QR Code blog ini

QR Code

Sinergi

Photobucket

Bedah Buku: Why Mars and Venus Collide

>> Sunday, July 07, 2013



Seriously ini adalah buku yang perlu dibaca oleh semua pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga. Manakala pasanagan yang dah berumahtangga pula lebih crucial untuk membaca buku ini. Secara umumnya John Gray menceritakan factor yang menyumbang kepada perbezaan cara berfikir.

Kita semua sedar bahawa ramai lekali kebanyakannya berfikir lebih objektif dan logic. Sementara itu, kita juga sedia maklum bahawa kebanyakkan wanita gemar bercarita. Dari kisah baju yang  dia pakai pada hari ini, hingga kepada baju yang orang lain pakai. Semuanya boleh menjadi topic perbualan hangat dalam kalangan mereka.

Cuba ajak seorang lelaki untuk berborak pasal gaun pengantin Catherin Middleton. Responnya pasti berbeza jika anda mengajak seorang perempuan yntuk bercerita tentang gaun pengantin tersebut. Ini adalah hasil dari perbezaan cara berfikir antar lelaki dan perempuan.

Handbook for Dummies

Ramai orang cakap lelaki cuma romantik masa tengah bercinta. Sebab tu kita selalu dengar bahawa ramai yang kata lepas kawin je suami dah buat tak tahu je dengan isteri. Apabila isteri merasakan kekurangan nilai kasih saying yang diberikan, mereka akan menuntut macam-macam lagi dari suami.

Pada pihak suami pula, mempunyai seorang isteri yang terlalu banyak meminta itu dan ini sangat memeningkan kepala. Oleh itu, mereka lebih suka meluangkan masa bersama kawan-kawan mereka untuk memikirkan perkara yang mereka rasakan jauh lebih penting. Apabila ini berlaku, mereka akan cenderung untuk bertengkar antara satu sama lain.

Abu Dzar mencadangkan agar kita membaca buku ini untuk kebaikan rumahtangga anda. Sebuah rumah tangga yang harmoni tidak memerlukan mana-mana pihak menjadi korban untuk kebahagiaan pasangan mereka. Mereka perlu bertolak ansur dalam berkongsi kehidupan sebagai pasangan suami isteri

Tips untuk Lebih Romantik

John Gray ada menyenaraikan 100 cara untuk meningkatkan oxytocin isteri. Tapi Abu Dzar tak nak la salin semua sekali, Abu Dzar bagi sikit je, kalau nak tau lagi, kene la beli buku Why Mars and Venus Collide.

Tinggalkan nota cinta

Sebelum anda keluar meninggalkan rumah selitkan nota cinta untuk isteri anda. Tak payah bagi tau “Abang ada letak something kat atas meja tulis untuk sayang” biarkan sahaja mereka jumpa sendiri nota cinta tersebut. Balik kerja nanti anda akan dapati isteri anda akan tersenyum senyum gembira. Kalau nak lebih effect, beli sesuatu untuk dihadiahkan kepada isteri anda. – ingat…Tahaddu, tahabbu

Puji kecantikan mereka

“Sayang ni cantik la, sama cantik macam hari mula-mula abang kenal sayang dulu” Tu antara idea yang boleh digunakan untuk memuji isteri. Jangan segan-segan untuk puji mereka. Isteri anda sangat memerlukan pujian dari anda untuk meningkatkan keyakinan diri mereka dan sekaligus membahagiakan mereka.

Urut bahu, belakang badan dan pinggang

Balik dari kerja confirm kita akan rasa letih. Tapi adalah lebih bagus kalau kita sudi menggunakan sedikit tenaga yang masih ada untuk mengurut isteri yang juga keletihan seperti kita. Kalau isteri kata “letih la hari ni kat office, macam macam saya kena buat. Start dari awal pagi sampai la petang tadi. Nasib baik ada kawan tolong siapkan sikit-sikit” Maka jangan tunggu disuruh, jadikah suami yang proaktif untuk melegakan keletihan isteri. Sambil-sambil urut, bagi sikit kata-kata motivasi untuk bekerja dengan lebih baik.

Kalau nak tau lagi, sila dapatkan Why Mars and Venus Collide tulisan John Gray, Bye =D

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

bebas diulang cetak. Powered by Blogger.

About This Blog

blog ini adalah hasil cetusan pendapat dan titipan ikhlas seorang insan kerdil di celah umat

sebarang pertanyaan boleh di emailkan ke ismiabudzar[at]gmail[dot]com

Flag Counter

free counters

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP