QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Persediaan Pernikahan...couple bukan pilihan

>> Wednesday, June 08, 2011


Dengan penuh suka citanya Abu Dzar memulakan post kali ini dengan mengucapkan sekalung tahniah buat akhi Amzar Hafifi dan juga ukhti Siti Ruhayu atas pernikahan kalian berdua. Semoga bahagia di bawah redha Ilahi dan bahagia sampai syurga!

Sebagai pemerhati yang tak bertauliah kepada ikhwah-ikhwah yang telah menikah, Abu Dzar dapat merasakan betapa beratnya tanggungjawab yang perlu digalas bagi seseorang yang mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah keluarga sendiri. Menikah bukan sekadar menyarungkan cincin ke jari manis seorang akhwat. Bukan juga sekadar bersalam dan mencium tangan seorang ikhwah. Apatah lagi sekadar menukar panggilan seorang ikhwah dari “akh” kepada “abang” atau seorang akhwat dari “ukhti” manjadi “sayang”.

Kalau itu yang ada dalam benak fikiran anda, maka Abu Dzar manasihatkan anda agar berjumpa dengan orang yang telah pun mendirikan rumah tangga atau yang lebih berpengalaman. Minta nasihat dari mereka dan dengarkan perkongsian pengalaman yang telah mereka lalui dalam mengharungi kehidupan berkeluarga sendiri. Buat kesekian kalinya Abu Dzar mengingatkan bahawa pengalaman semasa bercinta nyata berbeza dengan kehidupan selaku suami isteri.

Sekitar majlis meraikan pasangan akhi Amzar dan ukhti Ruhayu

Berbeza?? Macam mana tu?

Ya, berbeza! Bagi yang pernah bercinta sebelum berkahwin, anda mungkin lebih faham akan pernyataan ini. Seorang wanita yang bergelar kekasih atau teman wanita tidak sama dengan seorang wanita yang bergelar isteri. Baik dari segi perwatakkan, sifat, rasa tanggungkawab dan juga perilaku seharian. Perbezaan yang sama juga berlaku antara teman lelaki dan juga suami. Malah mungkin bezanya seperti langit dengan bumi.

Seorang teman lelaki mungkin boleh berpura-pura sebagai seorang yang sangat baik hati dan sayangkan kucing apabila bersama dengan teman wanitanya. Sebab mereka mungkin meluangkan masa bersama-sama dalam beberapa jam untuk sehari. Tujuannya jelas, untuk menambat hati teman wanitanya. Namun begitu, perkara itu tidak mungkin dapat diselindung lagi setelah mereka menikah dan tinggal bersama. Apabila si isteri ingin membela kucing dirumah, si suami akan memberikan seribu satu alasan.

Hubungan sebelum menikah adalah palsu!

Sila ambil perhatian dan jangan menjadi mangsa pembohongan sifat dan keperibadian yang mengagumkan bagi pasangan anda selagi anda belum menikah dengannya! Hubungan percintaan seperti ini adalah lakonan semata-mata. Abu Dzar yakin ramai yang dah biasa dengar kata-kata ini “masa bercinta semuanya manis, kentut pun jadi wangi!”. Nah ini adalah satu bukti jelas bahawa hubungan cinta sebelum nikah adalah plastik. Maka jangan percaya.

Cara nak kenal pasangan

Sorry couple bukan jawapannya! Sekali lagi Abu Dzar ingatkan kepada pembaca MeNtaDakaKiDaL bahawa bercouple adalah bukan dalam syariat Islam. Dalilnya dalam surah al-Isra’, ayat ke 32

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.

Mungkin akan timbul beberapa soalan dan alasan;

  1. Kalau tak bercouple, macam mana nak kawin?
  2. Susahla nak kenal bakal isteri kalau tak boleh nak couple!
  3. Kawin ni bukan perkara main-main, mana boleh tangkap muat je!
  4. Boleh ke kawin dengan orang yang kita tak suka?
  5. Macam mana nak kenal perangai pasangan kita kalau tak couple dulu?

Hmm...mungkin itu atau pun banyak lagi yang akan bermain dalam benak fikiran yang tak biasa dengar isu ini. Mari kita telusuri sirah, pernah dengar cerita kisah Nabi Muhammad SAW bercouple dengan Khadijah sebelum mereka menikah? Khadijah adalah seorang wanita bangsawan Quraish yang sangat pandai menjaga kehormatan diri,Khadijah memilih untuk tidak bercouple dengan Muhammad SAW sebelum mereka menikah. Perkara ini berlaku kepada setiap wanita yang dinikahi Muhammad SAW. Tidak pernah ada kisah mereka berdating, jalan pegang tangan, makan dinner sama-sama ataupun naik unta berdua.

Perjalanan rumah tangga keluarga Nabi Muhammad SAW dengan isteri-isteri baginda berjalan dengan sangat harmoni. Kalau ada perselisihan, ia berlaku secara wajar menurut psikologi seorang lelaki dan wanita. Ya secara wajar kerana Nabi Muhammad adalah seorang manusia. Mungkin perselisihan yang paling mendapat perhatian adalah peristiwa “hadisul ifki”. Kisah fitnah terhadap Aisyah. Namun begitu, kita harus tahu dengan jelas bahawa titik tolak peristiwa ini adalah fitnah golongan munafik yang sangat tidak senang dengan Islam dan mengambil kesempatan atas peristiwa yang tertinggal rombongan kerana mencari kalungan rantai.

Jadi Caranya Adalah...

Membaca!
Ya dengan membaca

Membaca buku tentang psikologi hubungan lelaki dan wanita! Abu Dzar sangat yakin dan percaya banyak buku jenis ini ada dijual. Apa yang perlu anda lakukan adalah menabung sedikit wang untuk membeli buku-buku tersebut. Abu Dzar juga suka untuk mencadangkan beberapa buku yang telah Abu Dzar baca dan Abu Dzar rasakan buku tersebut sangat baik dan bermanfaat;

  1. Men are from Mars and Women are from Venus
  2. Why Mars and Venus Collide
  3. Why Men don’t listen and women can’t read maps

Ini adalah beberapa buku yang dicadangkan, tapi banyak lagi sebenarnya buku lain yang baik untuk dibaca

Bagi sesiapa yang berminat boleh la dapatkan buku tersebut dan baca sepuas-puasnya. Tak payah nak bercouple-ria untuk mengenali sifat dan perwatakkan pasangan anda. Tapi sebelum terlupa, satu lagi buku yang baik untuk dibaca adalah “Personality Plus”. Mulai sekarang bagi yang ada menyimpan hajat untuk mencari teman hidup, bolehlah memulakan pembacaan yang seumpama ini. Sebelum mendapatkan seorang pasangan hidup mari bercouple dengan buku terlebih dahulu. Bercouple dengan buku tak melanggar syariat. Ini adalah perbuatan yang halal. Malah ini akan menambah ilmu.

Mari membaca!

2 comments:

Anonymous Tuesday, 14 June, 2011  

ana sgt setuju dgn anta..
2 thumbs up..

1 lagi cara ana nk kongsi
jadikan diri kita dahulu calon suami/ isteri yg soleh/ah

insyaallah ALLAH akan datangkan jodoh yg sama fikrah seperti kita

apa yg penting yakin pd ALLAH.
ALLAH tidak akn mensia-siakan orang yg berpegang teguh pd syariat ALLAH.

Itulah hikmah syariat.
Nampak awalnya sukar dan pahit, tetapi bila dilaksanakan manis dan bahagia. Manakala kemungkaran, pada awalnya nampak manis dan menyeronokkan, tetapi bila dibuat pasti ada keresahan dan penyesalan.

may ALLAH bless us

Abu Dzar Al-Ghifari Tuesday, 14 June, 2011  

betul gak tu, kalau kita pun tak bersedia untuk jadi calon pasangan yang baik, macam mana nak dapat pasangan yang baik gak.

thanks for the shearing!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP