QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Jangan Usya Awek...termasuk yang bertudung labuh

>> Thursday, February 07, 2013



Eh, pakai tudung labuh pun tetap tak boleh tengok ke?
Dah elok pun dia tutup aurat, takkan la tak leh nak berurusan lagi.

Wahai lelaki yang beriman, meh kita belek terjemahan Quran kat dalam surah an-Nur ayat 30;

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

Tak bermakna kalau ada orang perempuan pakai tudung, lelaki dah boleh sesuka hati nak usya-usya. Orang lelaki yang iman tetap perlu menjaga pandangan mata terhadap perkara yang haram untuk kita. (unless you have someone halal for you to look at, than I totally leave it to you).

Menutup aurat dengan baik bukan bermakna kita dah ada lampu hijau untuk sesuka hati nak tengok, tenung dan renung. Dalil tetap sama, orang beriman tetap perlu menahan pandangan(gadhul basyar). Kita dilarang untuk melihat wanita sesuka hati. Dalil 24:30 tu bukan perintah untuk gadhul basyar terhadap wanita yang tak tutup aurat. Dalil tu adalah perintah untuk kita sebagai lelaki untuk gadhul basyar dari semua yang haram untuk kita.

Ternyata yang haram buat seorang lelaki muslim bukan sekadar anjing dan babi sahaja. Haha…nak bagi tau kat sini, anjing dan babi tu adalah binatang yang haram dimakan. Dua-dua jenis binatang ini tetap boleh diusya sesuka hati kita. Hukum haram tu adalah kalau kita makan. Ini dalilnya

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Al-Baqarah:173

Tutup cerita babi dan anjing, mari kita focus kepada tajuk cerita yang asal. Gadhul basyar. Ternyata Islam sangat memuliakan golongan wanita hingga mereka ini disuruh untuk meng-eksklusif-kan diri dari bercampur dangan orang sembarangan (baca:kita) huhu

Menutup aurat dengan baik adalah tanggungjawab setiap wanita Islam. Tapi jangan lupa pula dengan tanggungjawab lelaki Islam…gadhul basyar a.k.a menahan pandangan mata. Tak kira la tutup aurat ke tak tutup aurat ke, lelaki Muslim tetap perlu menahan pandangan mata


Susah La Macam Ni

Mesti rasa susah nak berinteraksi dengan wanita Islam kalau gini. Itu tak boleh ini tak boleh. Semua kena kawal. Leceh la.

Yes, memang leceh.

Ingat senang ke nak jumpa Raja Permaisuri Agong

Sama la jugak dengan semua wanita Islam yang menjaga diri mereka. Mereka ini adalah golongan puteri-puteri raja yang sangat sulit dilihat dan sukar didekati oleh golongan kebanyakan. Mereka sangat dijaga oleh Allah. Sebab tu la Allah tetapkan macam-macam peraturan.

Sekali lagi nak ingatkan bahawa, lelaki Muslim yang baik tak akan suka-suka memandang wanita. Tak kira la Muslimah ke, perempuan bukan Muslim ke…kalau jantinanya wanita, sila tahan pandangan mata anda sebaik mungkin. Ingat lagi satu ayat Quran dalam surah Gafir ayat ke 19

Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.

Jaga mata anda, jaga hati anda

2 comments:

noor Monday, 02 March, 2015  

Now...u have someone halal to 'look at' ;)
tahniah,sbb berjaya menjaga kesucian diri selama ini... moga hadiah dari Dia mampu membuatmu tersenyum... :)

Abu Dzar Ghifari Monday, 09 March, 2015  

indeed...she made my life

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP