dan Hari Raya (makan minum, jemputan tetamu, pakaian, hadiah dan ziarah)

3. Tingkatkan rohani dan amal:


Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang mendekatkan diri kepada Allah dengan satu kebaikan semasa Ramadhan, sama seperti seorang menunaikan satu fardhu pada bulan yang lain. Sesiapa yang menunaikan satu amalan fardhu dalam bulan ini, sama seperti seorang menunaikan 70 fardhu pada bulan yang lain”. [Ibnu Khuzaimah]

•    Ulangkaji fadhilat Ramadhan bersama keluarga.
•    Lakukan perubahan dalam susunan dan perhiasan rumah untuk menyemai rasa gembira menyambut Ramadhan di jiwa anak-anak.
•    Wujudkan suasana baru sebagai implikasi kepada puasa, solat dan tilawah al-Quran.
•    Susun agar seboleh-bolehnya solat fardhu berjemaah di masjid dan takbir pertama bersama imam.
•    Rangsang dan galakan anak-anak untuk berpuasa, tilawah al-Quran dan solat di masjid mengikut kesesuaian umur.
•    Komitmen dan konsisten dengan sahur dan qiamullail sebelum fajar. Zaid bin Thabit berkata: Kami bersahur bersama Nabi s.a.w, kemudian Baginda bangkit bersembahyang. Zaid ditanya: Berapa lama antara sahur dan azan (subuh)? Beliau menjawab: Kadar bacaan 50 ayat (al-Quran). [Diriwayatkan oleh al-Bukhari]
•    Berhimpun sesama keluarga untuk bertadarus al-Quran dan halaqah ilmu.
•    I’tikaf pada 10 akhir Ramadhan. Jika tidak berupaya untuk I’tikaf penuh, setidak-tidaknya untuk tempoh malamnya.
•    Banyakkan sedekah terutama secara tersembunyi. Latih juga anak-anak untuk berjimat dan menderma.
•    Banyakkan istighfar dan taubat.
•    Banyakkan doa khususnya semasa berpuasa dan ketika berbuka. “Seorang yang berpuasa memiliki doa yang tidak ditolak ketika berbuka” (Ibnu Majah)
•    Jaga solat nawafil khususnya dhuha dan rawatib.

4. Baiki keperibadian diri:

Rasulullah s.a.w: “…Puasa adalah pendinding. Pada hari seseorang kamu berpuasa, jangan dia bercakap keji dan meninggikan suara. Jika seseorang memaki atau bergaduh dengannya, katakan: Aku berpuasa…” [al-Bukhari]

•    Hayati tuntutan ibadat yang sebenar (khusyuk semasa solat, puasa anggota daripada yang haram, tadabbur al-Quran dll)
•    Semai akhlak mulia daripada amalan-amalan Ramadhan (amanah, sabar, pemaaf, menjaga lidah, syukur nikmat, prihatin, pemurah dll).
•    Lakukan mujahadah an-nafs (melakukan qiamullail, menahan marah, menjaga pandangan dll).
•    Peruntukkan waktu untuk menambahkan pengetahuan melalui pembacaan, hafalan dsb. (waktu yang digunakan sebelumnya untuk sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang boleh dimanfaatkan)
•    Latih diri dengan kehidupan yang sistematik (bangun sebelum fajar, makan yang berjadual dll)
•    Tingkatkan mutu kesihatan dan kecergasan melalui puasa (kawal kuantiti dan gizi makanan)

5. Eratkan hubungan:

Rasulullah s.a.w: “Adakah aku beritahu kamu perkara yang lebih afdhal daripada darjat puasa, solat dan sedekah?” Mereka menjawab: Ya, wahai Rasulullah. Baginda bersabda: “Memperbaiki hubungan sesama (kamu). Kerosakan hubungan merupakan pembinasa (agama)”. [Ahmad, Abu Daud & at-Tirmizi]

•    Suburkan kasih sayang suami isteri dan selesaikan sebarang ketidaksefahaman.
•    Banyakkan aktiviti bersama keluarga (qiamullail, sahur, tadarus al-Quran, menyiapkan juadah, berbuka, terawih dll)
•    Hantar ucapan puasa dan raya demi mengeratkan silaturrahim.
•    Hadiahkan juadah berbuka kepada jiran bagi menjalin hubungan.
•    Adakan majlis berbuka untuk sanak saudara, jiran tetangga, teman sekerja, rakan masjid dll. dalam suasana iman dan mesra.
•    Peringati umat Islam dalam doa. Pohon pertolongan dan pelihara (agama, nyawa, kehormatan, harta dan tanah air mereka).
•    Sumbang bantuan kepada umat Islam yang memerlukan.
•    Boikot barangan keluaran musuh umat Islam (barangan Yahudi dan AS) sebagai protes penindasan saudara seIslam.

Ramadhan isn’t about food or starving, it’s about worshipping the Lord 

Read more...

existentialism

>> Monday, July 25, 2011

Abu Dzar ada artikel baru tapi tak post kat sini, Abu Dzar post kat Abu Dzar punya tumblr sebab tumblr tu dikhaskan untuk artikel bahasa Inggeris. Kepada yang berminat nak membaca, boleh la menjengukkan diri anda ke tumblr Abu Dzar. Ini url nya : http://iltizamsyabab.tumblr.com/post/8025142889/existentialism

Tajuk artikel adalah existentialism


Mesti ada yang tertanya-tanya, apa benda pulak la existentialism ni?

Perkataan ni Abu Dzar dapat setelah selesai menulis artikel dan berfikir-fikir tajuk yang sesuai. (Memang dah jadi kebiasaan Abu Dzar untuk tulis dulu artikel bagi abis, baru cari tajuk yang paling tepat) Maka setelah Abu Dzar membelek-belek kamus, terjumpa la perkataan ni.

Setelah dibahasamelayukan, existentialism berubah menjadi eksistensialisme. Terjemahan mudah adalah;

(éksisténsialisme) fahaman (falsafah) moden yg menekankan pentingnya pengalaman manusia, dan bahawa setiap manusia (pd akhirnya) bertanggungjawab atas segala tindak-tanduknya: drama tragedi menggarap persoalan yg serius spt soal-soal prinsip hidup.

terima kasih kepada Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP kerana memudahkan Abu Dzar memahami maksud eksistensialisme.

Selamat membaca!

Read more...

Inilah Ukhwah

>> Monday, July 11, 2011

Baru-baru ni Abu Dzar ada ber”sms” dengan sorang ikhwah yang tengah menjalani Latihan Industri (LI). Abu Dzar bertanya kepada ikhwah tersebut;

LI tinggal seminggu je kan? Seronok ke sedih nak habis LI ni?

Tidak berapa lama kemudian phone Nokia 6230 Abu Dzar berbunyi menandakan ada sms diterima.

Lagi 2 minggu la akh, seronok la nak habis, ada gak sedih sikit2

Hmm...terbalik dengan ana, ana dulu sedih nak habis & ada la seronok sikit2 =]

Abu Dzar membalas dan tiba – tiba Abu Dzar jadi teringat akan bekas pelajar yang pernah Abu Dzar ajar masa menjalani Latihan Mengajar di SMK Pengiran Omar II, Sipitang. Pasti mereka sekarang sudah besar panjang. Kalau mengikut perkiraan Abu Dzar, mereka sekarang sudah berumur 18 tahun. Ada yang sedang berada dalam tingkatan 6, ada yang kini belajar di Kolej Matrikulasi Labuan malah ada yang sudah bekerja!

Ingatan Abu Dzar terbawa kepada perbualan tahun lalu sewaktu datang melawat kembali sekolah tersebut dan untuk melihat persediaan terakhir sebelum mereka menduduki peperiksaan SPM. Mereka bercerita tentang kisah – kisah semasa berada dalam tingkatan 3. Satu demi satu kisah mereka kongsikan. Begitu pantas masa berlalu.

Mari kita lihat kisah perjalanan pelajar-pelajar ini dari sudut berbeza!

Katakan sebuah kelas tingkatan 3 ada 25 orang pelajar. Mereka sangat baik dan saling membantu. Baik dari segi akademik, kokurikulum hingga kepada masalah masalah peribadi. Kerjasama antara mereka memang cukup baik. Kalau pun tercetus perselisihan faham, perkara tersebut tidak akan lama. Selang sehari atau dua hari, keadaan akan kembali normal. Itu mungkin agak lama, ada yang bergaduh pagi, waktu rehat nanti mereka sudah boleh jalan bersama, berjalan bersama malah bermain bersama.

Hari-hari yang berlalu mereka kongsikan bersama dengan kawan-kawan yang ada di sekeliling mereka. Kalau ada kerja sekolah, sama-sama buat. Kalau ada sukan, sokong kawan yang bertanding. Kalau kawan sakit, datang melawat kat rumah. Perhubungan antara mereka sangat harmoni.

Setelah tamat PMR, mereka mendaftarkan diri dalam tingkatan 4 mengikut jurusan yang ditawarkan pihak sekolah. Ada yang ambil reka cipta, ada yang ambil sains sukan, ada yang ambil perakaunan atau apa juga menurut minat mereka.

Ada yang masih bersama-sama dengan kawan-kawan semasa dalam tingkatan 3 dan ada juga yang pergi ke kelas lain.

Namun perkara yang membanggakan adalah, mereka tetap bertegur sapa seperti dahulu walaupun mereka tidak lagi belajar dalam kelas yang sama dan tidak juga menelaah buku-buku yang sama. Abu Dzar rasa, mereka ini lebin memahami erti sebenar ukhwah. Ukhwah yang tidak ada batas sempadan kelas. Malah, pada waktu petang, mereka juga masih bermain takraw bersama-sama. Waktu hujung minggu mereka juga tetap sama seperti dahulu. Bersama-sama pergi ke hutan untuk menjerat burung dan mandi sungai.

Inilah yang dinamakan dengan ukhwah!

Tetap akrab walaupun berada di kelas yang berbeza. Belajar subjek yang berbeza.

Mari kita ambil pelajaran dari keutuhan ukhwah pelajar-pelajar ini dalam berhadapan dengan situasi kepelbagaian jemaah di Malaysia.

Read more...

Ikhwah Juga Bercinta

>> Tuesday, June 28, 2011


Di antara anugerah yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya yang mukmin adalah dipersaudarakan sesama mereka. Dari persaudaraan itu, diharapkan tumbuh rasa saling mencintai, yang dilandasi oleh keimanan kepada Allah dan ketaatan kepada-Nya!


Fadhilat Cinta karena Allah

Mencintai orang-orang yang beriman yang senantiasa taat kepada Allah sangat besar pahalanya. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda:

Sesunguhnya kelak di Hari Kiamat Allah akan berfirman, “Di mana orang-orang yang saling mencintai karena keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naungan-Ku disaat tidak ada naungan kecuali naungan-Ku”

Abu Dzar berkata:Wahai Rasulullah, bagaiman jika ada seseorang yang mencintai suatu kaum tapi tidak mampu beramal seperti mereka? Rasulullah saw. bersabda, “Engkau wahai Abu Dzar, akan bersama siapa saja yang engkau cintai.” Abu Dzar berkata; maka aku berkata, “Sungguh, aku mencintai Allah dan Rasul-Nya.” Abu Dzar mengulanginya satu atau dua kali”. (HR. Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Hibban)

Hadits Muadz bin Anas Al-Jahni bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Siapa saja yang memberi karena Allah, menolak karena Allah, mencintai karena Allah, membenci karena Allah, dan menikah karena Allah, maka berarti ia telah sempurna imannya. (HR. AL Hakim). 


Wujud Cinta karena Allah 

Disunahkan orang yang mencintai saudaranya karena Allah

1. untuk mengabari dan memberitahukan cintanya kepadanya. Nabi saw. bersabda: 

Jika seseorang mencintai saudaranya karena Allah, maka kabarkanlah bahwa ia mencintainya. (HR. Abu Dawud dan At-Tirmidzi)

2. mendoakan dan meminta doa dari saudaranya . Nabi saw. bersabda:

Barang siapa yang mendoakan saudaranya pada saat ia tidak bersamanya, maka malaikat yang diserahi untuk menjaga dan mengawasinya berkata, “Semoga Allah mengabulkan; dan bagimu semoga mendapat yang sepadan.” (HR. Muslim).

Umar bin Khatab berkata: Aku meminta izin kepada Nabi saw. untuk umrah, kemudian beliau memberikan izin kepadaku dan bersabda: “Wahai saudaraku, engkau jangan melupakan kami dalam doamu.” (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi)

3. mengunjungi orang yang dicintai, duduk bersamanya, saling menjalin persaudaraan, dan saling memberi karena Allah, setelah mencintai-Nya. Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw. bersabda:

Sesungguhnya ada seseorang yang mengunjungi saudaranya di kota lain. Kemudian Allah memerintahkan malaikat untuk mengikutinya. Ketika malaikat sampai kepadanya, ia berkata, “Hendak ke mana engkau?” Orang itu berkata, “Aku akan mengunjungi saudaraku di kota ini.” Malaikat berkata, “Apakah ada hartamu yang dikelola olehnya?” Ia berkata, “Tidak ada, hanya saja aku mencintainya karena Allah.” Malaikat itu berkata, “Sesunggunya aku adalah utusan Allah kepadamu. Aku diperintahkan untuk mengatakan bahwa Allah sungguh telah mencintaimu sebagaimana engkau telah mencintai saudaramu itu karena Allah.” (HR. Muslim)

4. Senantiasa berusaha membantu kebutuhan saudaranya dan bersungguh-sungguh menghilangkan kesusahannya. Hal ini berdasarkan hadits Mutafaq ‘alaih dari Ibnu Umar, Rasulullah saw. bersabda: 

Seorang muslim adalah saudara muslim yang lain, ia tidak akan mendzaliminya dan tidak akan membiarkannya binasa. Barangsiapa berusaha memenuhi kebutuhan saudaranya maka Allah akan memenuhi kebutuhannya. Barangsiapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang muslim maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan salah satu kesusahannya dari kesusahan-kesusahan di Hari Kiamat. Barangsiapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya di Hari Kiamat. 
 
5. memberikan dan menerima hadiah saudaranya serta membalasnya. Rasulullah saw bersabda:

Kalian harus saling memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai. (HR. Bukhari).
Rasulullah saw. pernah menerima hadiah dan membalasnya. (HR. Bukhari)

Termasuk memberikan balasan hadiah yang setimpal adalah jika seorang muslim mengatakan kepada saudaranya, “Jazakallah Khairan”, artinya semoga Allah membalasmu dengan kebaikan. Tirmidzi meriwayatkan dari Usamah bin Zaid, bahwa Rasulullah saw. bersabda:

Barangsiapa diberi kebaikan kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, “Jazakallah Khairan” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka dia sungguh telah memberikan pujian yang sangat baik

6. Wajib menjaga rahasia seorang muslim. Diriwayatkan Abu Dawud dan Tirmidzi dari Jabir, sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda: 

Jika seseorang berkata kepada orang lain dengan suatu perkataan kemudian ia menoleh (melihat sekelilingnya), maka pembicaraan itu adalah amanah.
 
Khatimah

Semoga dengan melaksanakan petunjuk Rasulullah saw. dalam mencintai seorang hamba karena-Nya, kita dicintai Allah SWT sebagaimana hadits dari Umar bin Al-Khathab, bahwa Rasulullah saw. bersabda: Allah mempunyai hamba-hamba yang bukan nabi dan bukan syuhada, tapi para nabi dan syuhada tertarik oleh kedudukan mereka di sisi Allah. Para sahabat berkata,“Wahai Rasulullah, siapa mereka dan bagaimana amal mereka? Semoga saja kami bisa mencintai mereka.” Rasulullah saw. bersabda, “Mereka adalah suatu kaum yang saling mencintai dengan karunia dari Allah. Mereka tidak memiliki hubungan nasab dan tidak memiliki harta yang mereka kelola bersama. Demi Allah keberadaan mereka adalah cahaya dan mereka kelak akan ada di atas mimbar-mimbar dari cahaya. Mereka tidak merasa takut ketika banyak manusia merasa takut. Mereka tidak bersedih ketika banyak manusia bersedih.” Kemudian Rasulullah saw. membacakan firman Allah:
Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (TQS. Yunus [10]: 62).

***

Artikel kali ini Abu Dzar ambil dari satu sumber internet tapi dah terlalu lama disimpan dan dibaca sendiri, Abu Dzar rasa artikel ini sangat bermanfaat untuk bacaan semua. Sebab tu la Abu Dzar edit sikit-sikit dan postkan dalam MeNtaDakAkiDaL.

Kredit kepada penulis asal artikel ini. Semoga Allah membalas dengan kebaikan =]

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP