QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Inilah Ukhwah

>> Monday, July 11, 2011

Baru-baru ni Abu Dzar ada ber”sms” dengan sorang ikhwah yang tengah menjalani Latihan Industri (LI). Abu Dzar bertanya kepada ikhwah tersebut;

LI tinggal seminggu je kan? Seronok ke sedih nak habis LI ni?

Tidak berapa lama kemudian phone Nokia 6230 Abu Dzar berbunyi menandakan ada sms diterima.

Lagi 2 minggu la akh, seronok la nak habis, ada gak sedih sikit2

Hmm...terbalik dengan ana, ana dulu sedih nak habis & ada la seronok sikit2 =]

Abu Dzar membalas dan tiba – tiba Abu Dzar jadi teringat akan bekas pelajar yang pernah Abu Dzar ajar masa menjalani Latihan Mengajar di SMK Pengiran Omar II, Sipitang. Pasti mereka sekarang sudah besar panjang. Kalau mengikut perkiraan Abu Dzar, mereka sekarang sudah berumur 18 tahun. Ada yang sedang berada dalam tingkatan 6, ada yang kini belajar di Kolej Matrikulasi Labuan malah ada yang sudah bekerja!

Ingatan Abu Dzar terbawa kepada perbualan tahun lalu sewaktu datang melawat kembali sekolah tersebut dan untuk melihat persediaan terakhir sebelum mereka menduduki peperiksaan SPM. Mereka bercerita tentang kisah – kisah semasa berada dalam tingkatan 3. Satu demi satu kisah mereka kongsikan. Begitu pantas masa berlalu.

Mari kita lihat kisah perjalanan pelajar-pelajar ini dari sudut berbeza!

Katakan sebuah kelas tingkatan 3 ada 25 orang pelajar. Mereka sangat baik dan saling membantu. Baik dari segi akademik, kokurikulum hingga kepada masalah masalah peribadi. Kerjasama antara mereka memang cukup baik. Kalau pun tercetus perselisihan faham, perkara tersebut tidak akan lama. Selang sehari atau dua hari, keadaan akan kembali normal. Itu mungkin agak lama, ada yang bergaduh pagi, waktu rehat nanti mereka sudah boleh jalan bersama, berjalan bersama malah bermain bersama.

Hari-hari yang berlalu mereka kongsikan bersama dengan kawan-kawan yang ada di sekeliling mereka. Kalau ada kerja sekolah, sama-sama buat. Kalau ada sukan, sokong kawan yang bertanding. Kalau kawan sakit, datang melawat kat rumah. Perhubungan antara mereka sangat harmoni.

Setelah tamat PMR, mereka mendaftarkan diri dalam tingkatan 4 mengikut jurusan yang ditawarkan pihak sekolah. Ada yang ambil reka cipta, ada yang ambil sains sukan, ada yang ambil perakaunan atau apa juga menurut minat mereka.

Ada yang masih bersama-sama dengan kawan-kawan semasa dalam tingkatan 3 dan ada juga yang pergi ke kelas lain.

Namun perkara yang membanggakan adalah, mereka tetap bertegur sapa seperti dahulu walaupun mereka tidak lagi belajar dalam kelas yang sama dan tidak juga menelaah buku-buku yang sama. Abu Dzar rasa, mereka ini lebin memahami erti sebenar ukhwah. Ukhwah yang tidak ada batas sempadan kelas. Malah, pada waktu petang, mereka juga masih bermain takraw bersama-sama. Waktu hujung minggu mereka juga tetap sama seperti dahulu. Bersama-sama pergi ke hutan untuk menjerat burung dan mandi sungai.

Inilah yang dinamakan dengan ukhwah!

Tetap akrab walaupun berada di kelas yang berbeza. Belajar subjek yang berbeza.

Mari kita ambil pelajaran dari keutuhan ukhwah pelajar-pelajar ini dalam berhadapan dengan situasi kepelbagaian jemaah di Malaysia.

2 comments:

Anonymous Monday, 11 July, 2011  

kadang2 ana pelik..
orang yg biasa2 shj, mksud ana, mereka tidak memiliki ilmu agama yg tinggi tp ana lihat ukhwah mereka tu lebih kuat dan lbh lama.. ana pn x tahu sebabnya mengapa..

tp mungkin dalam ukhwah mrk itu wujud keikhlasan yg sgt susah diperolehi manusia zmn skrg walau ilmu agama setinggi mana pn..

ana rasa ana pn tidak sebaik itu..

Abu Dzar Al-Ghifari Tuesday, 12 July, 2011  

nilai ukhwah sebenar tidak didasari oleh landasan jemaah sebenarnya.

Keakraban ukhwah akan terus utuh apabila persahabatan itu benar-benar ikhlas bukan kerana ikhwah kita tu halaqoh sama-sama atau pun dia kaya dan boleh dimanfaatkan untuk dakwah.

Teringat satu kata-kata Syekh Jum'ah Amin, "Ukhwah bukan kelebihan, tapi satu kewajipan untuk diraikan dan dipelihara"

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Kita semua berjuang mencari redha Allah. Jangan sesekali biarkan nita berukhwah kita ni dicemari dengan bisikan syaitan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP