QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Larangan Melihat Wanita

>> Sunday, February 05, 2012


  • jaga pandangan mata
  • jangan melihat sesuatu yang tidak halal untuk kita
  • jangan menoleh buat kali ke dua

Apa juga ayat yang digunakan, semua itu sebenarnya merujuk kepada perkara yang sama. Larangan melihat wanita.

Memang fitrah sebagai seorang lelaki akan tertarik kepada wanita. Begitu juga sebalikknya. Namun apalah maknanya fitrah jika Allah tidak redha. Berusahalah untuk medapatkan yang halal untuk dipandang. Jangan dilayan nafsu yang hanya menuntun kita kepada kemaksiatan.

Abu Dzar yakin jika kita telah ditarbiyah dengan baik, kita akan faham benar akan  larangan Allah agar kita menahan pandangan mata. Sebagaimana yang dirakamkan dalam al-Quran;

“Katakanlah kepada kaum lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka lakukan”. Katakanlah kepada kaum wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (Surah An-Nur [24]: 30-31)

Ayat ini memerintahkan agar kita dapat menahan pandangan mata dan juga memelihara kemaluan. baik lelaki mahupun wanita. Untuk bacaan yang lebih mendalam berkaitan hal ini, boleh baca di link ini.
Kerana itu,Allah memerintahkan kita untuk menutup aurat dengan sempurna! baik lelaki mahupun wanita. Menurut kefahaman umum masyarakat Malaysia, aurat bagi lelaki adalah dari pusat hingga lutut manakala wanita pula adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.

Siapa pun kita, jangan sesekali memandang ringan perkara yang berkaitan dengan aurat! Abu Dzar suka untuk berpesan kepada semua agar kita menutup aurat dengan sempurna.

Niqob

Ini adalah suatu fenomena baru bagi muslimah di Malaysia. Menambah sehelai kain yang menutup muka. Atau nama lainnya adalah purdah. Abu Dzar secara peribadi tidak menyuruh dan tidak juga menghalang muslimah yang ada di Malaysia ini untuk memakai purdah. Cuma risau akan golongan berpurdah ini jauh lebih menarik perhatian lelaki di Malaysia.


Mungkin jika di timur tengah, tidak menjadi suatu keganjilan jika wanita berpurdah. Kerana memang itu adalah kod etika pemakaian mereka. Akan tetapi Abu Dzar rasa pamakaian purdah ini kurang sesuai di Malaysia kerana hanya akan menjadi tarikan bagi lelaki. Sedangkan jika kita lihat kembali garis panduan berpakaian dalam Islam bagi muslimah adalah agar tidak menjadi perhatian lelaki.

Boleh dengar ceramah Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman tentang panduan hubungan lelaki wanita di channel youtube TVsunnah. Indahnya Islam dalam menjaga wanita seperti yang di khabarkan oleh Ustaz Dr Zaharuddin adalah wanita muslimah sepatutnya pandai mengatur strategi agar orang lelaki tidak sedar akan kehadiran mereka. Atau bahasa lainnya, datang tak diketahui dan perginya tak disedari. Kalau bahasa sastera Abu Dzar pula adalah wanita bagi lelaki asing ini sepatutnya ibarat melukut di tepi gantang, masuk tak lebih, keluar tak kurang.

Bagi yang tak tau apa maksud melukut, jasa baik Pusat Rujukan Persuratan Malayu telah menterjemahkan bahawa melukut adalah pecahan beras yg halus-halus. Gantang pula adalah unit sukatan yang besarnya empat cupak dan digunakan untuk menyukat beras. Melukut ini lansung tak memberi kesan kepada jisim beras yang ada dalam cupak.

Berbalik kepada isu purdah, lelaki di Malaysia mungkin ada yang dapat menahan pandangan mereka jika bertembung dengan yang berskirt pendek. Tapi ada juga yang tidak dapat menahan pandangan mereka apabila terpandang wanita yang berpurdah. Mereka beranggapan bahawa tidak apa-apa memandang wanita yang berpurdah kerana tidak nampak apa yang berada di sebalik kain tersebut.

Jelas, tanggapan ini salah. Walaupun tidak nampak, di sebalik kain tersebut masih seorang wanita dan lalaki masih sangat perlu untuk memegang dalil dari surah 24, ayat 30. Tahan pandangan mata.
Itu yang mampu dan perlu dibuat oleh lelaki. Perkara yang boleh dibuat oleh wanita pula adalah bertudung labuh. Bukan berpurdah. Tolonglah kami kaum lelaki yang berusaha menjaga iman.

Satu artikel yang Abu Dzar rasa bagus untuk bacaan kita adalah dari tulisan dari myilham.com yang bertajuk “Niqobis Sebenarnya Lebih Menarik Perhatian Lelaki”. Ternyata perkara yang ditulis ini benar-benar berlaku di sisi lelaki.

Bertudung labuh sudah cukup baik menurut uruf di Malaysia. Nanti jika sudah semua wanita Islam di Malaysia sedah menutup aurat dengan sempurna, barulah kita ulang tinjau keparluan berpurdah untuk muslimah.

6 comments:

AdiB NoH Sunday, 05 February, 2012  

wah..niqob

Abu Dzar Ghifari Sunday, 05 February, 2012  

semalam gi PWTC ada pesta buku. Ada la beberapa org yang berniqob. Memang diorang ni yang jadi center of attraction.

Niat asal memang nak menjaga diri. Tapi ana risau macam lebih ramai je lalaki yang memandang diorang berbanding yang bertudung labuh.

Sebab tu menurut ana, bertudung labuh tanpa niqob lebih selamat dari fitnah menurut keadaan di Malaysia...sekadar pendapat

Anonymous Saturday, 25 February, 2012  

Emm, macam mana pulak dengan hukum meminati seorang perempuan/lelaki? Salah ke walau kita sekadar mengagumi dan berharap kita ingin memiliki dia suatu hari?? Mohon jawapan,

Abu Dzar Ghifari Monday, 27 February, 2012  

minat dengan seseorang tu adalah fitrah. Tak de masalah selagi fitrah yang ada dalam diri kita dipandu dengan syariat.

Pernah dengar kisah pasangan yang romentik? Ali karamallahwajhah & Fatimah puteri Rasulullah...

Selepas mereka diijabkabulkan, Fatimah memberi tahu Ali bahawa dia pernah meminati seorang lelaki. Ali jadi cemburu mendengar cerita Fatimah tersebut. Lalu Ali bertanya, siapa sebenarnya lelaki yang Fatimah minat sangat tu??

Fatimah jawab, "Lelaki tersebut adalah kau wahai suamiku."

ternyata Fatimah dah lama simpan rasa suka kat Ali tapi dia tak pulak menggedik hantar cokelat ke, hantar kad ke...

jadi perkara yang perlu kita buat kalau dah terasa syok kat seseorang;
-solat istikarah untuk memastikan itu adalah pilihan yang betul
-cari org tengah yang boleh dipercayai untuk bertanya tentang prihal si dia
-masuk meminang
-bercintalah sampai ke syurga =)

eh...awalnya!

yup, benda baik perlu disegerakan. takkan nak tunggu sampai jadi benda yang bukan2 baru nak akad nikah.

Srikandi Al - Ayubi Sunday, 20 May, 2012  

salam..wajah wanita itu lebih mendatangkan fitnah..dgn tgk wajah lelaki lagi jdi angau..hnya kerana mahu mencontohi seperti isteri Rasulullah pun dikatakan tidak sesuai..jgn salahkan niqabis, tp cube check iman dan diri sendiri terlebih dahulu

Abu Dzar Ghifari Saturday, 26 May, 2012  

maaf kalau salah tanggap...bukan menyalahkan niqobis yang berusaha mencontohi isteri rasulullah. tapi ana rasa untuk uruf di Malaysia, bertudung labuh adalah yang paling sesuai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP