QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Nilai Tambah Seorang Muslim

>> Saturday, September 17, 2011


Dalam mengharungi hidup yang serba mencabar, pasti kita perlu sentiasa bersaing untuk mendapatkan tempat atau apa juga jenis kejayaan yang kita inginkan. Baik dari segi pencapaian akademik, kerja ataupun kehidupan berumahtangga.

Namun apa yang membimbangkan Abu Dzar adalah citra seorang Muslim menjadi luntur impak menuruti aliran arus modenisasi. Baik dari segi akhlak, cara berpakaian hingga kepada pergaulan kita dengan orang lain. Belum lagi sentuh bab ibadah atau keterikatan hati kita kepada Allah azzawajala.

Adakah kita benar-benar sudah meletakkan ciri-ciri Muslim dalam diri kita? Sudahkan kita telah benar-benar beriltizam untuk menjadikan insan yang bernama Muhammad bin Abdullah itu sebagai idola sepanjang hayat seperti firman Allah dalam surah al-Ahzab pada ayat ke-21 yang saya yakin ramai dah hafal!

Sesungguhnya telah ada pada Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah

Krisis Iman

Mungkin keyakinan kita kepada Allah masih tidak setanding dengan keyakinan para sahabat. Kita pada hari ini masih ragu untuk tampil kemas di padang bola dengan seluar panjang. Kita rasa bersalah untuk masuk lambat ke pejabat kerana menunaikan solat Zohor secara berjemaah. Kita juga mungkin rasa segan untuk meluangkan waktu rehat kita dengan membaca Quran. Atau mungkin lebih teruk, ada yang mempertikaikan hukum dan ketetapan Allah untuk bersembahyang, menutup aurat atau mengeluarkan zakat!

Suka untuk Abu Dzar mengingatkan semua pembaca blog ini bahawa kedudukan kita adalah sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini. Tak kira siapa, baik Tan Sri, Dato’ Seri, Datin Seri, Datin Paduka, Dato’ Seri Panglima atau apa lah juga anugerah yang telah diterima, kita tidak lebih hanya sebagai hamba Allah.

Untuk itu, mari kita sama-sama bermuhasabah, setakat mana keimanan kita kepada Allah.

Mungkin ada yang sanggup berseluar pendek hanya kerana ingin mewakili pasukan universiti dalam pertandingan sepak takraw. Ada yang sanggup bersentuhan antara lelaki dan wanita kerana ingin bergelar pekerja yang sporting dan tak kurang juga yang hanya membiarkan anak gadis mereka keluar rumah dengan rambut yang panjang mengurai.

Tidakkah kita tahu batas-batas yang telah Allah tetapkan?

Mengapa kita terlalu mengejar dunia hingga mengenepikan ketatapan yang telah Allah buat sebagai tanda sayang-Nya terhadap kita?

Kuat & Amanah



Nabi Musa pernah mencontohkan kepada kita bahawa nilai-nilai yang baik perlu sentiasa diutamakan. Ketika Musa dalam perjalanan keluar dari Mesir kerana mendapat berita akan dibunuh oleh pembesar negeri Mesir (yang pada ketika itu diperintah oleh Firaun), Musa sempat berteduh di Madyan dan melihat sekumpulan manusia memberi minum kepada ternakan dan dua orang perempuan terkontang-kanting menjaga ternakan mereka. Dengan prihatin sekali Musa menyapa dan bertanya akan prihal kelakuan mereka tersebut. Ternyata mereka sedang menunggu giliran untuk memberi minum kepada ternakan. Lantas Musa membantu dua orang perempuan tersebut memberi minum kepada ternakan mereka.

Natijah perbuatan Musa, salah seorang dari perempuan tadi mencadangkan kepada bapa mereka (Nabi Syu’aib) agar Musa diambil sebagai bekerja dengan mereka.

Salah seorang dari kedua wanita itu berkata: “Wahai bapaku ambillah ia sebagai orang yang bekerja (pada kita), karena sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi dapat dipercaya". (al-Qasas: 26)

Nah sekarang jelas bahawa sifat yang perlu dipupuk dalam diri yang dapat menjadi nilai tambah kepada sorang Muslim adalah kuat dan amanah. Bukan semata-mata diandalkan kepada kekuatan atau skill tanpa sifat amanah. Dan bukan juga hanya membawa sifat amanah tanpa disertai kekuatan. Kedua-dua elemen ini sangat penting untuk dibawa dalam kehidupan harian kita.

Jadi, mari kita muhasabah diri dan iman kita. Bukan gelaran pekerja sporting atau tubuh yang cantik menjadi elemen utama. Tapi pupuklah sifat kuat dan amanah dalam diri, dengan izin Allah, kita akan tergolong dalam golongan yang bahagia.

Dan jangan lupa letakkan sifat kuat dan amanah dalam resume kalau nak memohon kerja nanti, itu adalah nilai tambah yang sangat penting kepada majikan anda

...
Setelah menamatkan pengajian, kini Abu Dzar memasuki alam pekerjaan. Sebab tu artikel kali ini lebih menjurus kepada alam pekerjaan. Abu Dzar juga mohon jasa baik pembaca blog untuk mendoakan Abu Dzar istiqamah dalam berdakwah kepada masyarakat.

10 comments:

Anonymous Saturday, 17 September, 2011  

Salam..cerita mengenai seluar pendek ni, teringat pada 1 tazkirah dari ustaz Idrus bhw lelaki yang pakai seluar pendek ni tak layak jadi wali..allahua'lam

ana sendiri pun hairan bila tgk laki yang pakai seluar pendek ni..walhal aurat mereka jika nak dibandingkan dengan muslimat sangatlah sedikit...hanya pusat hinggalah ke lutut SAHAJA..

jika kami(muslimat)blh menutup seluruh tubuh kami(melainkn muka dan tpk tgn), jadi muslimin lg lah boleh kan?

Abu Dzar Al-Ghifari Sunday, 18 September, 2011  

kalau difikirkan logik memang sepatutnya boleh.

tapi perkara yang nampak mudah ini akan jadi sukar jika tak disertakan dengan rasa perhambaan kepada Allah.

perbandingannya bukan lelaki dgn perempuan, tapi antara hamba dengan pencipta.

kalau iman sudah lurus dan berhajat kepada cinta Allah, insyaAllah semua perintah Allah akan jadi mudah

Anonymous Sunday, 18 September, 2011  

betul jgk tu..

tp ada juga orang yg memberi alasan tdk diberi hidayah jika mereka tak pakai tudung lagi(bagi muslimat)

emm..mcm mane plak tu?

Abu Dzar Al-Ghifari Sunday, 18 September, 2011  

hidayah tak boleh ditunggu...hidayah perlu dicari!

Nabi Ibrahim keluar pada malan hari dan terlihat bulan yang indah, dia terfikir mungkin ini adalah tuhan tapi tatkala matahari muncul, dia terfikir matahari adalah tuhan kerana matahari jauh lebih besar berbanding bulan...kisah ini boleh diteliti dalam surah al-An'am bermula ayat 74 hingga ayat ke-79

bahkan Nabi Muhammad saw sendiri pergi beruzalah sebelum turun wahyu yang pertama di Gua Hira'. Itu adalah usaha Rasulullah dalam mendapatkan hidayah Allah. Natijah uzlah tersebut Allah utuskan Jibril untuk menyampaikan wahyu.

Kalau ada yang kata mereka tu nabi Allah, memang la wajar dapat petunjuk! Sekarang mari kita lihat bagaimana Abu Dzar al-Ghifari dapat mengenali Islam.

Abu Dzar berusaha mendapatkan berita akan kesahihan agama yang dibawa Muhammad saw dan bermusafir ke Makkah untuk mempalajari sendiri Islam yang diajarkan oleh Muhammad saw.

Abu Dzar bukan nabi, bahkan dia adalah seorang pemuda yang dibesarkan dari golongan perompak!

Maka pada pandangan ana, alasan tak diberi hidayah tu hanyalah rekaan untuk melepaskan diri dari kewajiban menutup aurat.

Sepatutnya mulakan dgn bertudung bawal biasa ataupun sekarang dah banyak tudung jenis sarung je tu. Lama-lama baru la bertukar kepada yang lebih sempurna

Anonymous Sunday, 18 September, 2011  

moga diberi kekuatan untuk memperbaiki diri..

kekuatan juga perlu dibina bukan ditunggu..

jazakallahu khairan katsira atas penerangan yang baik

terus terang, ana memang suka membaca blog ini..
banyak informasi, peringatan dan kadang-kadang mengundang lucu di hati dgn ayat2nya..

teruskan usaha menyebarkan dakwah dalam bidang penulisan ini..moga ALLAH redha dgn setiap usaha yg kita lakukan..

terima kasih kerana menjawab setiap komen ana dan soalan yang diajukan selama ini..

ana doakan smg ALLAH memberi kebaikan kepada anta dan diberi kekuatan untuk mendidik anak murid-murid bagi kemaslahatan ummah..ummah amat memerlukan pendidik seperti anta..

strive all out for ummah!

memandangkan anta tidak bertemu jodoh lagi, ana doakan semoga anta
memperolehi pasangan solehah dan zuriat sbg penyejuk mata yg sama2 memperjuangkan syariat ALLAH..

doakan ana istiqamah dalam perjuangan dakwah ini..

semoga setiap perkataan ana terhindar dari fitnah dan smg hati-hati terpelihara dari sebarang bisikan syaitan

salam perjuangan!
:)
Moga bertemu di syurga

~anonymous~

Abu Dzar Al-Ghifari Sunday, 18 September, 2011  

tak perlu berterima kasih atas sebuah kewajipan!

Mudah-mudahan Allah mendengar dan memakbulkan doa tersebut =]

terima kasih dari lubuk hati yang paling dalam buat anonymous dan semua pembaca lain yang tak jemu-jemu membaca blog ini. Semoga Allah membalas dgn kebaikan!

Anonymous Monday, 19 September, 2011  

ALLAH pasti mendengar dan memakbulkan..itu janji ALLAH bukan?



"Menjadi sebaik-baik hamba dan khalifah, bukan semudah memetik 2 jari..itupun belum pasti bisa berbunyi..

Hakikat insan memang penuh dengan kekurangan, namun tidak menjadi suatu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba Tuhan..

Teruslah untuk melangkah meski dalam kepayahan..

Kita kan khalifah, mengapa mesti diuji dgn perkara mudah.. Sedang kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di Jannah..

Lalu haruskah mengalah pada takdir yg sering menghadiahi kita dgn kesukaran yg membuatkan kita terduduk menangis hiba?


Belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang!

Tangisan itu pasti tdk akn sia2 andai langkahmu terus teguh menuju jalanNya..

salam muhasabah

~anonymous~

Abu Dzar Al-Ghifari Monday, 19 September, 2011  

Syukran anonyous yang memberi nasihat...sangat memotivasi!

idris Saturday, 08 October, 2011  

sukanya bca komen ni... "memandangkan anta tidak bertemu jodoh lagi, ana doakan semoga anta
memperolehi pasangan solehah dan zuriat sbg penyejuk mata yg sama2 memperjuangkan syariat ALLAH.."

Amin Ya Allah...10X!

Abu Dzar Al-Ghifari Saturday, 08 October, 2011  

syukran akhi!

rindu bah sama nta

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP