QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Pancit Beribadah

>> Monday, August 15, 2011

Bulan baru mengambang penuh, menandakan Ramadhan baru sampai di pertengahannya. Tapi jemaah solat tarawih di surau sudah lama berkurang. Kalau di tempat Abu Dzar tinggal, hanya berbaki  satu atau dua saf sahaja. Jadi Abu Dzar ambil keputusan untuk balik kampung di Kota Bharu, Kelantan bagi mengekalkan momentum ibadah.

Ternyata, ini adalah langkah yang agak baik.

Masih ramai yang istiqamah berkunjung ke surau di kampung. Walaupun mak saudara Abu Dzar kata “Mula-mula puasa lagi ramai”. Tapi tetap saja jumlahnya buat masa ini sangat membanggakan. Abu Dzar dengan sendirinya termotivasi untuk beribadah. Baik dari solat fardhu, solat sunat, tilawah, infaq atau apa juga yang namanya ibadah atau kebaikan.

Fenomena Pancit Beribadah

Kalau dalam permainan bola sepak, pemain yang kurang stamina akan “cepat pancit”. Tayar kereta yang tak de angin adalah tayar yang pancit. Tayar macam ni dah tak boleh nak guna lagi. Kena tukar dengan tayar lain atau isi angin balik semula.

Muslim yang pancit beribadah pula adalah orang Islam yang kurang stamina untuk beribadah. Belum pun sampai separuh masa pertama bulam Ramadhan, dah letih untuk ke surau. Baru beberapa hari dah tak larat nak tilawah Quran.

Berbalik kepada pemain bola sepak yang kurang stamina tadi, jurulatih akan suruh buat latihan sikit-sikit sampailah pemain tersebut betul-betul layak untuk berada dalam senarai kesebelasan utama. Baru la puas hati buat latihan. Dapat main dari awal game sampai habis masa.


Begitu juga dalam nak beribadah. Kita perlukan latihan yang konsisten dan bertahap. Kalau tak biasa solat fardhu berjemaah, mula dengan solat Maghrib berjemaah kat surau. Bila dah lama, panjangkan masa untuk solat Isyak berjemaah. Tambah sikit-sikit.

Sebab tu sebelum masuk Ramadhan, Nabi s.a.w ajnurkan kita untuk puasa sunat dalam bulan Rejab dan juga Sya’ban. Latihan untuk orang Islam berpuasa sebulan penuh pada bulan Ramadhan!

Allah Tak Jemu

Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahwa Rasulullah masuk ke dalam masjid. Beliau melihat ada tali yang terikat antara dua tiang masjid, kemudian baginda bertanya,


"Untuk apa tali ini?" Maka sahabat menjawab, "Ini adalah tali Zainab r.a. Bila dia letih dan mengantuk, maka dia akan bergantung kepadanya. Rasulullah saw. bersabda, "Bukalah tali ini. Hendaklah seseorang solat dalam keadaan bersemangat saja, dan bila dia letih hendaklah dia tidur." (H.R. Bukhari dan Muslim)


Lagi satu hadith yang menarik untuk dikongsikan adalah;


Daripada Aisyah r.ha., Nabi s.a.w. bersabda: "Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Kedua-dua hadith di atas jelas menceritakan kepada kita bahawa kita yang perlu bijak mengatur strategi untuk beribadah. Abu Dzar tidak mengatakan bahawa Zainab tidak bijak. Kesungguhannya untuk beribadah perlu dipuji dan dicontohi. Cuma ini adalah peristiwa yang boleh dijadikan sandaran iktibar.

Warm-up Semula

Bagi yang dah pancit, masih ada waktu lagi untuk kita warm-up balik semula. Walaupun Ramadhan dah bermula, tapi waktu permainan belum lagi tamat. Final game adalah pada 10 Ramadhan terakhir!

Jadi mari kita sama-sama warm-up balik. Dapatkan kembali momentum untuk beribadah. Mudah-mudahan kita akan beraksi dengan cemerlang pada 10 Ramadhan terakhir. Bukan cemerlang pada pandangan mata manusia. Tapi cemerlang pada pandangan Allah.

Tips Meningkatkan Stamina Beribadah


  • Ikhlaskan niat
Seperti biasa, ini adalah tips yang pertama dan paling penting. Niat kita perlu sentiasa ikhlas untuk mencari redha Allah. Sebab memang Allah cipta manusia adalah untuk beribadah.

Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku. (Az-Zariyat: 56)

  • Mula dengan nilai yang sedikit
Kalau yang tak biasa tilawah quran, jangan dok pulun baca quran sehari 3 juzu. Kalau seminggu dapat 1 juzu pun dah cukup baik. Minggu depan tambah lagi. 3 juzu pulak dalam masa seminggu. Dalam tak sedar, kita dah terbiasa baca Quran sehari satu juzu = seminggu 7 juzu.

Hal yang sama juga dengan solat tarawih. Mula-mula buat 8 rakaat je, pastu gi belasah kuih moreh kat belakang masjid. 2 hari lagi tambah la 4 rakaat lagi. Dah jadi 12 rakaat. Begitu lah seterusnya, tambah sikit-sikit sampai cukup 20 rakaat tarawih dengan imam.

  • Cari suasana yang kondusif
Biah (persekitaran) yang soleh dapat membantu kita meningkatkan amalan harian. Kalau kita berkawan dengan orang-orang yang baik, kita tak rasa segan nak pegi surau sekejap untuk solat duha. Dan tak jadi sesuatu yang pelik kalau waktu rehat kita isi dengan tilawah quran.

Cuba bayangkan kalau kawan kita adalah orang yang suka genre muzik yang hardcore punk, tak ke tekejut member tu tetiba kita pegang tasbih!

Sebab tu la kena dapatkan suasana yang kondusif untuk beribadah. Kalau tak de, anda adalah orang yang perlu mewujudkan suasana tersebut. Kemudian ajak kawan-kawan yang lain. InsyaAllah Allah akan hantar ramai kawak-kawan yang baik kepada kita. Macam Kak Wardina Saffiyah cakap dalam Ini Kisahku. Untuk yang belum pernah tengok, boleh check kat youtube. Statement tu pada minit yang ke 16 sampai minit yang ke 17 (masa ni tak tepat ye, harap maklum)

  • Jangan berkompromi dengan rasa letih
Ramadhan ni dah tinggal berapa hari je lagi. Takkan nak bagi alasan letih tak leh nak solat tahajud. Tak teruja ke dengar hadith bahawa Allah gandakan amalan kita sebanyak 1000 kali ganda?

Lagi satu nak bagi tau, Tentera Qutuz lawan Tentera Monggol dalam Perang Ain Jalut pada 25 Ramadhan. Boleh je menang. Perang kot! Bukan buat assignment, bukan lawan rugbi, bukan mengecat rumah...P.E.R.A.N.G!

Akhir sekali, Abu Dzar nak ingatkan supaya kita sentiasa tingkatkan kualiti amal sejajar dengan kualtiti!

8 comments:

idris Monday, 15 August, 2011  

pergh...! i.A..! ANA WARM UP BALIKKK!!

Abu Dzar Al-Ghifari Monday, 15 August, 2011  

bagus akhi, target kita adalah untuk beraksi pada final game 10 malam terakhir!

Semoga Allah memberikan kita kesempatan =]

Anonymous Tuesday, 16 August, 2011  

ana teringat akn kata2 kak wardina safiyyah "jgn takut untuk berubah kpd yg lbh baik.Allah akan menolong kita dengan menghadirkan org2 yg soleh di sekeliling kita"

awal2 ramadhan mmg semangat.xnk buang masa la, sentiasa nak isi dgn baca al quran la, solat dhuha, etc..tp beberapa hari lps tu da lupa, x semangat,lg2 perempuan ni ada masa cutinya di bln ramadhan. jadi, makin lemah rasanya

mmg betul. jihad yg paling besar ialah jihad melawan nafu.
rasa byk sgt buang masa bulan ramadhan ni. lg2 skrg ipta sdg cuti, jd byk masa di rmh..
jzkk ats ingatan akhi.mmg kne warm up blk ni..smg kite beroleh malam al qadr

Abu Dzar Al-Ghifari Wednesday, 17 August, 2011  

sebab tu penting untuk kita berada dalam biah yang baik...

ada jugak orang yang dapat mengingatkan kita kalau kita lupa dan tegur kalau kita silap

dan sangat perlu untuk kita menghargai ikhwah / akhwat yang sentiasa membebel bagi tau kita ni buat salah. Itu sebenarnya tanda cinta mereka yang tinggi kerana sama-sama berusaha mendapatkan redha Allah.

mari sama-sama kita tingkatkan amalan untuk mendapatkan prestasi yang terbaik dan beramal pada malam al-qadr yang Allah janjikan!

Anonymous Wednesday, 17 August, 2011  

amiin..semoga kita berpeluang beribadah di malam lailatul qadr

mmg betul, bila keseorangan di tempat sendiri baru rasa rindu sangat dengan sahabat2 yg selalu ingatkan kita, beri nasihat pd kita

sahabat keimanan..

ya!bersyukur krn dikurniai sahabat keimanan itu

Abu Dzar Al-Ghifari Wednesday, 17 August, 2011  

dan Allah yang menyatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

(al-Anfal:63)

Anonymous Thursday, 18 August, 2011  

jzkk ats jwpn yg sgt tepat

Abu Dzar Al-Ghifari Saturday, 20 August, 2011  

=)

ibrah untuk kita semua!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP